Tuesday 28 February 2012

Thousand Corner : Day 5

Day 5 : 7 Feb 2011
Perjalanan dari Pai - Mae Hong Soni  - Pai 240km. (Total : 2,562km) 

Sejuknya pagi di Pai. Rasa macam tak mau mandi pagi. Jam 8.30 kami dah berkumpul di bawah guess house. Pada mulanya plan nak terus check out, tapi bila dok fikir tak puas menikmati malam dingin di Pai so planning akan bermalam lagi di sini. bermakna moto yang bertong telah di kosongkan, senang skitlah kot nak bawak, taklah berat sangat. kannn?? Sebelum bertolak kami breakfast dulu.. bubur nasi, sedapp. Lepas semua dah isi perut.. tiba2, alamak sakit perut daaa... nak kena cari mr.J. so kami semua balik semula ke guest house.. rebut2 masuk toilet ahahahahak. Hampir jam 10 baru kami bersedia untuk bertolak ke Mae Hong Son, dah pakai helmet, sarung tangan dah duduk atas moto, enjin moto pun start.. tiba2 moto Pak wan tak boleh start sbb kunci bateri nya weak. Ah sudah!! kelam kelibutlah Pakwan cari bateri di seven eleven tapi x sama.. Nasib baik masa tu ada yg teringat pengalaman kawan lain yg pernah mengalami masalah yang sama, start moto GTR pakai manual.. Alhamdulillah motor PakWan dapat start.. Syukur Alhamdulillah!! 
Perjalanan kami ke Mae Hong Son pun bermulalah... jeng jeng jenggg... Perjalanan memang mencabar dari segi cornering, Kami menggunakan walkie talkie untuk beri info kepada motor di belakang. Ianya sgt penting untuk komunikasi antara kami, Lala ditugaskan utk memberi info pada motor di belakang, dah mcm operator lalu lintas le pulak, antara kata2nya yang selalu di lontarkan ketika itu "boleh makan jalan, jalan clear jalan clear" ,  "Ada corner tajam di hadapan, slow down" , "ada kenderaan 4WD color hitam di hadapan" (siap sebut color kereta tu yg haku nak gelak tuh) , "Okey lepas kereta blablabla boleh makan jalan, clear, clear".. Wah memang jelas dan perjalanan kami jadi lancar.. Tapi yang paling best sekali "ada lembu di hadapan, eehh silap.. oranglah, bukan lembu." muahahahahaha.. orang dgn lembu pun dah confuse. Di pertengahan jalan kami berhenti untuk melihat permandangan yang menarik sambil menjamu mata dan membasahkan tekak. Sambil2 tu di hiburkan oleh makcik main seruling.. hihihi kelakarlah makcik nih dah macam jatuh dlm tepung je muka dia.. kalaulah terjumpa malam2 mcm nih mahu haku ingat hantu.. hikhikhik
Perjalanan Pai Ke Mae Hong Son hanya 120km je tetapi di sebabkan jalannya yang tiada jalan lurus, kami mengambil masa hampir 2 jam setengah untuk sampai di Mae Hong Song. 

Lihatlah gambar di sebelah ni.. inilah jalan yang akan kami lalui nanti.. Wah!! hati mula rasa teruja.. hip hip horeyy.. Dalam perjalanan ini, ada juga moto kapcai yang di tunggang mat saleh, hishhh berani sungguh dorang yek, takde safety suit, takde fullface helmet, kalau jadi apa2 kan susah. Jam 12 kami sampai di Mae Hong Son, kami berhenti di pintu gerbang Mae Hong Son. Seronoknya rasa masa tu.. apa lagi bergambarlahhh.. Lihatlah aksi kegembiraan kami semua.. Ada yang baring santai, terduduk, menonggeng, aiiikk!! sujud syukur pun ada..Sumpah memang seronok trip ini.
Dah puas bergambar?? jom kita terus mencari "pejabat daerah" Mae Hong Son (apa ntah nama opis tu.. hentam ajelah "pejabat daerah') land mark nya berhampiran dgn post office.. terletak di sebelah kiri post office. Kat bawah ni gambar motor kami di hadapan "pejabat daerah" Mae Hong Son tempat untuk mengambil sijil. 5 bijik moto yg telah berjaya mengharungi 1864 corner.. Pwiiuutt!! rasa bangga doww.. Rasa macam dapat anugerah dekan atau dapat PHD le pulak.. muahahaha

