Monday 10 December 2012

Ho Chi Minh Syurga Wanita


Ke Ho Chi Minh bukanlah destinasi yang di rancang, ni semua gara2 terpergi ke MATA pada september lepas. Di sebabkan ke'terrer'an salesman tu mengayat kami. kami 'terperangkap' akhirnya.. hehhehehe.

Hari yang ditunggu2kan pun tiba, flight jam 9 pagi, tapi tour agent suh berkumpul jam 6.30 pagi. Malam tu haku packing baju dekat 2 jam lebih. mencabar sungguh. selalu kalau travel dgn moto senang je, 9 hari ke, 5 hari ke, haku bawak 2 pasang baju je, 10 minit dah siap. Tapi yang ni nak sumbat 6 kepala punya baju utk 4 hari, fenin feninnnnn.. @#%$#&.
Siap settle packing dah jam 11.30, ada kerja opis belum siap, kena siapkan jugak sebelum pergi (ishhh kalau boss haku tahu bercuti x siap kerja mampusss, cancel cuti maunye). gedebak gedebuk kerja opis siap jam 2 steng pagi. haku ada masa 1 jam je untuk tidur.. jam 4 'steng' terjaga, hambik kau dah lewat.

1/12/2012- Day 1
Kami janji islam, tepat jam 6.30 dah terpacak kat counter 'F' tapi takde sapa2 lagi.. Syabas utk kami sekeluarga sebab menepati janji, sambil menunggu yg lelaki pergi solat dulu.. inilah bag yang di bawa, sikit jekan utk 6 orang, 4 hari 3 malam. 2 bag baju yg bersize kecil, 1 bag selipar, 1 bag buku Along.
Hampir jam 7 pagi barulah semua sampai, semuanya 16 orang, kami berkenalan, salam2 perkenalkan diri. sedia maklumlah haku ni mmg paling susah nak ingat nama orang, itulah kelemahan haku..
Settle check in bagasi, kami pegi bekpes..

anak teruna kami beraksi dgn gaya tersendiri.. walaaaa !!!
Flight delay dekat sejam, hampir sejam kami duduk dlm kapal terbang yg tak bergerak.. kenapa? hentah lah. tapi tak pe haku ambik kesempatan tidurr. Bukan lah AIRASIA je yg delay, MAS pun delay jugak, tak diberitahupun sebab delay.. sepanjang perjalanan haku banyak tidur, so takde lah gambar yang di ambil.
Lebih kurang 1jam 45 minit kami sampai Ho Chi Minh City. Tour agent di HCM dah siap menunggu kami dgn bas yang memang selesa sangat. First thing pergi isi perut dulu di Restoran Vietnam Delights
Lepas tu city tour... pergi City Hall, kat situ ada tugu besar Ho Chi Minh, bapak kemerdekaan Vietnam.
Kat situ juga ada Opera Hall, bangunannya di bena pada zaman pemerintahan Prancis.
Kat situ juga dikelilingi shopping mall. kiranya situ center of the town lah hagaknye. Hokeyy, layankan aje gambar budak2, bapak budak dan ibu budak.
 
Lepas tu kami di bawa ke pejabat Pos, Binaan pada zaman Prancis (hagaknye,,)
 Di dalam pejabat Pos, menarik kan !!
 Ini plak, gambar anak2 dengan polis (hagaknye lah) di depan Pejabat Pos.
Dalam jam 4 kami di bawa ke HOANG GIA HUY Hotel yang jaraknya beberapa langkah sahaja dari Ben Thanh Market. Walaaaaa... i likeeee...
Check in bilik, buat apa yg patut then terus keluar ke Ben Thanh Market, Masya Allah.. Rasa bagaikan syurga wanita.... syurga! syurga!




Malam kami makan di Saigon Sri Penang, makanannya sedappp, Alamak termakan banyak lah pulak.

 Inilah rupanya bila kami bergaduh, sorang pandang kanan, sorang pandang kiri.. hahaha
 Balik dari makan berjalan2 pulak kat Ben Thanh Night Market.. Juga syurga wanita disini..

  
Malam tu tengah jalan2 cuci mata, tiba2 terjumpa kawan ex opismate. Heheheh kat felda tak pernah nak terjumpa pun kita kan, walaupun sebelah bangunan, kat sini boleh terjumpa pulak Anna Baizura oii.


