Friday, 7 February 2014

Episode 1 - Winter Di Korea

"Korea.." kate anak2 semua bila diberi 3 pilihan. Ini semua penangan K-Pop dan Running man.. Haku idok le layan sangat cerita2 Korea ker, K-Pop ker, running man ker.. yang haku layan dulu Winter Sonata hajeee, lama giler dah.. Demi anak2, kami layan kan ajeee destinasi pilihan mereka ini, (kalau hikut kan makpaknye nak pi tempat lain aje)..

Day 1 - 22 Dec 2013.
Di malam harinya kami bertolak dari KLIA, Ini bag kami utk 6 beranak.. macam banyak je haku rasa.. padahal tak le bawak banyak baju pun. 1 bag merah besar hanya makanan sahaja. baju pakaian hanya 1 bag merah gelap, yang lelain semua nya pekakasan pakaian untuk winter.

tengokkk dah tengah malam kan? masing2 muka dah ngantuk, bersila di lantai je kami, sementara tunggu tour agent settle kan bag dan tiket. Ehh.. eh, masa ni ternampak 'selebriti' dan keluarganya pun join pakage yang sama..
Hokey, berbalik pada cerita kami, dah settle bag dan briefing kami terus masuk menunggu. Tengok yang lelaki2 tak lekang gajet di tangan.. inilah penyakit ketagih org sekarang (haku tidak terkecuali hehe..)
Masuk je kapal terobang, haku terus tidoq. tapi tak boleh lelap.. sat-sat kang depa hantar makanan. apa ke jadahnya bagi org makan di tengah2 malam?? Tapi haku layan kan jugak.. makan ajeee.. hehehe
Hokey, perjalanan dalam 6 jam gituww.  Perbezaan masa Malaysia dgn Korea adalah 1 jam.

Day2 - 23 Dec 2013.
Kami sampai pagi dalam jam 8pagi gitu. Di dalam Incheon Airport .. tak lah sejuk sangat, masa tu dalam hati haku cakap 'kalau gini le kesejukannya, tak yah le buang duit beli baju sejuk tebal2.."
Taaapiiiiiii... bila keluar je dari airport nak naik bas, mak aii sejuknya sampai ke tulang sum-sum. cakap kuar asap kepoi-kepoi. Masa tu haku dan anak2 jakun le sekejap.. maklumlah orang kampung le katakan... Di beritahu suhu masa tu -4
Destinasi kami hari ini ke Nami island... i likeeee, Winter Sonata.. Tapi anak2 haku tak tahu nye depa cerite tu.. So haku jelah yang akan melayan feeling cinta-cinton winter sonata. Laki haku pun tak tahu jugak citer tu, yang dia tahu masa haku dalam pantangkan anak no 3, haku suruh dia beli 1 set CD Winter Sonata, pas tu haku bengkak2 mata nangis bila tengor cerita tu..  lawaknye masa tu... hehehe
Dalam perjalanan tu kami singgah makan lunch.. makanan korea.. masa ni excited giler, rasa syok je makan.. rasa healthy giler makanan nya, semua rebus2 je.. (mahu kurus haku kalau cukup sebulan makan macam gini)
Dari restoran nih ke jeti dekat je.. dalam 5 minit perjalanan. Perjalanan feri untuk ke Nami island pun dalam 15-20 minit je. Di dalam feri pun ada bendera Malaysia dan ada tulisan "Selamat datang". Nampak sangat orang Malaysia selalu datang sini yek..

Layan kan aje ye gambar2 kami di Nami island.






 Kat sini ada surau, di tingkat atas. di bawahnya kedai kopi. Kami solat Jamak disini. Tak lama pun kami di Pulau Nami, lebih kurang 2 setengah jam je.. Tak sempat nak jelajah semua, rasa sejuk sangat masa ni..
Dari Nami island, kami akan di bawa ke Sky Resort Hill, perjalanan lebih kurang 1 jam setengah gitu, dalam perjalanan kami singgah untuk sewa baju main ski.. kedai tu berdekatan dengan kedai Running man.. Anak2 haku nak ke kedai tu, tapi haku tak bagi sbb kedai tu seberang jalan.. Dan sampai sekarang haku rasa nyesal plak tak bawak anak2 ke situ.. Menyempurnakan kehendak mereka yg tak seberapa itu.. :-(

 Selepas tu kami di bawa makan malam, rasanya agak sedap sedikit lah dari siang tadi. yang ni macam sotong masak dgn sos tiram, ada su'on, mashrom, dan entah hapa2 lagilah.. sedappp sangattt.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Ski Resort Hill. Sampai dah gelap, sini jam 5 petang dah masuk magrib. Cuaca sejuk sangat, di beritahu suhu -10, ngeletor di buatnye.. salji halus2 turun masa tu.. Dapat masuk bilik, baru lah lega... lantai bilik pun panas. Appartment 3 bilik, sangat selesa, ada dapur. Master badroom katil queen size, lagi 2 bilik pakai tilam je.. Hall pun sangat selesa.


