Saturday, 13 April 2013

Langkawi


Langkawi bukan tempat asing bagi orang Malaysia.. Boleh di katakan semua orang Malaysia pernah ke Langkawi. Kalau orang pompuan ke sini takde lain kompem membeli belah pinggan mangkok, hakupun x ketinggalan..
Ke Makam Mahsuri, telaga tujuh, Beras mati, Caber Car dan banyak lagilah.. perkara wajib kalau ke sana. Tapi kalau dah 2, 3, 4 kali kesana takkan nak pergi lagi kan? Tak kuasa haku dah..

Ke Langkawi kali terakhir aku kesana 6 tahun sudah by air asia. Sebelum tu jugak dengan air asia.. Maknanya dah lama aku tak ke Langkawi dengan Feri. Seingat2 aku terakhir naik feri ke Langkawi masa cuti semester zaman belajar dulu. Lamanyeeeee..

Kami naik feri dari Kuala Kedah, sampai di trafic light Kuala Kedah ada moto ketuk2 tingkap kereta, dan offer parking di rumahnya.. Terkezut lah jugak bila tiba2 ada mat moto ketuk2 tingkap keter.. Emmmm cara appoach tak berapa menarik lah brader... Tapi kami pi jugak parking kat rumah nya. Cek Abang ku siap snap gambar orang tu dan snap gambar motornya.. iyelah kena waspadakan.. kot apa2 jadi.

Feri tiket dewasa RM23, Kanak-kanak RM17. Di Jeti Kuala Kedah ada banyak tour agent, Sambil2 tunggu feri jam 10.30, kami TERAMBIK pakage "The Mangrove Boat Tour" utk 4 jam , pakage offer 1 boat hanya utk kami sefamili, dan sewa kereta pun kami ambil dengan agent yang sama, kami sewa kereta Wira. Masa kami berurusan dengan tour agent ini dia sentiasa call orang di Langkawi untuk make sure kereta yang kami mahu kan dan pakage boat ride kami menepati apa yang kami mahukan, dengan kereta sewa saya dengar dia maklumkan feri kami jam berapa dan jam berapa kami akan sampai langkawi.. So maknanya bila kami sampai je kereta dah ready.. Kami puas hati dan duit down payment di bayar. settle.

Schedule perjalanan kami tertulis di tiket jam 10.30.. Rupanya 10.30 baru panggil utk Q masuk feri. Gedebak-gedebuk jam 11 baru feri jalan...

Dalam Feri haku tidor je.. so haku x tahu ombak kuat ke, feri laju ker?? Tapi kata dek Cek Abang ku feri laju (bestnya tidor, sampai sakit2 tengkok)

Baru sampai Langkawi, Posing sambil tunggu kereta sewa sampai

Sampai di Pulau Langkawi, kami tunggu kereta sewa sampai, tapi yang sampai bukan kereta Wira. Katanya Wira lewat sikit, yang ada Gen2. Adoyaiii.. masa deal di Kuala Kedah tak pulak habaq Wira ada masalah, sampai sini cerita lain pulak.. Tanpa buang masa dan tak mahu cerewet sangat kamipun setuju tukar ke Gen2, kena tambah sewa RM20..
Kami 6 beranak sumbat dalam Gen2, cuba bayangkan. Lantak rasakan korang sempit2 dalam kereta.. duduk dalam kereta luas dan selesa pun bergaduh, ni kan kereta sempit2, iyo lantakkan kome.

Di langkawi kami sewa motel je.. semua hotel dah penuh sebab Lima. Kami sewa Riverra Inn, memang selesa, bersih, murah dan dekat dengan town. Hotel ni wifi free, memang tu yang ku cari senang nak tinggalkan anak2 ku di hotel bila masa haku nak berjimba dengan pinggan mangkuk, periuk belanga di idaman suri dan Hj Ismail group.. Worksmartt.. Upsss satu lagi sebab cuti2 pun haku kena buat kerja opis jugak Uwwwaaaaa.. sob.. sob.. :-(
Hokey, sila layan webpage hotel disini  http://www.riverrainn.com/ 
Model sedang "catwalk" masuk ke Riverra In

Hari pertama disini, adalah hari diriku.. heheheh Syiokknyee.. hip hip horeyy. Anak2 herro 3 orang ku pesan tinggal di bilik elok2 naaa.. main lah game ipad ipod dan entah hapa2 lah lagi sepuasnya yaaa... wifi free, download lah apa aje game yang kome suka..
Sepetang Cek Abangku dan anak dara ku melayan diriku di Pekan Kuah, lepas satu kedai ke satu kedai ku terjah.. Terima Kasih Khalifah ku dan princess barbie ku.. I lap you, muahhhzzz.. Pekan Kuah tidak banyak berubah compare 6 tahun sudah.

Nak dijadikan cerita, malam tu princess barbie ku semput.. jam 1 pagi kami bawak ke Hospital Langkawi sbb tiada klinik yang buka 24 jam. Dengan hanya RM1 dapat rawatan nebuliser, dan ubat2an.. Ya Allah murahnya. Prosedure doktor merawat jugak sangat puas hati, setaraf hospital swasta. Thumps up untuk Hospital Langkawi.