2/12/2012- Day 2

Good morning Ho Chi Minh, kami bekpes di Saigon Sri Penang, makan nasi lemak dgn kari ayam, heheh mcm x berapa nak kena je.. tapi licin jugakkk

Jadual kami ke Cu Chi Tunnerls, dalam bas kami duduk di belakang sekali.. Perjalanan ke Cu Chi Tunnerl mengambil masa hampir 2 jam. jauh jugak ekk?? 

Para rombongan sedang Q untuk chek in ke Cu Chi Tunnerl.
Tour agent di HCMC menceritakan sejarah Cu Chi Tunnerl
Cu Chi Tunnerl ni adalah kubu bawah tanah yg di bena oleh orang Vietnam pada tahun sekitar 1940 hingga 1960, terdapat 3 lavel dibawah tanah. Dalam 1 masa boleh muah hampir 6 ribu orang.. Ianya di bina seluas hanpir 250km. Wahhhh terrer nye mereka.. Kalau nak tahu cerita detail pasal Cu Chi Tunnerl ni korang lawatilah  web page ini http://www.vietnamtravels.vn/Vietnam-travel-information/Cu-Chi-Tunnels.htm


Dua anak teruna kami sedang cuba meloloskan diri,, wah muat lahh.. hokey kita tengok lagi 10 tahun, kompem kome berdua dah tak muat nak masuk ini lubang.. heheeh (ayat jeless le tuuu)
Masuk dalam terowong bawah tanah, gelap walaupun ada lampu malam2, jalan membongkok, rasa mcm nak patah balik, tapi tak boleh, kena teruskan juga, nasib baik dekat je. jantung ku dug dag dug dag, lemasss. Tapi kiranya haku ni terrer lah (mood perasan) sbb selain dari budak2 hanya haku sorang sahaja  org dewasa yg dah kawin yg berani masuk terowong ini, Tahniah pada diriku.. terima kasih :).

Along & Angah 2 kali masuk terowong, yang kali ke 2 tu terowong tiada lampu, hanya guna torchlight kecil sahaja.. beraninye korangggg.

 Ini salah satu perangkap, ada banyak lagi perangkap yg di bena dengan berbagai2 cara... Bila salah sorang telah terjatuh di dalam perangkap ini, pasti yg lain cuba membantu dan tertumpu pada mangsa, ketika itulah mereka diserang... beng beng benggggg...
 Ini nampak macam busut kan? tapi sebenar nya ini lubang-lubang udara yg memberi oksigen hingga ke level 3 bawah tanah. Wahhh, terrer nye dorang.
 Kat sini jugak boleh menembak, Ayah, Along & Angah telah mempamerkan kepakaran mereka mengendalikan AK45 & M16.. Tapi banyak yg tersasar dari sasaran.. Takpe nanti kita praktis kat rumah plak yek..
berbagai-bagai size bom yang terdapat di sini

Sebelum balik kami di beri makan ubi rebus dan tea O, inilah makanan yg di makan oleh mereka di bawah tanah sepanjang peperangan berlaku.
Para rombongan yg lain sedang melayan ubi kayu rebus.

 hokeyy.. layannnn gambar2 kami sekeluarga di sekitar Cu Chi Tunnerl

Syasya bersama aunty Tini, Tour agent dari KL, Holiday Tour KL.
Sirhan bersama nenek Kiah nye

Syasya bersama aunty Noor


Tengah hari nya kami lunch di restoran Kampung Melayu yang berdekatan dengan hotel, 
kemudian kami di bawa menziarahi masjid Ar-Rahim yg terletak bersebelahan dengan Shereton Hotel. 
Telekong di sini, masya allah sangat bersih dan di sangkut kemas. kagumnya saya. tak pernah jumpa macam ni di KL. Rupanya di jaga dan dibersihkan oleh makcik2 ini. Semoga syurgalah balasan mereka. In Syaa Allah.
 Lepas tu kami di bawa ke Batu Keras. "We are rooccckkkkk"
 Sebelum balik hotel, kami di bawa ke syurga wanita.. Walaaaa.. i likeeee. kat sini adalah 3, 4 kedai yang jual pakaian wanita, tudung, kain, dan semunya yg berkaitan dgn wanita.. syurga, syurga !!
 Hihihih.. muka keboringan yek.. :-)
 Hambooiiii, bukan main sukanye cik kak kiter ni. Muka kepuasan gituu
Dimalam harinya kami naik cruise, yang ni tak termasuk dalam pakage, sendirian berhad. Malam2 naik cruise tak nampak apa2, nampak lampu je. kat atas kapal ni ada pertunjukan, api... Walaaaa, seksinya.



