Friday 30 March 2012

Jom kita cuci poket di Si-nga-pu-re-ngek

Si-nga-pu-re-ngek ni sebutan yg kuar dari mulut anak dara saya. Hahahaha...


Hari Pertama (Khamis)
Cuti sekolah baru2 nih kami bawak anak2 jalan ke negara jiran, Singapore.. selalu ibu&ayah nye je yang jalan2 naik moto. Nie masa utk bawak anak2 pulak.. Tujuan sampingan si ayahnya nak menjamu mata ke kedai aksesori motor.. kiukiukiu.. dan tujuan paling samping-sampingan sekali ibunya nak tengok price LV ker, Gucci ker, paling chokiang pun tengok coach lah.. tengok je! Bukan beli ye...
Pergi naik air asia jam 11.25am, mulanya nak naik ketapi tup tup ada pulak tiket murah air asia, apa lagi grab je lah.. seperti orang kampung menaiki kapalterobang, bergambar bagai.. maklumlah kamikan dari kampung ulu banat.. Percutian kali ni memang tak ambik pakage tour, main redah aje. Tapi haku dah stady bagai nak rak beberapa hari sebelum berangkat. haku memang tak pernah sampai singapore, my darling pernah sampai tapi tak tahu jalan jugak. Good luck lah pada kami. Kalau sesat pun takdenye sampai ke London.. kannnn??

Sampai airport Changi jam 12.20pm nampak ada signboard MRT, plan mulanya nak naik teksi ke hotel dibatalkan.. kami naik MRT je.. Information MRT disini memnag terang dan jelas, dan kami banyak bertanya orang utk dptkan lebih kepastian. Ada tiket MRT untuk pelancong, 3 hari SD30, convert duit Mesia RM75, mak aiii.. mahalnya. Bak kata my darling jangan di convert duit Mesia, kalau convert duit Mesia alamatnya jalan kaki le kita kemana sahaja.. hahaha. tak sanggup haku nak bakar lemak di badan ni yang dah kusimpan sekian lama.. muaheheheh




Total kad MRT kami sekeluarga SD150++, sbb gegirll yang kecik tu dapat harga murah.. Di Mesia anak2 kami jarang dapat naik ketapi, kat sini puaslah naik ketapi, naik turun, naik turun ketapi jelah kami.
Kami turun di Bugis, hotel kami di Bugis, memang cari hotel yg berdekatan dgn MRT station. Hotel dah booking siap2 thru internet. Turun je MRT terpinga-pinga mana nak di hala tuju hotel.. kiri ke kanan, saya tanya pada salah sorang yg baru nak melintas jalan, sangat baik, perempuan china, siap nak bukak google kat HP nya, maklumlah hotel yg di booking hotel low class, sbb tu penduduk tempatan pun x tahu.. hahahah budget beb!.
On the way jalan kaki ke hotel terjumpa kedai hailam ada tanda halal, apa lagi perut pun dah lapar.. kita makan duluu.. Gambar kat bawah ni rumah kedai yg berdekatan dgn hotel kami, cantik dan bersih je nampak.. kann?? Inilah bilik hotel kami.. kecik je, ada arah kiblat.. baguslah. (Sila abaikan model di atas katil ituwww..)
Letak bag, buat apa yg patut pastu terus keluar ke Orchard Road, naik MRT lagi.. Sini memang bukan taraf haku.. mampu tengok jelahhh.. mana le mampu nak beli, kelayakan haku di pasar malam jee... heheheh.
Ini lah caranya untuk mengelak bini ajak masuk ke butik LV, buat muka tak larat, muka sakit kepala.. hehehe
 Lepas jalan2 sekejap di Orchard, kami teruskan destinasi ke Merlion Park.. Naik balik MRT, turun di Raffle pastu jalan kaki ke Merlion Park.. Mak aii jauh jugak, hingatkan dekat jee.. kesian anak2 ku.. heheh takpe naaa, ibuayah mengembara naik moto lagi susah taw.. Sebelum nak sampai ke Merlion Park tu rasanya ada dekat 5 orang haku tanya jalan, siap dengan apek jual ais krim tepi jalan pun haku tanya.. heheh. "Thank Q Apek aaaa.. Bahasa melayu apek baguslah.."
Dah puas berposing dengan singa kebanggana singapore, kami berjalan kaki semula ke MRT, masa tu dah nak senja. Cantik sungguh pemandangan malam di kota singa nih..


Hari Ke 2 (Jumaat)
Hari ini full day di Universal Studio Singapore. Malam tadi haku dah study dengan Pakcik Google cara2 nak ke sana dengan MRT. Kami breakfast kedai hailam semalam.
Kami naik MRT berenti kat station Harbour Front, kemudian pergi ke VivoCity, naik tingkal 3, kat situ ada counter train Sentosa Express. Harga tiket train SD3 sorang.
Standard lah kan, semua orang yang datang sini mesti bergambar dengan trademark USS nih.. Benda nih kat luar je sebenarnya, bermakna kalau tak masuk dalam USS pun masih boleh bergambar disini..
Kami beli tiket USS thru internet, dengan maybank credit card dapat discount 15%, banyak tuh.. Kat dalam USS memang best, disebabkan kami pergi hari jumaat, takdelah ramai sangat orang, masa waiting untuk game paling lama pun 40 minit, yg lain2 rata2 dalam 15-20 minit je.. Di dalam nih ada kedai makan halal, ada surau, bilik airpun bersih TAPI kebanyakan bilik air takde air, sanggup salat pakai tisu? kalau x sanggup sila lah bawak botol air mineral ye kawan-kawan..
 
