Wednesday 7 December 2011

Gerak Hati


Gerak Hati atau Naluri Hati adalah satu perasaan seolah-olah kita dapat jangkakan atau rasai apa yang akan berlaku atau sedang berlaku di luar pengetahuan kita. Seringkali kita dengar orang berkata
     “Naluri hati saya berkata ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku”   atau
     “gerak hati saya berkata untuk memilih A dan saya yakin dengan gerak hati saya”
Gerak Hati atau Naluri Hati akan datang secara semula jadi tanpa ada dorongan dari sesiapapun, tanpa di paksa dan tanpa kerelaan. Ia datang dalam 2 bentuk, positive atau negative, baik atau buruk . Ia sering kali datang apabila kita berada di dalam persimpangan untuk membuat pilihan atau muncul secara tiba-tiba.   
Alhamdulilah jika Gerak Hati atau Naluri Hati datang dalam bentuk positive dan baik. Akan tetapi kebiasaannya jika datang dalam bentuk seperti ini ia tidak meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa kita.. Ia akan terus berlalu tanpa kita kesah dan tanpa kita hargainya.. 
Tetapi jika Gerak Hati atau Naluri Hati itu datang dalam bentuk negative dan buruk ia akan meninggalkan kesan pada jiwa kita, merubah mood kehidupan kita, dan kadang-kala mengubah kepercayaan, keyakinan, keikhlasan yang subur selama ini.
Gerak Hati atau Naluri Hati yang berlebihan akan mendatangkan mudharat pada diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Kemungkinan ia juga adalah godaan syaitan untuk menyesatkan cucu cicit Adam dan memporak perandakan keadaan sekeliling. Oleh itu pelajarilah untuk menangani dan mengawal kehadiran nya.
Setiap ciptaan Allah pasti ada hikmahnya yang tersembunyi yang tidak dapat kita ketahui sebelum kita merasainya. Sesungguhnya Gerak Hati atau Naluri Hati yang Allah kurniakan pada kita ada sebabnya yang kita sendiri tidak pasti dan tidak tahu untuk mentafsirkan nya... 
Kadangkala Gerak Hati atau Naluri Hati itu benar dan kadangkala ia cuma ilusi...



MawarPutih 
7 Dec 2011 /6.08pm

Monday 5 December 2011

Koh Lipe

Koh Lipe terletak di selatan Thailand. Koh bermakan Pulau di dalam bahasa Thai. Tak ramai orang Malaysia datang ke Koh Lipe.. Mungkin kerana disitu bukan syurga membeli belah seperti di Hatyai..

OK.. Jom kita lihat kedudukan Koh Lipe di google map, yang bertanda "B" tulah Koh Lipe... Koh Lipe terletak lebih kurang 30km dari Pulau Langkawi, Tak jauh puunnn..


Dari langkawi ke Loh Lipe ada speed boat tetapi hanya pada high season sahaja  Oktober hingga April. Perjalanan nya lebih kurang 1- 2 jam.. Saya tak pernah pergi melalui Langkawi, So tak boleh nak citer lebih2.. Boleh check price, schedule perjalanan di web kat bawah ni.. korang googlelah sendiri yekk..

http://www.kohlipethailand.com/ferry_times_langkawi.php
http://www.langkawi-online.com/pages/getting-here/ferry_to_lipe.php
http://www.telagaharbour.com/Lipeshuttle.html

Perjalanan melalui Wang Klian Perlis-Sempadan Thailand-Satun-Pak Bara taklah jauh sangat, dari Sempadan ke Pak Bara lebih kurang 1jam setengah. Dari Pak Bara kena naik speed boat ke Koh Lipe. Harga boat lebih kurang 80B bermakna dalamg RM80. Perjalanan speed boat dari Pak Bara ke Koh Lipe lebih kurang 1 ke 2 jam.. Depends pada kehandalan driver boat tersebut.. ada yang bawak laju dan ada yang bawak kurang laju.. siapa yang mabuk laut uwek-uwek disarankan makanlah ubat mabuk..

                              Immigration di Satun Thailand                           Speed Boat

Di Koh Lipe ada banyak resort dan harganya sangat murah masa low season, dan harga double masa high season. Banyak pilihan resort di sana dengan harga yg berpatutan. Mountain Resort terletak di atas bukit, permadangan laut sangat cantik. Memang best tetapi agak jauh dari walking street.. kena naik buggy.. maknanya jauh sikit dari Halal food.



Dibawah nie pulak resort Bung Roon, terletak di belakang restoran Bung Roon, Halal food, dekat dengan walking street dan senang nak makan. Tetapi biliknya terhad, hanya ada 7sahaja. 


Ada banyak lagi resort yang berdekatan dgn walking street diantaranya, bundhaya resort http://www.bundhayaresort.com/

Masa low season pulau tu langsung tak happening, banyak kedai2 di "walking street" tutup.. tempat tu macam mati je.. Restoran BUNG ROON halal food tetap beroperasi masa low season.. Masa high season banyak kedai bukak dan ada beberapa pilihan utk makanan muslim so taklah jemu asik makan kat BUNG ROON je.. Harga makanan di sini memang agak sedikit mahal.. 

