Sunday, 19 May 2013

Ragut..

Biasakan kita dengar cerita ragut. Bila sebut ragut, biasanya mangsanya adalah pompuan...  pernah tak terfikir akan berlaku pada diri kita?? Aku tak pernah terpikir ianya akan berlaku pada aku.. walaupun dah selalu dengar kes ini di paper, berita dan internet.

Nak di jadikan cerita, tanggal 3 May 2013 hari jumaat. jeng jeng jengggg...

Aku balik kerja dari opis, terus ke sekolah anak ambik si keding dan si montel. On the way nak ke sekolah tepon bunyi

Tepon : "Assalamualaikum.. yang kat mana?"
Saya : "wsalam, dalam keter, dekat nak sampai sekolah anak dah"
Tepon : "Okey, balik nanti isi minyak kereta penuh2.. "
Saya : (dalam hati) alooooo malasnya nak isi minyak keter
          (mulut keluar) Okeyyyy...
Tepon : Jumpa di rumah, Bawak keter elok2. Babai.
Saya : Okey, babai..

Sampai sekolah, kebiasaan nya dorang akan rebut2 nak duduk depan, tapi kali ini elok je dua2 terus duduk belakang, takde gaduh mcm biasa. Dari sekolah dorang nak sampai ke rumah ada beberapa trafik light. dalam perjalanan HP berbunyi, user (customerlah lebih kurang..) call..

User : "puan macam mana saya punya Sales Order ni masih tak boleh bla.. bla.. bla.."
Saya : "cuba klik button bla bla bla.. apa mesej nya? bla bla bla.."
User : " yang mana ekk?? saya ni ganti tempat org tak pernah buat.. bala bla bla"
Saya : " okeyyy.. mula2 kena buat bla bla bla.. pastu bla bla bla.. haaa ada nampak tak? kuar tak mesej nya? ce bacakan? "
User : " ooooo.. bal bla bla.."
Saya : "bla.. bla.. bla.."

Cakap punya cakap, sampai 2 trafik light dah lepas.. dan keretapun dah menghampiri Petronas. Tepon pun di letak.. Kereta haku Q untuk isi minyak, di pam yang terakhir. Bila kereta di depan dah selesai dan bergerak, hakupun masuk lah ke pam, di sebabkan kereta ni bagak besar, hakupun adjust2 kedepan dan kebelakang supaya kereta betul2 berada di dalam petak. Tiba- tiba... jeng jeng jengggggggg...

Ada sorang lelaki lalu di tepi kiri dari hadapan kereta, masa lelaki itu berada di sisi kiri cermin depan kereta, aku pandang dia dan dia pandang aku, dalam fikiran aku tiada syak apa2 pun. Lepas tu sekelip mata dia terus pecahkan tingkap sebelang penumpang, sekali katok sahaja berderaiii.. dannnnnn
Upsss!!! okeyy saya mengaku handbang letak di atas kotak di sebelah saya (tempat handbreak tulah) bukan atas kerusi sebelah taw.. bukan bukan bukan..Okey sambung balik cerita.. 
Dannnn.. haku apa lagi menjeritlah dan kami main tarik2 handbag, masa tu dalam pikiran ku terus terpikir, kotlah dia bawak pistol dan cederakan aku atau anak2.. otomatik aku terus lepaskan hand bag itu.. Peragut tu terus blah naik moto bersama kawannya.. aku terus keluar dari kereta dan berlakulah drama..

"tolongggg handbag saya kena raguttttt.." sambil derai2 air mata..

semua kerumun.. masa ni baru ku perasan tangan berdarah jugak kena kaca masa menarik2 Handbag tadi..

Semuanya berlaku sekelip mata, walaupun ramai orang di Petronas, mereka sgt berani melakukannya, bermakna mungkin dah biasa buat kerja-kerja ragut nih..

Di pendekkan cerita ramai yang beri bantuan, bagi pinjam HP, tolong ubahkan kereta, ada yang call polis, ada yang memberi nasihat dan tip simpan duit di suar dalam... HAAAAA SUAR DALAMMM??
"iya nak, makcik simpan di suar dalam, handbag makcik ni eksen jee..."
pastu pakcik tu membelakangkan aku, dan pusing balik dgn menunujukkan bag duit yg di simpan di dalam suar dalamnya, dan menunujukkan gambar arwah suaminya.... hehehehehehe, bestlah makcik nih.. menghiburkan aku di kala aku dalam susah hati..

Alhamdulillah, HP ku rupanya terselamat sbb terjatuh di celah kerusi... aku tersedar pun sbb HP berbunyi, user (customer) yang tadi call semula... hehehehe Agak2 korang aku angkat ke tidak??? :-)

Di pendekkan cerita, polis sampai dan tunggu sehingga suamiku sampai.. kereta tak boleh di gerakkan, keyless dan kunci kereta ada dalam bag itu.  Dekat sejamlah jugak baru suamiku sampai sbb dia terperangkap dalam jam. Bila suami ku sampai berderai lagi airmata... uwaaa uwaa..

Suamiku balik ambik kunci "sepey". Polis tadi masih setia menunggu haku, walaupun dalam hujan lebat ketika itu.

Di pendekkan cerita (berapa kali pendek daaa..) settle semua report polis, tunggu camera man polis sampai, gedebak gedebuk... sampai rumah jam 10.40 malam.. walaaaaa penatnya.. Terima kasih cek abang menemaniku ketika susahku.

