Friday 26 July 2013

Episode 3 : Lambaian Kaabah

Hari ke 5 Hari ini kami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah selepas solat Zhohor. Sedihnya rasa nak meninggal kan kota Madinah Al Munawarah.. Selepas zhohor dan laksanakan ziarah Wida' kami terus balik ke hotel dan bersiap2 dengan pakaian ihram.. Di dalam bas kami di pandu oleh mutawwif dengan bacaan2 zikir, sampai terlelap2 lah mataku.. heheh. Kami sampai di Masjid Bir Ali untuk mikad. Masa ni belum masuk lagi waktu Asar. Jadinya kami solat sunat tahyatul masjid dan sunat Ihram. Sambung perjalanan dan aku lelap lagi dalam zikrullah (cewahhh.. kononnya..). Bila masuk waktu Asar, kami berenti lagi di R&R di tengah2 padang pasir untuk solat Asar (jangan bayangkan mcm R&R kita yaaa..) Perjalanan di teruskan, zikir2 juga berkumandang keluar dari mulut kami semua..  "Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak".. Aku terlelap lagi.. Masyaallah lena sungguh aku rasa, sedar semula hari dah hampir senja dan mutawwif bagi tahu kami dah masuk ke Kota Mekkah.. Perjalanan yg mengambil masa hampir 8 jam, tapi kurasakan sangat sekejap.. hehehe (mana taknya tidur sepanjang jalan..). HP ku x de line internet apabila masuk je kota Mekkah.. jenoh lah on & off HP, searching coverage, tak de juga coverage. HP suamiku yg menggunakan line yang sama ada le pulak.. Haishhh... macam mana nak hapdet whatsap & Facebook nih.. hehehehe kesitu plak yee..
Upsss.. tujuan update FB bukan utk menunjuk2, hanyalah untuk memberi khabar pada sedara-mara dan rakan2 yang ingin mengetahui sahaja. Dan juga utk beri perangsang pada kawan2 & sedara-mara untuk kesini (kerana diriku juga melonjak2 kesini setelah selalu melihat kawan2 lepas sorang, sorang lagi dan sorang lagi ke Mekah di dalam FB.. Terima kasih kawan2, kerana gambar2 mu, ku sampai jua kesini)

Kami sampai di hotel waktu orang solat Isyak. Mutawwif suruh kami makan malam dulu dan solat jamak & qasar di bilik hotel. Kemudian turun untuk umrah wajib pertama kami. Dari hotel kami ke Masjidin haram dalam 250 meter sahaja.. Alhamdulillah dekat jugaklah.
Kami masuk masjidin haram dalam jam 10.30 malam gitu.. first time masuk masjidil haram tak dapat nak di gambarkan perasaan ini, teruja, gementar... Kami masuk ikut pintu no 1, pintu Sultan Abdul Aziz.. Dari pintu tersebut ku dapat lihat kaabah dari kejauhan, disaat inilah segala doa2 kita tiada hijabnya.. Berdoalah apa sahaja yang kita muhu.. InsyaAllah akan makbur.. Hanya masa sahaja yg menentukan.
Kami di pandu oleh mutawwif untuk umrah yang pertama ini. Kami selesai tawaf, saei & bertahlol lebih kurang jam 12 malam. Alhamdulillah sesai sudah umrah pertama kami.. Dannnn cam biasalah, bergambar.. tapi gambar dengan jam besar sbb masa ni dah keluar masjid nak balik bilik... hehehehe

Hari ke 6 Aktiviti bebas.. 45 minit sebelum subuh kami dah gerak ke masjid. Suamiku sempatlah tawaf sunat sebelum masuk waktu subuh.. Haku tak hikut, haku sebuk mencari "pot" tempat solat yang nampak kaabah (boleh tak gitu.. hehehe), tapi x dapat pun, sbb tempat solat wanita di belakang2 nuuuun sana.. Selesai solat subuh, suamiku bawak haku tawaf sunat.. masa ni ramainya orang, kami amik masa hampir 40 minit untuk selesai 7 pusingan, jam kau.. sampai tak bergerak.. hehehe yg paling kesian, suamikulah.. bak kata org Perak "ngetor' kakinya sbb tadi sebelum subuh dah 7 pusingan (sebelum subuh tadi katanya tak ramai org sekejap je dah selesai).. lepas subuh bawak isteri plak.. heheh semoga syurgalah balasan mu wahai suamiku.. Amen.