Restoran BungRoon diwaktu siang dan di waktu malam            

Walking Street


Kalau nak tahu lagi tentang keadaan sebenar di walking street tinjaulah blog & youtube di bawah ni..


Pengangkutan di Koh Lipe hanya moto sahaja, tak de sebijik keretapun... Jalan raya pun tak de. Sebab tulah lebih baik cari resort berdekatan dengan restoran muslim Terdapat beberapa kedai makan di walking street..  Yang menjadi favorite kami kedai ROTIMINA Memang sedap-sedap makanannya.. Tomyam terbaekk, Pulut mangga slruupp, pancake banana natela  sedapnyeeeeeee... Nasi goreng seafood yang menyelerakan.. adoyaii rasa nak pergi lagilahh.





Okey.. kita tanggalkan dulu bab makanan, panjang2 citer bab makan, kang mahu haku turun bawah buat Maggie malam2 buta ni, perut pun lapar nih..
   
Jom kita tengok aktiviti snorkeling pulak.. 
Snorkeling di Koh Lipe taklah mahal sangat.. lebih kurang RM50 sekepala termasuk lunch, pusing 5 perhentian (kalau x salah ingatan ku..). Diantaranya Koh Rawi, Koh Andang, Koh Ha Ngam dan ... (tak hingat dah..). Snorkeling dari jam 10 hingga jam 4 petang.. sampai kulit jadi gelap, legam dan berkilat.. heheh. One thing yang saya notice, air lautnya tak meleket pun mcm mandi kat PD.. Air lautnya sangat bersih dan jernih.. Kita boleh nampak ikan berenang2 di kaki kita.. eiii bestnya..










Cantikkan??.. Bila melihat kehidupan laut terasa betapa hebatnya ciptaan Allah swt. Tidak dapat digambarkan betapa cantiknya kehidupan laut.. Sangat unik.. Menginsafkan diri dan terasa betapa kecilnya pengetahuan kita nak di bandingkan misteri ciptaan Allah pada alam semesta ini...


       MawarPutih
5 Dec 2011 / 1:21 am

**Terima kasih pada Roohi & Umairah, B & Laling (bukan nama sebenar) atas kebenaran memaparkan beberapa gambar milik mereka. Terima Kasih daun keladi..

http://mawarputihsuciku.blogspot.com/2013/01/koh-lipe-lipe-island.html







Friday 2 December 2011

BAHAGIA

BAHAGIA.. sebutannya juga telah membayangkan serba-serbi nya indah.. Semua orang mahukan bahagia, semua orang mengharapkan BAHAGIA hingga ke akhir hayat.
Apakan sebenarnya BAHAGIA?.. adakah dengan kemewahan, wang ringgit, rumah besar, kereta besar dan pangkat besar?? atau BAHAGIA itu cukup sekadar memiliki sekeping hati yang tenang walau tiada dilimpahi kemewahan wang ringgit, harta dan darjat??
Setiap orang mempunyai penilaian yang sangat berbeza tentang BAHAGIA. Walau apapun penilaian kita tentang BAHAGIA, janganlah sekali-kali kita berBAHAGIA di atas kesedihan dan kedukaan orang lain. Janganlah kita merampas keBAHAGIAan milik orang sesungguhnya keBAHAGIAan di atas kesedihan dan kedukaan orang lain tidak akan berkekalan..

Ada yang berpendapat BAHAGIA itu adalah ketenangan hati, kesucian jiwa dan keikhlasan hati.

Ketenangan hati diperolehi apabila tiada dendam, tiada musuh, tiada sesalan, tiada buruk sangka, tiada kebencian, tiada kerisauan dan sentiasa berfikiran positif pada setiap perkara.
Kesucian jiwa  apabila merasa diri ini terlalu kerdil di sisi Allah, sentiasa menginsafi keatas kelemahan diri, bersujud menghadap kiblat dan menitiskan airmata meminta keampunan dan keredhoan Allah swt..
Keikhlasan hati hanya wujud apabila melakukan semua perkara tanpa niat untuk mendapat balasan, tanpa niat untuk bermegah, tanpa niat untuk mendapat sanjungan orang, tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk, hanya ikhlas yang datang dari lubuk hati yang suci.

Adakah semua sifat2 di atas ada di dalam diri kita? Dapatkah kita laksanakan sifat2 tersebut dengan sempurna dan ikhlas? Mampukah kita? Jika tidak bermakna tidak sempurnalah BAHAGIA yang dimiliki kini. Pada bila-bila masa sahaja BAHAGIA itu akan bertukar menjadi derita, sengsara, sedih, sepi, sunyi dan ditemani airmata....


MawarPutih
2 Dis 2011