Hasil dari CC TV di Petronas itu, masa kereta aku Q kat stesyen minyak, peragut tadi stanby kat tepi sana berdekatan tempat pam tayar. bila aku masuk je ke tempat pam minyak diapun masuk kat sebelah pam minyak aku, dan pemboncengnya turun dan berjalan menghala ke kereta aku, dan zassssss.. pastu lari ke moto yang dah standby, vroooommm terus cabut...

Kemungkinan disini, dia dah mengekori aku maybe dari trafic light lagi.. masa tu aku x perasan sbb cakap telepon. atau kemungkinan sasarannya adalah pompuan2 yg nak isi minyak yg memandu sendirian.
Aku berdoa semoga budak yg meragut HB aku, yg bertentang mata dengan aku masa tarik menarik Hbag tu, insaf dengan apa yg telah di lakukannya.. Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka luas.

Inilah handbag yang Allah bagi pinjam tak sampai 1 tahun... terima kasih Ya Allah. Pasti ada hikmahnya. (gambar ni di ambil beberapa bulan sudah masa tu ingat nak let go je bag ni sbb jarang pakai)
Apa yang ada dalam bag masa tu :
1. wallet lahkan... dalam wallet kompem ada duit (ada duit suamiku jugak. soriiii)
2. kad2 buku 555 (credit kad lah tu.. kad utang hehehe)
3. IC (IC masa ni gambar lawa skit sbb masa tu kurus, IC yg buat baru ni ada mcm rupa bola sepak lahhh)
4. Sijil Nikah (apasal lah bawak sijil nikah?? adalahhhhh rahsia...) inilah first time haku bawak sijil nikah.. hihihi. padan muka haku...
5. Kad medical cucuk kami laki bini (macam baby le pulak ada kad cucuk.. heheheh)
6. Travelling charger HP
7. Buku cek.
8. Spec hitam Gucci (pemberian Mr. X aka bantalmate)
9. Alat2 make up..
10. Pil perancang... (hahahaha tiba2 je pulak)

dalam banyak2 tu, yang paling berharga adalah gambar ini.. yang kusimpan dalam wallet sekian lama dari tahun 1989.. sentimental value taw gambar nih.. ex boperen lama haku.

Kerugian anggaran, tak yah ceritalah.. anggap aje itu pinjaman dari Allah, mungkin Allah nak bagi lebih baik lagi dari apa yang sudah hilang itu,... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Inilah rupa tingkap itu, walaupun ber"tinted" sekali katok aje berderai.. rasanya katok dengan hammer kot.


Moral Of the stori...
1. Letak handbag di bonet. wallet & HP letak bawah peha..
2. jangan letak handbag di kaki, mereka mungkin sengaja mencari mangsa di petro pam, sbb bila di petrol pam kita mungkin akan angkat handbag utk kuar kan duit.. masa tulah mereka datang zasssss.
3. simpan duit kat suar dalam (macam makcik yang nasihatkan haku tu..hehehe).. sangguppp???
4. Orang pompuan tak payah isi minyak.. bior suami yang isikan  (i like.. I like... I like sangatttttttt)

Kat sini jugak saya nak ucapkan ribuat terima kasih pada org awam yg berada ditempat kejadian, ramai yg memberi bantuan, dalam keadaan saya panic tu ada yg pinjamkan HP, ada yg tolong reversekan kereta parking kereta di tepi, menenangkan saya, ada yg bertanya kalau ada yg cedera, menemani saya sehingga polis sampai..  Terima kasih semuanya.

Dan seminggu selepas kejadian, ada sorang pompuan yg x dikenali tegur saya di pasar malam.. dia ada di tempat kejadian masa tu, sekadar bertanya khabar... dia kata dia biasa letak Hbang di kerusi penumpang. Bila dia lihat kejadian itu di depan matanya, menjadi pengajaran padanya... Satu hikmah yg dia dapat atas kejadian yg menimpa saya.. Alhamdulillah.
 
Kesan dari kejadian
1. saya jadi trauma, cepat terkejut jika ada moto vrooommm di tepi haku.
2. jantung dag dig dug dag dig dug bila nampak moto kapcai yg dinaiki oleh 2 lelaki.
3. bila di trafik light, mata sentiasa melilau memerhati moto dan jantung berdegup kencang..
4. Cepat terkejut dalam apa situasi pun. contoh tengah makan di restoran tiba2 ada kanak2 berlari berhampiran saya.. terkejut kau.. otomatik terus pegang wallet & HP.
5. Saya jadi lebih berhati2.. (kononnye lah... hehehehehe. Macam idok jeee)


So... kita2 pompuan semua berhati hatilah yaaa... jangan sampai ianya terjadi pada anda juga...


Ingatan dan pesanan ikhlas dari : Cek Mawar Putih, 19 May 2013, 8.40malam

** boleh ke nak pasang grill kat tingkap kereta???, itulah yg aku terpikir sekarang ni.. hahah**

2 comments:

  1. Salam kenal sis..takut betul dgr psl kes ragut cmni..alhamdulillah yg penting sis tak apa2..sekarang mcm2 kes, nk kuar rumah pun rasa takut..btw, take note dgn moral of the story sis tu, kdg2 bila terleka mmg letak handbag kt sblh tmpt duduk penumpang tu..kali ni kna lebih hati2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. Saya pandang pada hikmah yg allah nak beri di atas kejadian tersebut..
      Kadang kala allah turunkan musibah pada kita untuk memberi ingatan pada orang lain..

      Delete