 Bawah ni gambar kami sebelum mengerjakan tawaf sunat selepas subuh.

Bawah ni, Gambar kami di depan pintu no 1, masa ni nak masuk masjid tuk sunat dhuhah dan terus tunggu zhohor. Nampak tak kat gambar tu suhu 45c..

Lepas zhohor kami menjengok apa ada di bawah jam besar.. hehehe. Haku kagum sekejap lihat shopping mall yang moden mcm KLCC tapi semuanya berjubah, bertelekong, berhijab, berihram.. Indahnya.

Jeng.. jeng.. jeng... Ada orang tu dah pening kepala tengok jam murah2.. hehehe

Starbuck pun hadooo.. Tak mau share hokey...



Hari ke 7 Hari ini kami di bawa menziarah ke tempat2 bersejarah di Kota Mekah. Kami di bawa ke Jabal Thur, Jabal Rahmah di Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan bermikat di Ja'aranah.


Kami di Jabal Thur

 Kami di Jabal Rahmah

 Mikat di Ja'aranah. Haku niat umrah untuk arwah emak dan suamiku niat umrah untuk arwah Nyah (Ayahnya).

Selesai bermikat kami di bawa pulang ke hotel sebelum waktu zohor.
Haku dan suamiku plan nak buat umrah selepas zhohor, masa berjalan kaki ke masjidil Haram, ternampak jenazah di usung masuk ke masjid.. Bertuahnya jenazah ini, sebab akan di solatkan oleh beribu2 orang di dalam Masjidil Haram.. Semoga syurgalah balasannya.

Selesai solat zohor kami terus buat umrah. Kali ni umrah sendiri-sendiri sahaja, tanpa di awasi oleh Mutawwif, kami berdua jee.. heheheh dah pandai..

Kat bawah ni gambar masa tengah saei.. berenti sat minum air zam-zam. Sedap sungguh air zam-zam sejuk.. LAZATTTTTT...

 heheheheh.. ada orang tu dah tak larat sbb tumitnya dah pecah2, siannn dia. jom kok-kong nak??
 Gambar bawah ni sempat jugak haku snap ketika saei.. Ni kami saei di tingkat 2 ke atau 3 (tak hingat lah)

 Dah bertahlol habis licin rambut... settle umrah ke2 kami. Alhamdulillah.. Semoga pahalanya sampai kepada arwah emak dan arwah Nyah.. Amiinn..

 Hokey.. sampai di sini dulu, tunggu untuk episode terakhir.. Babai, Assalamualaikum.

Mawar Putih
:-) selamat berpuasa :-)
12.28am 27 july 2013

Monday 1 July 2013

Episode 2 : Lambaian Kaabah

Hari ke-2 di Madinah, Kami di bawa ke Raudhah.. Sebenarnya haku tak tahu Raudhah tu apa sebelum ini.. Aku mula tahu bila aku start menggoogle ttg Mekah dan Madinah beberapa minggu sebelum berangkat..  Teruknya haku kan??

Bergambar dulu sebelum berpisah utk ke Raudhah..

Aku di pintu 24, pintu ke Raudhah untuk muslimat

Raudhah terletak diantara rumah Rasulullah saw dan mimbarnya, disitulah terletaknya makam Nabi Muhammad saw, Sahabatnya  Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar. Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah bersabda "Diantara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman2 syurga dan mimbarku terletak di atas kolamku (pada hari kiamat)"
Bagi muslimah, nak masuk Raudhah kena tunggu agak lama, kebiasaannya mereka akan bagi 2,3 group Arab kemudian baru bagi 1 group Asia masuk ke Raudhah..