Malam pula kami menonton Sea Of the Song, bestlah.. rugi kalau x pergi.. cantik sangat. Show Sea Of The Song start jam 7.45 dan habis jam 8.30. Berkesahkan cerita perempuan cantik yang tinggal di dalam laut dan bla bla bla bla. Yang bestnya air pancutan memang menarik. Terpegun!!

Habis show terus balik sbb takut train penuh, memang betoi sangkaan kami Q panjang sangat, Train kat atas tapi Q nya dari bawah lagi. Bab Q nih memang dorang nih disiplen, bagus lah.. Balik semua dah penat, berjalan seharian dari pagi sampai malam. Walaupun badan penat, tapi rasa sangat puas hati bila lihat anak2 bergembira. Ibu & Ayah sayang korang taw, sayang along, angah, abangCik & Syasya. i love you all babeh.


Hari Ke 3 (Sabtu)
Semalam hari untuk anak2 suka-suki, hari ni pulak hari utk ayah nya suka suki.. Hamboooii senyum meleret ye cik abang.. Hala tuju kami hari ini adalah kedai aksesori moto di Kelantan Lane, Kedudukannya memang di Bugis, dari google map macam jauh je.. tapi pekerja hotel tu kata dekat jee, boleh jalan kaki.. Kami pun berjalanlah kaki mengikut arah yg di beri.. Dalam perjalanan ke Kelantan Line kami singgah makan di kedai Minang di Arab Street yang berdekatan dengan masjid, walawey.. sedapnya. Ini kira breakfast+lunch.
Information dari tokey kedai makan pun kata Kelantan Line dekat je, dalam 10-15 minit jalan kaki. Perut dah kenyang, kamipun decide jalan kaki jelah.. Mak aii.. terasa jauhnya, banyak kali jugaklah kami bertanya orang di tepi jalan, dan beberapa kali cuba menahan teksi, tapi teksi taknak berenti le pulak.. adoyai. Kesihan anak2 kami. Dalam perjalanan kami lalu Sekolah Madrasah Aljunied Al-Islamiah. Moden beb sekolah agama dorang, jauh berbeza dgn sekolah agama di Malaysia..
Kami jalan lagi, tanya orang, jalan, tanya orang, dari perut kenyang terus jadi dahaga&lapar.. hehehe. Kat bawah ni gambar kami masa perjalana mencari Kelantan Lane.
Akhirnya jumpa jugak Kelantan Lane, yuhuuu. 
Alamak!!.. Ku sangkakan kedai aksesori moto bagaikan gedung besar rupanya kedai biasa je.. ek'eleehhh.. Inilah kedai Ah Boy yang selalu disebut2 oleh my darling..

Tak banyak barang display, pakai catalog sahaja, tapi boleh di katakan apa yg kita nak semua ada.. Layanannya memang first class.. layanannya memang kalau x de niat nak beli pun akan terbeli jugak.. So di nasihatkan kalau setakat nak datang tengok2 je baik jgn datang, nanti terbeli benda yang tiada di dalam list.. macam kami... muahahahaha 

Lama jugaklah kami kat kedai Ah Boy, lihatlah anak2 kami setia dan sabar menanti, along biasalah asik dgn buku dia je.. Angah pulak tak boleh dipisahkan dgn Ipotnya. Sirhan & Syasya kongsi2 main Ipad.. Takpelah semalam kan hari kome bersuka suki. Hari ni bagi chance ayah&ibu sukasuki pulak yeee.. Balik ke hotel kami tahan teksi.. tak sanggup dah nak jalan kaki. Malamnya pulak kami jalan2 di Bugis Street dan lepaking di Bugis Junction..


Hari Ke 4 (Ahad)
Jom Balikkk.. Hehehe tak cukup yang besar, yang si kecik pun kena bawak bag jugak.. rasa macam x de beli apa2 pun, tapi bag bertambah pulak.. hehehe
Suasana dalam MRT, Apasal muka sedih je Darling?? Tak cukup 4 hari ke kat singapore? Takpe nanti kita datang lagi yeek sbb barang saya ada yang tertinggal kat Orchard  Road.. muahahahah
Kena tukar train untuk ke Airpot.
Along tersenyum gembira dapat buku baru di kedai buku kat Changi Airport.. Ada ke beli buku "Taliban".. Haishhhh budak nihh. Serious nya muka baca buku Taliban.
Beraksi sambil menanti di airport Changi
 Okey.. Babai Singapore.. Nanti kami datang lagi. Jommm Balikk, esok kome sekolah!! BABAI