 3/12/2012- Day3
Pagi2 lagi sebelum bekpes, dah keluar mentawaf Ben Thanh Market. Anak dara sorang ni nak kasut, sini kasut penuh dgn manik, memang cantik2, haku je sampai sudah tak sempat nak beli kasut.
Lepas breakfast, kami di bawa ke Mekong River Delta, lebih kurang 2 jam perjalanan. Di sini kami menaiki boat di sungai Tien melihat pemandangan pulau2 disini.  
 Kami di bawa ke sebuah pulau yang memproses gula2 dari buah kelapa, disini kami dijamu dengan air madu, kerepek tempatan, buah2an, juga di hiburkan dengan nyanyianlagu2 Vietnam.
 
 Kat sini jugak banyak jual bag, cantik dan murah compare dengan Ben Thanh market, 2-3 kali ganda murahnya.
Kemudian kami di bawa menaiki sampan kecil muat 4 penumpang, menyusuri anak sungai kecil yg di kelilingi pokok kelapa. Best jugak.



Sampai kat keala sungai, bot kami tadi sudah siap sedia menanti.

Kami di bawa lunch di restoran Halal Mekong di salah satu pulau disitu.
 Selepas lunch kami di bawa pulang ke jeti semula. kat situ sempatlah menyoping tshirt, mmg murah tshirt USD 2 sahaja, baru 6 hinggit duit kiter.
 Sebelum berangkat pulang kami singgah masjid Jami'ulmuslim,
 Selesai solat kami terus kan perjalanan pulang ke Ho Chi Minh, dalam jam 4 petang kami sampai Ho Chi Minh, terus di bawa ke China town. kat sini jualan wholesale sahaja. Kat sini taklah berapa menarik sangat, haku pusing2 kat tempat kain je.. tak menari pun haku sempat jugaklah sambar beberapa pasang kain.. hikhikhik.
Kemudian di bawa pula ke shopping mall Russian Market, kat sini jual baju sejuk musim salji, takde menarik pun disini, tak tahulah kenapa di bawa ke sini. tapi anak teruna haku 2 org tu dapat le baju sejuk yg nipis..
 Nampak.. muka masing2 dah penat. Hambik kau.


Lepas tu terus balik hotel, penat gile beb. malam tu kami makan di restoran Kampung Melayu yg berhadapan dgn Hotel. Lepas makan ikut kawan2 ke Saigon Square, jalan kaki dari hotel dalm 10 minit. Kat situ syasya telah dapat apa yg di idamkan... Hamboiiiii bukan main lagi dia yek

4/12/2012- Day 4
Last day di sini, pagi2 ambik kesempatan menyoping kali terakhir, kasi abis saki-baki duit yg tinggal sekentut je tu.. Jalan2 di Ben Thanh lagi, kami makan cendoi vietnam, sedap giler. penjual cendoi tu pernah kerja di Malaysia, so dia customate resepi condoi, jadilah cendoi vietnam. Ginilah rupanye.. pelikkan, tapi memang sedap..
Disebabkan layanan Cik Kak di bawah ini yang sangat2 mabeles, sepanjang 4 hari di sana haku telah tempah 4 pasang baju dengan nye... Hambik kau, sapa suruh layan haku kaw-kaw. Padan muka haku.
kat sini baju siap dalam masa 12-24 jam, kagumnye.
Petang kami balik flight jam 5 petang. Taraaaaaa.... inilah hasil tuaian selama 4 hari 3 malam di HCM city. Beranak pinak bag nye.. uishhhhhh dasatttt.

 Gambar kami bersama rombongan di airport HCM. Dorang ni semua best2 belaka walaupun baru kenal.

 Gambar di airport HCM bersama Kak Kiah yang sentiasa happy-go-lucky. Best lah Kak Kiah..

Layan yeee. gambar kami atas kapal terobang.


Kami sampai KLIA jam 8, Hambikk 2 troli.. Muahahaha





Sekian sudah..
Moral of the stori, Holiday Tour memang bestt.. We are enjoyy !!!


Mawar Putih.
Kalau x suka di tanya, tak payah cerita. Kalau dah cerita, openlah untuk di tanya.
Kalau nak tanya apa2, tanyelah saya, saya sedia menjawab apa sahaja soklan..
:)

Sekian.
Babai.