 Gambar kat bawah ni, haku curik2 snap di pinti masuk.. ni kiranya step menunggu yang ke 4 dari 5 step. (Nak masuk Raudhah, menunggunya dekat sejam ke sejam setengah)
Tiba masanya group haku di beri masuk ke Raudhah. 1st time masuk Raudhah haku rasa sebak sangat, entahlah.. tak tahu kenapa.. Raudhah ni kapetnya ber color hijau, lain2 kawasan di dalam Masjid Nabawi kapet ber color merah, dalam ramai2, terhimpit dan tersepit serta bertolak2.. aku pun tak dapat nak lihat, dah jejak kaki ke belum di kapet color hijau, sehinggalah di beritahu oleh rakan sebelah... "Ya Allah kini ku berpijak di taman2 syurga mu Ya Allah.. Ampunkan segala dosaku.. "
Pada mulanya nak solat pun susah, ramai orang dan bertolak2. Dalam keadaan bertolak2 tu apabila berada di depan pintu besi makam Nabi Muhammad saw, aku memberi salam pada Nabi Muhammad saw, menyampaikan salam yang di kirim oleh rakan2 dan akhir sekali berdoa meminta supaya di beri syafaat di akhirat kelak untuk diri ini, suamiku, kedua ibu bapa ku dan mertuaku, anak2 dan saudara-maraku.. Terasa diri ini terlalu hina dan tak malu sbb selama ini lalai tapi tak malu nak mintak syafaatnya... itu yang buat aku rasa sangat sebak dan derai2 lah air mata mengalir... 
Di Raudhah aku berkesempatan melaksanakan solat taubat dan solat hajat.. disitu jugak aku berpengalaman masuk dlm kelubung Mak Arab masa haku bangun dari sujud.. hehehehekkk... (So haku nampak color apa seluar yang dia pakai.. ahakkss).. 

 Gambar di bawah ni dari Henpon Hero saya ketika dia di laluan ke Raudhah.

Mimbar Rasulullah SAW (Upss!! yg kiri tu hero ku cuba menyenep gambarnya sendiri dgn latarbelakangkan mimbar Rasulullah SAW)

Kami group muslimat, selepas keluar dari Raudhah..

Kemudian kami di bawa ke perkuburan Baqe' dimana hampir 10 ribu sahabat Rasulullah SAW bersemadi disini. Muslimat tak di benarkan masuk.. Kami hanya melihat dan berdoa dari luar sahaja.


Hari ke 3 di Madinah, kami di bawa ziarah luar,
Geng-geng para muslimin.. di lobi hotel sebelum berangkat
kami di bawa melawat ke Masjid Quba, masjid pertama di dirikan oleh Rasulullah SAW ketika tiba di Madinah. Menurut hadis sahih, sesiapa yang berwuduk dari rumah/hotel lalu menjaga wuduknya dan solat 2 rokaat di masjid Quba, pahalanya di kira seperti mengerjakan umrah.
Kami bersama masjid Quba
Juga di bawa ke ladang kurma.. Pokok kurma ni rupanya macam pokok kelapa sawit je.. Dengan rasa perak dan jakun nya kami kesukaan dapat bergambar dgn pokok kurma. hehehehehe. (Lebor senyum Cek kak yekk..)

Pemandangan di dalam kedai jualan kurma dan seangkatan dgn nya (ada kacang lah, cokolat lah dan entah hapa2 lagi..)

Kurma Nabi atau juga di kenali dengan kurma Ajwa. Harga kurma Nabi/Ajwa disini ada yang 80 rial, 100 rial dan 120 rial se/kg.. Kata muthowif kami disini harganya agak mahal sedikit tetapi kompem kurma dari Tanah Haram..