 Dalam bag ni penuh dengan makanan, kot lah malam2 dorang ni lapar kann?? Makanlah korang maggi tanpa sekatan.. di sini ibu korang membenarkan..
 

Day 3 - 24 Dec 2013
Hari ni kami akan main ski.. Wahhhh bestnya, ku bayangkan nanti akan melungsur dari bukit yang tinggi.. Pagi2 lagi dah bergambar dengan baju ski yang di sewa semalam nya. kami pakai baju 5 lapis, sbb nak main salji kan.. kompemlah sejuk kann..
Di luar hotel salji tebal... sejuknya sampai ke tulang. suhu masa ni -17.

Lepas breakfast, kami di bawa ke Mountain View, Ski World.. dekat je dalam 10 minit naik bas.
 
Tadi aku bayangkan akan melungsur dari bukit yang tinggi, rupanya di bukit yang hampir rata jeeww. Ituuu pun boleh terjatuh bak nangka busuk.. hehehehe. Rupa-rupanya, susah jugak nak main ski nih...



Disini walaupun bersalji tapi panas terik.. mata sampai tak boleh bukak bila kena pancaran matahari. Haku rasa berpeluh sikit2 sbb pakai baju sampai 5 lapis.. sikit jelah peluhnya. (Alaaa Kak Semah niii, sajee jeww nak bagitahu dia berpeluh dalam salji le tueeww..)
Kami di Mountain View Ski World dalam 2 jam setengah sahaja. Lepas tu kami terus bergerak menuju ke Seoul. Singgah makan lunch dulu. Sedap jugak makanannya.. perut pun dah lapar.. nyami yami



 Dalam perjalanan ke Seoul kami singgah di Everland Theme Park.. Alaaaaa tempat yang selalu ada dalam cerita korea tuh (info dari kawan2 dan anak2, aku memang tak tahu ponn). Bestttttttt sangat tempat nih.. Dalam Everland Park kami di bawa ke Safari.. memang best..

Tengok tu tiger albino nih.. macam tak de hati dan perasaan langsung.. tidor jee.. 
 
tiga ekor tiger albino sedang bergossip..

 Ada pulak lion yang bertenggek atas kenderaan, dan yang lelain mengelilingi kenderaan tersebut.. lama jugakk, kalau hakulah ada dalam kereta tuh, mahu gigil kepala lutut..



Yang ni pulak kacukan lion & tiger. Namanya Liger.. Paras rupanya lebih kepada tiger..

Lepas habis Safari Park, aktiviti bebas selama 2 jam. Di dalam Everland Theme Park ni ada surau, tapi kecik je.. Jadi lah kann? Daripada takde langsung..


Hokey.. layan kan aje gambar2 kami di sepanjang 2 jam aktiviti bebas..



 Background gambar di bawah ini adalah roller coaster terbesar di asia (kalau tak salah haku.. hentam ajelah kak semahh)


 Running Man pernah buat pengambaran di pokok ni kata anak2 haku.. Layan kan ajelah budak2 nih.
 Mak aiii... besarnya anak2 hakuuu... Terasa dah tua le pulaaakkkk.

Lewat senja kami keluar dari Everland dan meneruskan perjalanan ke Seoul. Makan malam di restoran masakan India.. Walaweyyy sedapnyaaa..

Lepas tu check in hotel, apa entah nama hotel tu.. dah lupa. yang bestnya dalam bilik ada jakuzi.. Hamboiiii bukan main seronok nya budak kecik 2 orang tu berendam yekkk.. cepat cepat sikit berendam tu, lepas tu pergi bilik sebelah.. bagi ibu & ayah nak berjakuzi pulak.. (the real stori... sampai ke sudah haku tak dapat berjakuzi..)


Hokeyy... sambung episode seterusnya... (tapi entahlah bulan bila siapnye, dah tak de masa nak menulis dah)

Mawar putih a.k.a Hakak Semah..
8 feb 2014 (02:14pm)