26 comments:

  1. bestkan pegi Ho Chi Minh...:) great story here Suhaila, like like :) - Zatie Atie

    ReplyDelete
  2. assalamm...
    Salam kenal. Google ttg shopping winter clothes di HCM then jumpa ur blog.
    tapi yg menarik perhatian saya, adalah baju kurung yg u tempah tu.
    Boleh tahu tak berapa harga upah menjahit utk sepasang?
    termasuk kain atau tailor lain2?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firstly, Thanks ya menjenguk blok saya. :)
      Kain + Upah baju kurung dalam RM 125-135.
      Jahitannya pun sedap, kena je di badan..
      Thnaks :)

      Delete
  3. Kak...akak guna agen holiday tour ke?saya bercadang nak pergi sendiri...ade tak contact no tour guide kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye. Guna holiday tour. Pergi sendiri pun boleh dik. Tak susah. No tour agent sana takde.

      Delete
    2. As Salam . Saya free lance yang sering bawa trip persendirian untuk ke Vietnam dengan kos yang sangat minima. Memang takda masalah untuk ke sana tanpa menggunakan tour agency. Kalau berminat nak berniaga kain dan pakaian sukan juga sangat bagus. Saya cuma bawa trip cuti sekolah saja sebab masih kerja lagi. Kalau berminat boleh hubungi saya di talian 013 520 3637.

      Delete
  4. salam akk saya nurul boleh saya nak tahu anggaraan berapa RM nak bawa kesana?Pakej akk amik ni berapa rm yer?tolong balas di emel saya yer nurul@m-plan.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaran duit depend pada apa yang kita nak borong disana.. kalau kaki shopping bawak le lebih skit.. kalau bukan kaki shopping bawak skit pun tak pe..
      :)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Boleh emil sy x tour agent ape u gune ni??i xjumpe la.email dekat ct.musfirah@yahoo.com thnkss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini web tour agent yg saya guna, Holiday tour.
      http://www.holidaytours.com.my/category/packages/


      Delete
  7. Hai kak.brg2 sana murah berapa kali ganda dgn brg kita ek?hehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Kak, sy nak tanye. Kat sana sy dgr, nk shopping boleh gune USD & RM, btul ke?
    Better gune yg mane ye? Sy nk g early june..
    Thanks..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Iye betoi.. USD dan RM pun dorang terima.
      duit viatnam "Dong" tukar lah jugak skit, utk beli air kelapa di tepi jalan ker, atau air mineral atau buah2an di tepi Ben Thanh...

      Delete
    2. thanks kak 4 ur info.. Kak...nk tanye lg ni. Kalau mcm kain ela (cotton/vietnam silk) harga die dlm bape USD ek.. mcm jubah..bape ek.

      Delete
    3. Akak tak boleh lah nak cakap berapa harga sian pulak bagi org yg berniaga kann? kain ella cotton tu boleh dapat lebih dr separuh harga borong di KL.. hari tu ternampak harga borong di booth giant RM70. (uppssss... alamak terbagi tahu pulak), jubah/ baju kurung yg jual di KL harga seratus lebih tu, di sana harganya setara dgn baju kurung di pasar malam je regenya.. so bawak lah duit & bag kosong banyak2 taw. selamat menyoping..

      Delete
    4. Owh..ok! Klu mcm nk beli brg contohnye kain, jubah, tudung, telekung, etc..dorg jual dlm usd dan rm ke? Atau dlm dong pun ade?
      Sy confius la..sy ingt nk tukar lebih kpd usd..dong tu skit je. Pas tu bwk rm jugak...ok x?
      Sbb klu nk tukar dong byk2 mcm leceh la plak nk pegang duit tu.. 1 juta dong rm150 kn?

      Delete
  9. Salam. . Mcm mn cuaca kat sana. . Dgr2nya lbh panas dr msia. . Betul ke. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya pergi hari tu, cuacany lebih kurang sama ja dgn sini.

      Delete
  10. Brp pakage utk 4 hari? Apa nama travel tour tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Holiday tour. kalau tak salah saya RM1300 gitu,, dah lupa lah... lama sudah

      Delete
  11. salam sis...nak tanya naik cruise tu brp rm yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, tak delah mahal sangat.. sbb kami ambil pakage tanpa diner.

      Delete
  12. hi...nak tanye kt ben thanh market de x hotel yg mempunyai makanan halal..???

    ReplyDelete