Ke esokan harinya kami di ambil oleh van dan di bawa ke Kampung Kilim. Kami ambil pakaj 4 jam menyusuri sungai Kilim sampai ke Tanjung Rhu. Perjanjian asal masa deal dengan agen di Kuala kedah boat kami sefamili sahaja.. tup tup sampai sini kena share dengan group lain. Pulak dah.. Haiyaaaa. Disini kata kalau x mahu share kena tambah lagi RM60 hinggit. Adoyaii.. Sana cakap lain sini cakap lain. Cara ginilah yang boleh merosakkan industri pelancongan di Langkawi..

Menunggu Ayah & Ibunya tengah deal dengan agent di Kaunter.
Boat di jeti Kampung Kilim.
Di pendekkan cerita kami share dengan sorang mat salleh dari Belanda. dan 2 boat di handle oleh 1 tour guard. Bayangkan... tour guard tu sekejap melombat ke boat sini sekejap melompat ke boat sana.. hehehehe siannyaa..
Tour guard tengah bagi briefing sebelum mulakan pengembaraan.


kami dalam boat
Tempat pertama kami di bawa ke Gua Kelawar, Dalam gua tu ada banyak kelawar tenagh tidor. Dalam gua ni tak boleh bising..

Kemudian kami singgah di satu tempat (tak tahu apa namanye entah) tengok ikan peliharaan dan kami order air disini, tak termasuk dalam pakaj yaa, bayar sendiri. Pemandangan disini memang cantik.
Selepas itu di bawa ke gua buaya. Mulanya haku ingat memang betoi le ada buaya, rupanya di beritahu gua tu seakan2 rupa kepala buaya. Tapi haku tak nampak le pulak macam rupa kepala buaya.. Disebabkan air pasang boat tak dapat melepasi gua buaya ini. sepatutnya boat masuk dalam gua ini dan akan tembus di sebelah sana.. beberapa boat lain juga cuba melewati gua ini tapi tak berjaya, kena reverse.. siannyeee.
Kami meneruskan perjalanan, cantikkan pemandangan disini.. Oh Malaysiaku, memang cantik.
Sampai ke satu kawasan yang banyak monyet. Nak dijadikan cerita sekor monyet melompat ke dalam boat kami. menjerit2 kami anak beranak, nakal monyet nih.. dia rentap plastik bag di tangan suamiku yg dalam nya ada bekalan roti.. Rezeki monyet tu dapat makan roti, lapar rupanya monyet nih.. Sian dia..
Lepas tu tengok helang, diberitahu nama langkawi berasal dari seekor Helang yang bernama Kawi. Syok tengok helang terbang bebas.. dan sesekali turun ke permukaan air menangkap mangsanya..

Tengah hari kami di bawa makan di sebuah restoran terapung, makan nasi goreng. Makanan termasuk dalam pakaj, Ku bayangkan nasi gorengnya sesedap Siam, tapi hampa.. huhu.
Disini juga ada banyak ikan, udang & soto peliharaan. Kita boleh pilih ikan mana nak, pastu terus masak.. macam menarikkan.. satu hari nak cubalah..
 Lepas makan kami di bawa ke Tanjung Rhu.. Pantai yang tercantik di Langkawi.. Pantai di laut andaman.. Si montel dan Princess  Barbie je yang mandi, anak teruna lagi 2 orang tu malu2 nak mandi.. hihihi dah tahu malu yek kome..


 Kemudian kami di bawa ke lautan Andaman, tengok ikan lumba2.. wow bestnya, tapi sangat susah nak tangkap gambar ikan tu.. sekejap sangat timbunya..
 Di kejauhan kelihatan pulau, kata tour guard tulah Thailand.. Haku rasa Pulau Koh Lipe kot.. Pastu kami di bawa ke gerbang tertulis "KILIM GEOFOREST PARK".. Memang cantik tempat ni.. dalam gambar tidak dapat menggambarkan kecantikan sebenar.. Haku terpegun. Sumpah Malaysiaku memang cantik rupanya (baru sedar ke makcik mawar oiii??..)

Pakage kami berakhir disini, Kemudian kami di bawa semula ke jeti di kampung Kilim. Van tantar semula kami ke motel.. Sampai bilik jam 3 lebih, sempatlah tidor sat..  Lewat petang tu aktiviti kami makan laksa dan cendoi.. 2 pinggan laksa ku makan petang tu.. sepinggan dekat idaman suri dan sepinggan lagi dekat pekan kuah.. sedapppp.. bruuukkk.. Alhamdilillah kenyang sudah.. Alamak baru teringat 3 anak teruna di hotel tak makan lagi.. heheheh jom balik cepat Ayah.. sian dorang. (rupanya dorang dah kenyang makan game haha)

Ke esokan nya, selepas subuh kami dah check out,  Errrrr... sapa punya barang yang banyak sangat nih. Ada yang duduk atas bag dalam keter nanti ni haaa... hihihi... sayang korang sbb tolong hangkat & tolak barang2 ibu. Lap you all. Kami shoot terus ke Keyyell.

 Hokey.. babaaaaaii.


Mawar Putih
13/4/2013 : 1017pm