Friday 29 June 2012

Day 3 : Kanchanaburi : Kanchanaburi di bawak telapak kaki.



Day 3 : 29 April 2012 : Kanchanaburi


Subuh-subuh lagi kami dah gerak ke station keretapi, tour agent datang jemput jam 6.30 pagi. Excited beb nak naik ketapi, dah lama sungguh haku x naik ketapi. Kami naik ketapi yang akan melalui landasan yang di bena pada zaman tentera jepun pada tahun 1944-1945, juga di kenali "death railway".
Kat bawah ni schedule ketapi dan tiket ketapi nya.. kami ambik ketapi awal pagi, di jangka bertolak jam 7.19am dari kanchanburi menghala ke Namtok. 7.19am bersamaan dengan 8.15 waktu malaysia.


Sementara menunggu ketapi sampai banyak jugaklah kami berposing. ish ish ish dah macam model majalah siam je lah pulak yekk.. so layannnn aksi2 gedix pasangan remaja yg x sedo diri ni yekk.. Hagak2 ada tak rupa bapak/mak budak sekolah menengah.. hheheheheheh.. 
Okeyy.... ketapi dah sampai.. kami dah ready untuk berebut2 naik ketapi... yuhuuuuu..
 

Dah lama tak berebut2 sambil tolak menolak... bestttnyaaaaa, rupanya kat sini main tolak menolak, org siam nih tak reti nak q kot..

Tengoklah aksi2 kami di dalam ketapi, ni aksi pada 30 minit yang pertama di atas ketapi. Keriuhannya macam gerabak keretapi tu kami yang punya.. Lepas nih kita tengok apa jadi selepas minit yang ke 30.. jeng jeng jengggggg....




Pemandangan di atas keretapi nih bagi saya agak membosankan, sebab pokok hutan nya sama je dengan Malaysia. Diantara pemandangan diluar ketapi..
Inilah terjadi selepas 30 minit yang ke dua dan seterusnya... Lantak koranglah nak snap gambar, bestnya tidor mimpi makan tomyam.
yang pegang kepala tu, kompem darah naik yekk...
Akhirnya sampai jugak ke landasan ketapi maut.. Hek'elehh tak sampai 10 minit je.. nak nunggunya dekat 2 jam.. hahahahhaha.. Pengalaman ni yang mahal, scary betoi masa lalu kat lereng bukit, masa tu terfikir jugak, buatnya roboh masa tu... hishhh, terus teringat kat anak2 di rumah.. Bayangkan bagaimana prisoner dikerah untuk buat landasan di lereng bukit macam gini.. dan di kerah buat landasan ketapi merentasi sungai Kwai. Terseksanya mereka.. tak dapat nak dibayangkan.
Sampai Namtok tour agent dah siap sedia tunggu, kat situ pun tak de benda yang menarik, makanan halalpun takde. Tanpa membuang masa kami terus cari makanan halal. Agak jauh lah jugak restoran nih, sampai masuk angin lah perut.. supnya memang sedap, telur dadar pun sedap. nyam nyam,..
 Selesai makan kami gerak ke muzium "the JEATH war museum". JEATH tu adalah Japaneses, England, Australian, Thailand, Holland. Muzium ni dibena sama seperti tempat tinggal prisoner tinggal, berdindingkan buluh dan beratapkan rumbia. Dan dibawah ini adalah sebahagian daripada gambar2 yang ada di dalam muzium. shahdunya.. Bila tengok semua ni rasa geram betoi kat tentera jepun.. zalim.
Penyeksaan oleh tentera jepun.


Pastu pergi "ART GALLERY & WAR MUSEUM" pulak. Best jugak sini, ada kepala ketapi lama serta barang2 peninggalan Jepun dulu.
Cuaca disini sgt panas, tak larat dah rasanya nak jalan. Jam 3 Petang kami balik semula ke Hotel dan tidorrr.. ZZZZZzzzzzz


Lewat petang kami naik sampan dari hotel, best jugak.. Kat sini ada disco atas boat, sangat bising bila boat tu melintasi kita.. Memang happening lah, memang tak rugi sewa sampan nih..
Settle naik sampan dalam sejam lebih skit, kami terus ke night market kanchanaburi. cuaca sangat panas malam tu,menitik-nitik peluh berjalan di night market. Ya ampuun, lain kali jgn lah dtg time musim panas, memang sungguh panas.
Membeli makanan tak hingat, macamlah tak makan seminggu.. Hasilnya, semuanya kekenyangan, kebuntangan, kebuncitan, kesenakan.. hehe
Disebabkan cuaca yg amat panas malam tu, kami pun TERPAKSA berendam dalam pool. Wah besttnye!! Air kolam nipun suam2 kuku..
Lepas berendam barulah rasa lega, boleh tidor dengan lenanyanya.. Babai nak tidorr dah, esok kami nak bergerak pulang.. Yihaaa.




Mawar Putih.
~mood ku kembali utk menulis~
30 Jun 2012 - 00:44am