Yang paling best sekali rupanya sijil tu beli je.. dengan harga 20bat.. murah gila, macam x de value je.. hishhh jauh2 datang kalau jual sijil tu 500bat pun haku sanggup beli, nikan pulak 20bat je.. mamak kasi 10 keping (mcm order roti canai  hahaha).. Pendapat saya hamba yg hina ini, bukanlah sijil tu yg di kejar tetapi pengalaman melalui 1864 curves itulah yang amat penting.. Kami telah membuktikan perjalanan ke thousand corner bersama pillion bukanlah satu masalah, yang penting rider cukup bersedia dan berpengalaman mengendalikan moto. Pillion juga memainkan peranan yang penting. tugas saya masa tu memastikan moto di belakang ada, jika moto di belakang tiada, kami akan memperlahankan moto supaya antara kami tidak terputus. 
Moto depan tak boleh terlalu laju meninggalkan moto belakang, sbb kalau apa2 berlaku pada moto di belakang tiada sapa yg tahu. Kerjasama seperti itulah yang amat penting di kala itu. Thumbs up to our rider, Tasya, Imam, AbgMat, PakWan & My Darling..
Dah dapat sijil, terlaksana sudah impian kami.. barulah terasa lapar, mana taknye pagi tadi makan bubur nasi je.. Misi mencari masjid bermula, nasib baik nak cari masjid senang jumpa, nama masjid tu Nuruth Taqwa. Sebelah pintu gerbang masjid ada kedai makan muslim.. apa lagi terus serbu kedai makan.. heheheh. Dah kenyang baru sembahyang, air di masjid sangaaattttt lah sejuk, mcm ais batu.. tak dapatlah nak dibayangkan pd malam hari, mesti lagi sejuk.

Di dinding kedai makan tu ada "jalan-jalan cari makan". Waahhh!! "Jalan-jalan cari makan" dah sampai sini.. Apa lagi kami pun tinggalkan jejak kami disini, tampal sticker kami di bawah "jalan-jalan cari makan".. heheheh. 
Lepas makan sesi mencari tshirt pulak, alamakkk tak banyak sangat pilihan lah.. tapi tshirt nya lebih qualiti dan agak mahal skit dari Pai. Dalam jam 4 kami bertolak balik semula ke Pai.. Alhamdulilah perjalanan kami lancar. Singgah sebentar di tempat kami singgah pagi tadi.. alahai makcik tadi dah hilang bedaknya.. hehehe, suka sungguh makcik tu bila jumpa kami lagi.. mana taknya abis semua duit syiling siam kami sedekat kat makcik tu.. sian pulak tengok yekk!! Kami sampai di Pai jam 6.30 petang, Alhamdulillah.... Jam 8 malam lepas magrib kami keluar makan dan shopping shopping, yuhuuuuu i like..
Yang paling saya suka di night markit disini ialah jagung rebus.. sedap giler.. rasa lemak, masin semua cukup, tak sama macam KL.. Tea tarik dekat pintu masjid pun sedap..
Malam tu lepas balik kami lepak di guess house, postmortem meeting aktiviti siang tadi.. macam2 cerita keluar, semua ketawa ngekek-ngekek.. Ada juga yang sambung makan malam tuh.. makan meggi, hehehehe..
sebelum tidur dah siap2 packing bag esok nak ke Chiang Mai.. Jomm tidorrrr... Ahhh! masa ni terasa rindunya pada anak-anak.. dalam selimut menitis juga air mata.. uwaaaaa, tak sabarnye nak balik.. i miss you all bebehh.







