Hari ni kami akan jalan2 di sekitar Seoul. Selepas breakfast di hotel (makan roti dan minum kopi jee, yg lain2 diragui kehalalannye) kami bergerak ke *&*%$ (apa entah nama tempatnya), gambar bawah ni tertulis nama tempat bangunan tu.. reti baca??
Dalam bangunan ni kami diberi taklimat tentang gingseng. Cara ditanam, cara di proses, khasiatnya daaaannn last sekali promosi... mahal lah jugak harganya.. yang bestnya sales marketing nya boleh cakap melayu. Kat dalam ni tak boleh snap gambar. So takde lah gambar gingseng dan sales marketing yg lawa dan boleh cakap Melayu tu.. Lepas tu kami di bawa ke tingkat bawah sekali, kelas kimchi. Belajar buat kimchi lah kononnya.. padahal hanya sapu kan aje rempah tu kat kobes.. Haku rasa lepas tu dorang jual kimchi yg kita buat tu kot.. takkan nak buang kan??? Cekgu yang ngajar buat kimchi ni tak bagi snap gambar, tapi dorang2 ni semua degil.. hehehehe. (ofkos lah kan.. mestilah nak bergambar dgn kimchi.. first time buat kimchi)
Di luar bilik kelas 'masakan kimchi' di sediakan pakaian tradisional Korea, Boleh bergambar.. Hehehe rasa mcm comel je bila pakai baju tradisional Korea (Jangan nak perasan lah Kak Semah..)
Anak2 bujang kami.
Patutnya AbgCik pakai color hijau, baru lah macam trafic ligth. kann??
Permata hati kami.. Ibu Ayah sayang korang taw.
Bawah ni 2 famili besar yang bersama pakage kami. Ada retis you.. Kerlasss kaw Semah, bercuti dgn retissss.
Lepas tu kami di bawa ke The National Folk Musium of Korea ..
Dalam ni ada musium dan istana lama. Best jugak lah..
Hokeyy, layan kan aje ye gambar kami bersama binatang tahun kelahiran mengikut kepercayaan China..
Ho mak aiii.... ada orang tu tahun khinzirrr??? heheheheh
Tenaghari nya kami lunch di restoran "Mentari Malaysia Eatery".. sambal belacan pun ada.. Baru le selera skit nak makan..
Selepas tu kami di bawa ke kilang "Amethyst". Cantik-cantikkkkk, tapi haganya mahal sangat.
Lepas je abis shopping batu bata amethyst, kami di bawa ke 1 tempat apa entah namanya, kat situ ada rumah2 lama atau tradisional korea. bagi haku agak boring jugaklah kat situ... kami bergambar je.. layan ajelah ye gambar2 kami yng masa ni dah agak kepenatan
kami di bawa makan malam, masa nikan tengok makanan Korea pun haku rasa nak muntah dah.. Tak lalu nak makan, mula lah terbayang2 sambal tumis petai.. haku tak paham lah citarasa korea ni. Ikan pun bau hanyir, telor dadar (nak kata telur bukan telor rasanya) tawar mcm tak taruk garam, patutlah dorang ni selim melim...
Hari ke 5 : 26 Dec 2013
Hari ni kami akan sopping... Yeaaaa... di bawa berjalan2 ke tempat sopping sopping.. First destinasi ke shopping mall bebas cukai. kalau nak beli barang kat sini kena scan passport. tak dak passport tak boleh sopping. Tour guard tu hajak haku teman dia sopping bedak.. nak ngendeng passport haku lah tuewwww.. haku pun tumpang sekaki lah jugak beli bedak tu... dengan harapan bila pakai nanti muka haku gebu licin spt K-Pop.. kerlassss angan2 kaw Semah..
Hokey, di sebabkan kami tak mau sopping lama2 situ, kami bawak diri ke kedai kopi... tengah minum kopi tiba2 salji turun lebat.. Maklumlah kami kan dari kampong ceruk rantau hutan belukau.. tak pernah tengok salji.. berambat budak2 di keluar nak bergambar.... hakak semah pun sama jakun jugak.. hehehehe
Kemudian kami di bawa makan dan solat di masjid ter besar di korea.
