Wednesday, 26 December 2012

Paris Van Java aka Bandung

Bandung atau di kenali dengan Paris Van Java. Sapa tak mau pi Bandung, tambah pulak bak kata boss ai "makan tanggung berak cangkong".. hehehe sekarang ai dah lama tak berak cangkong lah..
Flight jam 8 pagi. Berkumpul di KLIA jam 6 pagi, ni lah first time haku naik Garuda. Not badlah, garuda memang okey. Kesemuanya kami 25 orang, semua opismate kecuali sorang tour agent tapi tetap dari group felda jugak, Felda Travel.
Kat bawah ni diantara yang haku sempat snap gambar mereka2 bersama bagasi. Walaweyy besarnya bag korang.. Apa yang korang bawak nih..
 Cik Kak 2 orang ni nak duduk sini seminggu taw.
Tengok bagasi haku. kecik, comel jeee kan.. haya satu bag sandang sahaja.
Sesampai je di jakarta kami dah di tunggu oleh tour agent di Indonesia, Namanya Pak Asep, gantang dongg.
Di airport Jakarta, satu incident yg tak di ingini telah berlaku, bag baju salah sorang dari kawan kiter takde pulak. tak tahu kemana menghilangnya, check dgn KLIA, tiada return, bermakna bag tersebut sepatutnya selamat sampai ke Jakarta.maybe ada orang tersalah hambik kot.. lama jugaklah tunggu untuk buat report. Siannnnnnn Aisah, sehelai sepinggang dia.. Uwaaaaa....

Semua selesai kami terus berangkat ke Bandung. Manchet nya masyaallah. Nak kuar dari Jakarta pun hambik masa dekat 2 jam. 
 Lewat petang dalam jam 4 malaysia, kami sampai Bandung dan terus pergi makan. Lapar giler dah.. lihat gambar kat bawah ni sebelum dan selepas makan.. Licinnn.
 Kemudian kami terus di bawa ke TOKO TIGA, yang sangat di kenali dengan Jeans Levi's. Harganya jauh murah dari di KL. Wahh murahnyeee..
 Hamboi.. banyaknye boroooong..
 Kami diberi masa sampai kedai tutup di Toko Tiga ini.. Walaaaa!!! Puas sangat disini. Malam tu kami makan malam di restoran Minang. Makan malam sambil tengok bola Malaysia vs Thailand.
Perut kenyang, badan pun penat. kami dibawa ke hotel. Tengok muka masing2.. kan penat sungguh nampanye..



Di hari kedua, kami breakfast di hotel. nyam nyam nyam. Telan je lah apa yg ada.. janji kenyang.
Pagi ni kami di bawa ke Tengkuban Perahu. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah. Bas tak boleh bawak sampai puncak. so kami kena tukar naik van. kat situpun dah sejuk..

Di atas Tengkuban Perahu, confirm lah sejuk. Kami sampai pagi jadinya tak ramai orang.. nak jalan2 dan nego harga pun senang. Stroberi kat sini walaaa, manisnya.. tapi celop gula daaa.. Hokey, layaaaaan gambar2 di atas tengkuban perahu.


 

Lepas tu ke Sari Alter Hot Spring Resort. datang sini, rendam2 kaki bagi mati segala cekam yang ada di kuku kaki.. heheheh.. Haku x rendam kaki sbb x de cekam.. haha-hhiihi-huhuuu.
Kat hot spring nih agak lama jugak sbb kami terperangkap dalam hujan lebat.. hampir 1 jam melangut buang masa tunggu hujan reda, apa pun x boleh buat. disebabkan kesuntukan masa lawatan ke ladang stroberi di batalkan.. aktiviti kami terus ke factory outlet.. Yeaaaa! i like. Sebelum tu kami lunch dulu di restoran makanan sunda. sedap giler.. i like sunda food.


Kami di bawa ke factory outlet dlm hujan. Kami meredah dari satu factory outlet ke satu factory outlet dalam hujan renyai2.. Adoyaii sampai pening kepala, ada yang nak demam pun ada.. Di antara factory outlet yg haku jejak pada hari ini. Dalam banyak2 haku paling suka rumah mode, heritage dan cascade.

Factory Outlet Donatello pun best jugak. Dalamnya ada baaaanyak kasut & bag. i likeeee...
Di terminal Tas, jugak ada banyak hand bag, tapi layaknya qualiti petaling street. Sini bag imitation dari grade C (yg ada jual di uptown) sehinggalah grade triple A.
LV, Gucci, Prada, Longcham, macam2 ada.. apa yg ada kat pavi semuanya ada disini.. kelassss. 

