Monday 24 June 2013

Episode 1 : Lambaian Kaabah


Syukur pada Allah, akhirnya aku dan hero ku menjadi tetamu Allah swt. Memang dari umur aku awal 20an, aku niat dalam diriku, aku MESTI menjejakkan kaki ke Mekah sebelum usiaku mencecah 40an.. Allhamdulillah hero ku telah merialisasikan impian ku.. "Terima kasih Yang"

Selepas register dengan tour agen FELDA TRAVEL. Aku bernekad untuk cuba memperbaiki diri (Cewahhh... bak kata kawan opis ku.. "jangan sebulan je"... hahaha). Banyak perubahan pada diri aku, kononnya.. (hahahah.. bior haku gelak dulu sebelum digelakkan oleh orang lain.. hahahahahah sambung gelak lagi). 
Aku kerap lakukan solat hajat supaya di permudahkan sepanjang berada di sana, sihatkan kesihatan, kuatkan fizikal dan mental kami menghadapi sebarang dugaan, supaya aku suci dari haid sepanjang berada di tanah suci (ini yang paling haku risau) dannnn yang paaaling penting sekali solat hajat supaya kami x de gaduh2 sepanjang di tanah suci.. comel je kan.. wink wink wink


31 May 2013, hari yang di nanti2 kan..
Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. Aku sambut panggilan Mu ya Allah, Aku sambut panggilan mu, tiada sekutu bagi Mu, Aku sambut panggilan Mu, sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milik Mu, tiada sekutu bagi Mu

Kami di KLIA, sempoi je hero ku pakai baju kemeja mcm nak pi opis je gayanya.. Dah ku siapkan baju ala2 ada rupa mcm nak ke masjid, tapi dia memilih baju ini jugak sbb nak sedondon.

Flight direct to Madinah. Dari KLIA jam 9.40 pagi, kami sampai Madinah Jam 1.40 petang waktu Madinah bersamaan dgn 6.40 ptg waktu Malaysia. Tak sempat lah nak rasa solat Jumaat di Masjid Nabawi. Takpe, next time, insyaallah..

 Kat bawah ni gambar masa nak collect bag dan satu lagi gambar deretan bas yg menunggu jemaah.

 Di lobby Hotel Al Ansar, masa pengagihan kunci..

 Haaaa... tu diaaa. Buka2 je bilik.. Taraaaaaa.. hehehe. Malam kang kita "chat chi lot at at" katil mana nak tidor yekk..
Dalam hati dan minda ku telah ku sediakan ruang untuk menghadapi apa jua masalah yg timbul.. Berlapang dada dan anggap itu perkara kecil, small matter babehh.. setakat bilik x bersiap, apa ada hal.. sendiri pun boleh kemas kannn.. ( the real stori.. haku x kemas pun.. tunggu sampai cleaner datang kemas dekat 2 jam).

Kami terus siap2 untuk ke masjid Nabawi. Gambar kat bawah ni tengah tunggu ketua rombongan & kawan2 untuk ke masjid bersama.. first time kann.. Masjid Nabawi pun kami tak tahu arah mana nak tuju.. hihi

Kat bawah ni lah best friend sepanjang di sana.. masa awal2 'skema' je rupa, dengan lankyard color oren di leher.. hehehe
 Curik2 bergambar dlm masjid Nabawi. Mata sembap mcm baru lepas nangis je.. (memang nangis pun.. first time masuk masjid Nabawi terasa sebak sangat, tak tahu ngapa.. adakah anda juga begitu??)
Polis wanita di masjid Nabawi ni agak garang jugaklah.. kamera & HP x boleh bawak masuk. Tapi haku yg suka bergambar ni kan, seludup HP dengan niat suci murni, untuk bergambar kenangan di dalam masjid Nabawi.. Tak salah kan (sambil buat muka kesian.. ala2 kucing yang comel.. meow meoww!!). Okeh, kat sini haku saje nak kongsi tips camana nak bawah masuk HP. Biasanya Haku akan pendekkan tali bag. bag tu aku sangkut di bahu di dalam tudung/telekong. pastu masa polis tu nak check bag haku hulur kan aje bag selipar... tengah ramai2 tu dia x sempat nak raba2 kita.. Tapiiii kalau masuk masjid time x ramai orang.. dia akan raba2 kita dan jumpalah beg yg di sorok dlm telekong tuhhh.. Haaaaa kantoii kau.. heheheh.
Tapi korang kalau bawak masuk HP, silent kan lah.. jgn berdering2 masa org solat.. Tak baik tau.

Hokey.. sambung lagi nanti.

Mawar Putih.
25 Jun 2013 , 00:44am