Gambar2 di persekitaran masjid.. yang bagusnya tour guard ni siap set kan waktu solat di henpon nya.. betapa ambil beratnya cara mereka melayan kami.
Bawah ni gambar2 sekita perjalanan dari masjid ke kedai makan
Ni gambar masa time makan, kerlassss kau Syafiq.. bergambar dengan retiss.. tapi kan, anak2 haku sorang pun tak kenal retis ni... hehehehehe maklumlah bukan zaman mereka.. zaman mereka K-pop je.. ni zaman mak ayah komer masa kecik2 dulu, fofuler dengan cerita OPAH.
Lepas makan kami di bawa sopping2 lagi, tapikan haku tak hingatlah nama tempatnya.. hehehehe. tempat ni memang fofular, sapa yg dtg korea mesti pergi tempat ni.. masa ni kami berpecah, haku dan syasya pergi down market sbb nak cari kerongsang.. kononnya kerongsang sini kan cantik2.. suami dan anak2 lelaki pergi cari buah, sbb kononnya dengar sini buah2annya manis2.. haku berjalan kaki hamper 400m jugaklah, mengharung mengikut orang.. dlm perjalanan tu jamu2lah jugak mata, sempat lah jugak haku menjeling2, nasib tak terjulin bijik mataku. Tempat ni lebih kurang mcm petaling seterit je. layan kan ye gambar2 sekitar perjalanan haku n syasya tadi.
Akhirnya sampai jugaklah ke tempat kerongsang.. canti tu memanglah cantik. tapi harganya mahal lah jugak.. design nya lebih kurang sama je dgn kat KL ni.. rasa mcm penat je jalan jauh2. Untuk tidak menghampakan diri sendiri, Hakak semah pun belilah jugak sebijik 2 kerongsang itueww (iye keee? sebijik 2 Hakak Semah oiii).
Selepas memborong kerongsang, baru haku perasan.. yang haku tak tahu jalan balik... Ah sudah, masa ni haku teringat kat Cik abang, kalau tak jumpa mcm mana nih.. henpon tak boleh nak hubungi, aku rasa mcm dah salah jalan, si kecik kata jalan ni betul.. haku hikut kan aje jalan yg si kecik ni tunjuk (Nampak sangat kan masa perjalanan pergi tadi mata tu asik menjeling kedai, bukan nya nak tengok jalan betoi2 hehehe).. Bak kata org kalau jodoh tak kemana, kannn?? cewahh.. Dengan tak di sangka2 kami terselisih di tengah celah2 org korea.. Ya Allah syukur Alhamdulilah..
Okey, layan kan ajeye gambar kami.
Hamboi hamboiiiiiii Hakak Semah... usah berangan ya, moh kita cari LV kat petaling seterit jeee.
Layan ye gambar2 kami menghabiskan masa disini sampai malam..
Sedapnya makan....
Buah stroberi yang sangat manis. sedappp
Hari ke 6 : 27 dec 2013.
Balikkkk... yeaaahhh jom balikkk, duit dah abis.. Haaa tengok bag kami.. Mak aiii banyaknya bag. hehehehe
Gambar bersama tour guard yang comel..
Errr.. kat airport Incheon sempat jugak haku menyoping handbag.. itupun hasil dari jimat cermat sepanjang di sini. Kononnnn.. heheheh
Errr.. ada orang tu teringin jugak bergambar denga retisss... layan kan aje.. heheheh
Tamat sudah perjalanan kami sekeluarga.
Hokey babaiiii..
mood menulis dah datang setelah hamper setahun hakak semah bertapa di dalam tempurung kelapa..
p/s : entry ini mula di tulis pada jan 2014 dan abis menulis pada Oct 2014.. sebab mood malas melanda Hakak Semah.