Malamnya kami makan seafood di Parit 9. Pas tu balik tidooo..



Di hari ke tiga, kami di bawa ke Pasar Baru.. inilah yang di tunggu2 oleh akak2 kita ni semua, ada yg tak berusik lagi duit sbb nak soping-moping di Pasar Baru. Tengok, semua muka ceria je, tak sabar nak pecah telor di Pasar Baru.. hahahak
Sampai Pasar baru awal pagi, dorang baru nak bukak kedai, jomm kita tolong bukak kedaiiiii..
Akak di bawah ni tengah buat senaman persediaan mantel & fizikal utk menghabiskan duitnya disini.
Sesi tawar menawar, ugut mengugut, paksa memaksa.. soping telekong aje dekat sejam. 
Ni gambar kedai telekong yg telah menyedut banyak duit kami.. layanannya memang ngetop, terbaekkkk. i likeee..
 Hamik kau... baru 1 kedai, bag dah penuh..
Kat kedai ni ada jual seluar & baju utk aerobic.. haku yg tak pernah aerobic pun terbeli jugak.. muahahah.
 Ada yang beli kain pasang,
ada yang beli tudung
  Dan inilah hasil yg haku dapat hari ini.. sikit je kan.. bermakna haku telah berjaya melawan hawa nafsu syaitan.. Yess !!! aku berjaya.
Lassssttt sekali kami memborong makanan, itupun nasib baik terjumpa masa nak menghala ke luar. yang ini aku borong sekotak.. 

 Jom kite teropong hasil mereka hari ini..

Siap beli tikor getah.. Walaweyyy... Dasaattt 

Tambahan bagasi tuhh
Mak aiii... besarnya kotak. 

termenung selepas merasa menyesal tak bawak banyak duit
Dah dapat baju utk hari bahagia..
Banyaknya bag plastik
Semua dah kepenatan, dan tak larat lagi dah nak jalan, tengahhari tu kami makan nasi minang. 
 Lepas tu di bawa ke Kartika Sari. Jalan Kaki je dari kedai makan tadi.

Kemudian kami di bawa ke shopping mall, tapi separuh dari kami tak turun, tunggu dalam bas aje termasuklah haku. Malas nak turun sbb aku fikir shopping mall sama je mcm KL.. hampir 3 jam kami tunggu dalam bas.. Rupanya mereka2 tu semua pergi massage kaki.. Padan muka kiter hahaha.. puas tidor, puas sembang, inilah di antara yg tinggal dalam bas.
 Malamnya kami makan masakan sunda lagi di restoran sangkuriang... i like..
 Hari ke 4 kami travel ke jakarta, sebelum bertolak sempat jugak menyoping tshirt. 
 Sampai jakarta, kami di bawa ke mangga dua, tapi aku dan 4 lagi yang lain tak ke mangga dua, kami ke hardrock Jakarta, menaiki teksi. tapi jalan ke hadrrock tutup utk kenderaan. setiap hujung minggu disitu dipanggil Free car day dari pagi sampai jam 11 pagi. mereka menjalankan aktiviti berbasikal atau ber jogging. Bagus kannn... i like. Kami berjalan kaki agak jauh lah jugak.. berpeluh ketiak ku taww..
 Akhirnya sampai jugak ke Hard Rock Cafe. Kami kesuntukan masa.. beli dan terus blah semula ke mangga dua.

Tengah hari tu sebelum ke airport, kami lunch di restoran yang berdekatan dengan airport. Entah apa nama restorannya.. Haku tak hingatlah.

Bergambar dulu sebelum naik bas ke airport.

 Sampai airport turun barang, barulah nampak masing2 punya bag.. walaweyyy.. kelassss






Hihihi.. Cik kak & cik abang meniaga tikor getah kerr?? Kelassss..

Kat airport Jakarta ada VIP Privileges lounge utk pemegang kad citibank. Bestnye..

Flight jam 5 petang delay 1 jam sbb rada di airport problem.. Dan akhir sekali kamipun selamat sampai ke KL jam 9 malam... bestnyeee terima kasih opisss.

Sekian sudah coretan yg merapu2 ini. Babai..


Mawar putih.
Hampun dan mahap yee kalau ada yg terkecik ati dgn tulisan di atas.. semuanya hanyalah gurauan semata2.. dadaaaa