Kemudian kami di bawa ke Jabal Uhud. Disinilah berlakunya peperangan Uhud.. disini juga ada perkuburan sahabat2 yang syahid di dalam peperangan..
inilah kubur para sahabat Nabi yang syahid di dalam peperangan

 Silalah layan gambar2 kami di sekitar Jabal Uhud.. Kalau ada yang nak termuntah tu, kami mintak hampun dan mahap yaa.. takde niat di hati kami untuk buat kome rasa nak termuntah.. Upss!!! sedondon lagi..



Kemudian kami di bawa ke Pasar kurma.. Beli kurma lagi dan lagi dan lagi.. Takde gambar yang di ambil sbb masa ni haku dah ke penatan..

Hari ke 4 kami di Madina, aktiviti free and easy. 

Ya habibi ya maulana.. Aku lebih selesa berpakaina mini telekong/tudung labuh sahaja ke masjid. Kebanyakan Malaysia dan Indonesia memakai Telekong putih..
Hero ku semakin hensem dengan jubah dan serban di bahu.  

Pagi tu selepas solat subuh, utk kali kedua nya kami masuk ke Raudhah. Kali ini haku dapat solat betul2 di sebelahan makam Rasulullah SAW dan berdoa di dalam sujudku "Ya Rasullullah, ku pohon syafaat mu di hari akhirat kelak... Ya Allah haramkan api neraka menjilati tubuhku.." Air mataku derai2 mengalir.. Betapa rapuhnya hatiku ketika itu.. begitu mudah air mata ini mengalir.. ohh no..

Sepanjang hari ini aktiviti kami selepas solat menawaf kedai2 di persekitaran masjid.. heheheh.. Window shopping jaaa.. Haku dah berniat datang sini untuk beribadat bukan untuk soping-moping.. (tapi kalau TERBEKENAN tahap gaban tu, haku beli lah jugak.. hehehe)

Ini adalah tong air zam2 di dalam masjid Nabawi. Setiap kali masuk dan keluar masjid, mesti nak minum air zam-zam sejuk.. Ya Allah sedapnyaaa.

Keadaan di pintu 24, selepas solat zhuhur, berpusu2 keluar masjid..

Motor polis di Madinah.. very the klasik & retro.. Siap ada sejadah di seat.. Maklumlah bikers kan.. pantang nampak moto, nasib baik polisnya takde, kalau tidak mahu dia mintak pinjam sat, nak lepaskan gian.. hehehe (di tujukan khas utk hero ku)

Burger ala-ala Carl Junior pun hadooo.. tapi namanya Hardees..  Sedap.. 
 

 Pekena Starbuck di tengah hari terik selepas solat zhohor, Ya allah lazatnya.. Next time tak mau share.. kita dpt 2,3 sedut je tawwww... selebihnya ada orang tu sedut sampai tak hingat org sebelah.

Restoran Nasi Beriyani.. Sedap beb.

 Nasi beriyani nya mabelesss.. Beli 1 je dah cukup, boleh share nasinya banyakkk..

 Sempat lagi membedek2 jam di kaki lima hotel sebelum ke Nabawi utk Asar.

Makcik dari Pakistan yang solat sebelah haku. Masa aku berdoa, dia cuit aku dan mintak haku doakan untuk dia.. Hehehe comel je makcik ni bercakap bahasa Arab dengan haku.. Mcm le haku paham.. Haku angguk2 & geleng2 kan kepala ajee.. hehehe


Masa nak tunggu solat Isyak, mengantuknya mata (ofkos lah time tu waktu malaysia dah jam 1 pagi, kira afdal lah rasa ngantuk kannn??) TAAAPIIIII.. lepas Isyak kuar je masjid, mataku terus segar, bugar bila lihat penjaja melambung2 kain sambil jerit 
"30 rial, murah murah". 
Jubah 30 rial aje kau... terbeliak bijik mataku...


Sekian ceritera untuk kali ini.. Sambung episode seterusnya perjalanan ke Mekah.

Assalamualaiku.

Mawar Putih, 2 july, 00:39am