                            Mawar Putih
*aku yang merindui mu (along,angah,abgcik,syasya)*
                            28 Feb 2012


Thursday 23 February 2012

Thousand Corner : Day 4

Day 4 : 6 Feb 2011
Perjalanan dari Lamphang - Chiang Mai  - Pai 233km. (Total : 2,322km) 
Di sebabkan perjalanan semalam sangat memenatkan, hari ini kami rest lebih skit. Jam 7.30 pagi breakfast di hotel hanya makan roti dan minum kopi sahaja. yang lain-lain tidak di jamin ke"halal"lannya, boleh lahhh janji lapik perut, lepas ni tak tahu bila akan dapat makan lagi..
Cuaca pagi disini terasa sejukkkk. Jam 8.30 semua telah berkumpul dan bersiap2 utk gerak ke Chiang Mai lebih kurang 100km. Yang ada tong, sumbat je bag dalam tong.. Seperti biasa juga Imam membacakan doa perjalanan dan doa tolak bala,.. Gambar kat bawah ni suasana preparation sebelum tayar golek. Aiiii!! sempat teguk air mineral tu banngg. Sambil baca doa sambil tengok peta yek Cik Lala kita.. Terbaeekkkk!!!!! 


Kali ini ride dalam keadaan santai & relex, mungkin sbb baru perasan jalan raya di Siam ni nampak mcm berkilat dan licin. Di trafic light rider saya cuba gesel2 kaki ke jln raya, wahhh memang licin katanya.. Lepas tu terus tak berani nak bawak laju.. jadinya kami sentiasa di belakang.. 
Takpeee bagi penghormatan pada yang tua... yang muda kena hormati yang tua.. kaaannn??. Perjalanan melalui Lamphang, Lamphun, Chiang Mai. Sambil2 menyantai di seat belakang sempat jugak lah saya snap beberapa gambar.. Di simpang 4 menghala ke Chiang Mai ada tugu besar berwana putih.. Tak tahu le pulak apa ke benda nya tu, nampak pelik & unit. Di Thailand nih setiap kali sampai di daerah akan ada pintu gerbang besar "Well come to Lamphun", okeylah kannn? At least kita tahu kita dah sampai Lamphun. 
Hari ni rasanya semua orang bersemangat dan ceria. Mana taknya dah nak sampai ke destinasi.  Hip..hip.. Horeyy!!! Tiba2 nampak sign board "Chiang Mai" fuh rasa macam tak caya le pulak dah nak sampai Chiang Mai. Kalau lihat balik map, mak aiii!!! jauhnye.. Kami berhenti untuk snap gambar di sign board yang tertulis "Chiang Mai".. Hishhh dah macam datang dari ulu mana le pulak yekkk.. mesti orang siam pun pelik tengok kami nie... ada aku kesah??. (Aiseymenn!! gambar AbgMat & KakAni je yang takde..)
 Perjalanan di teruskan dengan hati yang berbunga2. Sempat jugak snap gambo atas moto. Gambar kami jelah yang tak deee... Hamboi hamboooiiii... santai sungguh yekk.. Segak bergaya si penunggang & pembonceng Busa.. Pakwan &KakIda juara sticker, tu belum tampal sticket thousand corner.. Imam & KakRahmah kelihatan muda 10 tahun bila beraksi di jalanan.. AbgMat & KakAni, cool jeee.. tapi sekali dia pecut, zaaassss berdesup... sedut asap jelah kitaaaa..
Dalam perjalanan ke Chiang Mai kami singgah "Thai Elephant Conversation Center", kalau tak salah saya terletak di Lamphun, alang2 dah lalu tempat tu kan singgah jelah.. lagipun hari ni kami ride santai2 je. Tiket masuk taklah mahal.. murah je 150 bat sorang. Best jugak tengok show gajah.. Gajah pun pandai lukis.. kucing pandai lukis?? cakar kerusi pandailah.. hehehehe. Lukisan gajah di jual dari harga 250bat sampai 2000 bat.. hishhh mahal jugak yekk.. idok le lawa sangat pun lukisannya, layaknya seperti budak sekolah tadika je.. Kat sini ada juga jual tshir, rata2 gambar gajah sahaja.. Tiada siapa pun yg membeli tshirt, simpan space nak beli-belah kat chiangmai, Pai  & golden triangle hagaknyeee...
Kami habiskan masa hampir 2 jam disitu. Selepas puas bergambar dgn gajah kami meneruskan perjalanan ke Chiang Mai. Kami sampai di pinggiran Chiang Mai dalam jam 12.00. Singgah di stesyen minyak untuk toilet, dan Tasya&Lala tengok peta, nak cari masjid terdekat. Masjid telah ditemui dlm google map, vrooomm terus ke masjid, Kebetulan sampai je masjid telah masuk waktu zohor,ada yang sembahyang dulu ada yang makan dulu. Berhampiran dengan masjid rata2 banyak kedai makan muslim, saya makan ketiaw sup.. Ya Allah sedapnya rasa macam Vietnamese Beef Noodle Soup di Secret Recipe (nanti kite pergi lagi ini restoran yekk..). Sampai licin makan tak berbaki langsung. Lazaaattttt... mabeless!!!
 Perut sudah kenyang, tenanga sudah charge penuh, apa lagi jommm kita ke thousand corner. Gedebak- gedebuk solat, makann, toilet, sembang2, tayar golek jam 5 petang. Perjalanan ke Pai dari Chiang Mai dalam 120km. dekat je tetapi mengambil masa agak lama kata orang. Dari hasil penyelidikan di bloger2 rata2 mengatakan perjalanan dari Mae Teang - Pai - Mae Hong Son paling challenging. itu yang membuatkan hati ku agak tidak keruan bila nak naik ke Pai petang2 gini.. risau dohh, anak kecik2 lagi di rumah.. kang apa2 jadi.. Hishhh mintak di jauhkan. Sepanjang perjalanan tidak putus2 minta pada Allah swt supaya perjalanan ini di jauhi dari bencana. Dari Chiang Mai ke simpang Mae Teang dalam 20km. Start je masuk simpang di Mae Taeng, jalan sudah mula corner2, pemandangan memang menarik, ada rumah2 kampung.. pokok kiri dan kanan. Kami melayan corner dengan berhati2 di ketuai oleh Tasya& Lala. Corner masih biasa2 aje.. Sampai 1 tempat tulis sharp curves, kami berhenti utk bergambar dan memakai walkie talkie.. Lihatlah aksi2 remaja lebihan usia nih.. hehehe sportinglah dorang nih, walaupun ada yg dah bercucu..
 

