Ke Bukit Tinggi kami plan last minit. Kami anak beranak berjimba tanpa ayah. Susah payah haku menggoogle tentang Bukit tinggi, menggooglenya bagaikan Bukit Tinggi tu jauh sesangat, padahal dari rumah haku hanya 1 jam sahaja. Dekat je. Unsangkarable, aku boleh drive dengan jayanya.. Dah lama haku tak drive jauh2, paling jauh pun 15km je, ke opis.. selainnya aku jadi kelendan aje..
Nak masuk Bukit Tinggi kena bayar dewasa RM12 dan kanak2 RM8, kalau bermalam jangan lupa claim semula di Hotel taw.. Haku dah siap2 booking family suite dapat murah skit bila tunjuk kad pekerja gomen, walaupun sebenarnya opis aku hanya lah anak syarikat gomen je.. Sebab lambang gomen tu hado, otomatik dapat le discount.
Bukak aje pintu bilik, Taraaaa... terkezut haku, besarnya, boleh muat 2 famili.. best-best.. TV ada 2, di bilik tidor dan di hall. Hall nya sangat sangat sangat luas. Memang puas hatilah.
Selepas check in kami pun keluar menikmati pemandangan dan aktiviti di luar. First, dah tentulah bergambar.
Gambar dari dalam
Gambar dari luar
Kat sini ada banyak aktiviti, ada aktiviti menembak guna senapang painball. 10 bijik 10 hinggit, kira mahal lah jugak.. 2 Anak teruna haku ni memang suka menembak..
Along telah berjaya menjatuhkan 2 sasarannya.. Tahniah Along.. Angah kena cuba lagi.. Angah pun terror jugak..
Lepas tu kami tengok angsa.. Jadik lahh, bawak si montel dan si kedin yang sangat suka dapat tengok angsa.. Sian kome yeee, angsa pun tak pernah tengok. Sepasang angsa itam dan sepasang angsa putih.
Kami meneruskan aktiviti kanak2 dengan bermain game, 5 token 10 hinggit, 1 game bodoh 1 token, game cerdik 2 token. Along dengan bangganya dapat mengalahkan Si Keding dalam game race kereta, 3 kali main, 3 kali Si keding kalah.. Heheheh bangga le sangat, awak tu form 5 adik tu darjah 2 memang patutlah dia kalah.. Cuba lawan dengan ibu yg terror bawak kereta coner baring naik bukit tinggi nih.. Kalau along menang, memang along terror, balik esok along bawak kereta.. muahahahaha. Ada brann??
Angah ni kes tak puas hati kalah menembak tadi ker?? masuk sini main lagi tembak2..
Kat sini jugak ada game budak2 bawah umur.. Ada jugak permainan tikam (dulu2 haku panggil main tikam, bukan tikam pisau taw).
Kat dalam ni ada beberapa kedai makan, tapi harganya mak aiii, mahal giler. Haku dah siap2 survey dalam blog, rata2 semua kata makanan mahal. tengoklah harga kat bawah ni..
Disebab kan haku ni orang semekin, jadinya aku siap2 bawak bekal, bekal maggi (syyyyy jgn bagi tahu org lain, maluu).. Air tin nya 4 hinggit mahal gilee.. haku beli kat stesen minyak baru sehinggit lima kupang. (tapi sebelum naik bukit tinggi tadi, dah ku sumbatkan anak2 ku makan kenyang2 Burger King. emmm worksmart..) Nasib baik anak aku bukan tekak melayu, tak de nasi pun tak de hal... maggi laaaaagai mereka suka, itulah makanan malam kami... hehehe
Malam di sini takde apa2 aktivitipun, ada persembahan dance. boleh lah sekadar melepaskan batuk di tangga.. daripada takde apa2 di malam hari, tengoklah kami tarian oleh penari yang seksi. Kata si montel, "haram lah, haramm tak boleh tengok".. ibunya jawab "kome tutup mata, bior ibu sorang je nengok"..
Malam hari disini taklah sejuk manapun, sejuknya tak sampai ke tulang.
Keesokan harinya, kami breakfast di hotel, duduk meja bulat 6 kerusi, jadinya ada 1 kerusi kosong, dorang cakap, "ini kerusi untuk ayah.. hehehe"
Settle breakfast kami ke Japanase Village, menaiki kenderaan yang di sediakan, weekend kenderaan ini gerak setengah jam sekali, bermula dari jam 9.30 pagi. kami naik trip yang ke 2 jam 10 pagi.
sambil nunggu bas sambil ber HP |
Sempat juga dorang meng skodeng ibu & si keding ber gambar yek..
Inilah hasil tangan si montel...
Bas sampai dekat jam 10, perjalana dalam 10 minit je. nak bawak kereta sendiri pun boleh jugak sebab di atas pun ada jugak tempat parking kereta.
di dalam kenderaan ke Japanese village |
inilah kenderaan nya |
Dari tempat bas berhenti, nak ke atas tinggi jugak tangganya. Berpeluh ketiak lah jugak nak menapak ke atas.
Dah abis mendaki tangga, mendaki bukit pulak.. tapi best..
Di Japanase Village, kami sewa baju jepun untuk merialisasikan impian Along & Angah yang suka sangat japanese anime, lagu jepun, semuanya yg berkaitan dengan jepun.. selipar jepun kome suke tak?? Kalu suka tahun ni raya pakai selipa jepun je, jimattt.. sewa baju Jepun setengah jam sahaja RM20, boleh tahan jugaklah. Layanan penjaga situ memang kelassss, baik sangat.. melayan kami bergambar sakan.. saya suka sangat puas hati dengan layanan nya..
Habis sesi berbaju Jepun, ke Botanical Garder.
Ingatkan ada le pokok bunga sakura.. hampehh. setakat pokok2 gini kat rumah kakak hakupun banyak..
Sebelum pulang kami makan dahulu makanan jepun yang ada di jual di tangga turun ke Botanical Garden. Sedap jugaklah.. Apa entah nama makanan tu,
Kemudian singgah di kedai beli airkrim,dan cenderahati.
Kami menapak turun semula ke bus stop tadi, turun semula anak tangga yang menjunam itu, sementara tunggu bas, budak2 ni praktis senyum, sbb ibunya komplen gambar dorang susah sangat nak senyum. Yang paling over sekali si keding tu punya senyum.. heheheh, udah le tak de gigi..
Senyuman angah terbaekkkk, iklan colget. senyuman Along boleh lah..
Di nasihatkan kalau nak datang sini pakailah kasut yang bersesuaian, siap stokin bagai. Tengok si montel dengan kasut crock pun melecit kakinya, sampai sanggup nak pakai kasut ibunya.. hehehe kelakarlah.
KAMI sampai bilik dah jam 1, kami check out lambat sejam, nasib baik tak kena warning. Sebelum balik layan dulu budak2 ni mewarna.. best jugak.. hakupun teringin jugak tapi memandangkan masa suntuk nak kena balik segera sebelum En. Suamiku sampai rumah, ku lupakan sahaja hajat nak menwarna.. next timelah.
Upsss... sebelum start engin kereta, kita bergambar dulu..
Babai Bukit Tinggiiii.. Forecast haku tepat sekali, tak lama kami sampai rumah, ayah pun sampai bersama keropok leko terengganu... Sedapnyeee..
MawarPutih
9 Mac 2013
00:03am
No comments:
Post a Comment