Dah puas meremajakan diri dengan bergambar berbagai2 aksi, kami meneruskan perjalanan.. walaweyy, corner mula agak challenging, ada corner U tajam, corner S tajam, corner Ladam Kuda, Corner S menurun bukit yang curam.. blind corner.. hishhh.. best jugak ekk.. 
Kelajuan average 60-70km (jangan gelak!! 2nd time pergi nanti kita up lagi..). Jalan semuanya curve, tiada yang lurus. Tapi yang kelakarnya penduduk tempatan selamba je naik moto cup siap bawak baby lagi, hehehehehehe.. Ate! mana nak buatnyee,, dah itu laluan harian mereka.. kaannn?? Hagaknye dorang tu ketawa terbahak2 bila tengok kita siap fullface bagai.. Adoyaiii.. Len kali datang sini kita pakai helmet jepun & selipa jepun jelah.. 
Bila dah dekat sampai Pai jalan sudah kurang curve.. Ehh ada road block pulak.. polis siam nih baik2 belaka, senyum je..  
Kami sampai Pai sudah hampir senja. mencari2 pulak masjid, dalam google map tak jumpa... Haishhh.. camana nih.. cari pulak dlm GPS, nasib baik ada.. dah dapat lokasi masjid baru cari hotel berhampiran, alamak semua yg tanya penuh, kalau adapun tak cukup 5 bilik.. Akhir sekali jumpa juga "rumah tumpangan" heheheh tapi x de aircond.. Mulanya rasa apa barang aircond pun tarak ka??? Rupanya sini malam memang sejuk sampai ke tulang sum-sum.. grrrrrrrrr.grrrrr.grrrr. Masuk bilik mandi terus pergi makan.. jalan kaki je.. Wahhh! happening nya malam disini, paling banyak jual tshirt, murah pulak tuh.. Kat sini banyak gerai2 muslim food. Kami makan mee apa entah namanya. saya suka, sedappppp.. 
 Perut kenyang, balik bilik terus titooonn. Grrrrrrrrr.. sejuknye!! 2 lapis toto tebalpun masih terasa sejuk.. Babaiiii.. Good nite.. Esok nak amik sijil pulakkkk.... ZZZZZzzzZZZzzZZzZZzzz





                                           Mawar Putih
-akulah pembonceng yang paling muda, ehhh bukanlah.. lala lah yg termuda-
                                          23 Feb 2012