Wah wah wah... dah basi ceritanya baru nak tulis. heheheh.
Asalnya memang tak mau ikut, memandangkan bibik pun dah takde. Tapi En. suami ajak jugak pi..
Di pendekkan cerita kerana patuh dgn perintah suami (Cewahhhh... labun je Kak Semah nih) saya pun turut serta mengembara ke Koh Samui untuk kali yang ke 3.
Ok.. Babai anak2ku.. Jaga diri sendiri baik2 yek.. Ibu ayah nak pi honeymoon..
Bertolak dalam jam 8 malam gitu, berkumpul di R&R Rawang. Seperti biasa berhenti isi minyak & isi perut di Simpang Pulai & Juru. Haaaa tengok tu ada orang tu isi perut dia dgn maggi.. sedapnyaaaa..
Kami bermalam di homestay di Changloon. Dapat lah lelap dalam 2 jam gitu.
Day 2.
Selepas subuh terus gerak ke border Bukit Kayu Hitam. Kami breakfast di Danok.. Ni yang haku makan.. Emmm Rasanya tak sedap, tak boleh nak masuk sangat... Errr.. tapi licin jugak ku bedal..
Silalah tatap gambar2 kami di dalam pejalanan ke Koh Samui.
Taraaaa.... dah sampai.. Macam sekejap je sampai Koh Samui ekk?? Kami sampai petang di Jeti Raja. Dan mengambil masa 1 jam di dalam ferri. Tak yahlah cerita macam mana ferri tu.. korang boleh refer entry sebelum ni.
Sampai Koh Samui, kami terus gerak ke Kampung muslim, kedai makan abang Zakaria. seminggu sebelum bertolak haku dah calling2 abnag Zakaria, utk make sure dia bukak kedai pada hari ini. Dan haku dah siap2 booking makanan, so kami sampai je terus makan lah.... Harganya berpatutan dan rasanya jugak sedap.
Malamnya haku layan makan yang ini pulak.. kompem 2 kilo naik nih. Pancake ni rupanya macam roticanai (err memang roti canai pun). ada pancake pisang, natela, cheese dll, sedappppp. Bayangkan, roticanai ni dalamnya ada pisang, pastu di taburnya susu pekat manis dan natella di atasnya, mak mertua lalu depan pun tak Nampak.. kann?? Oh noo kalori banyaknya
Day 3. Kami jalan2 pusing pulau dengan moto sewa ja.. Kat bawah ni ketua rombongan Cik Kiah ke Koh Samui.. Ketua rombongan yang paling berkaliber ni taw...
Kami pegi ke Hin Ta Hin Yai atau dalam bahasa omputihnya Grandfather & Grandmother... hehehehe Haku rasa batu tu di ukir macam tu, bukannya semula jadi.. Geli haku negoknya.. tak senonoh lah org siam ni.. Haku Nampak yang grandfather je.. grandmother punya aku tak Nampak.. Hishhhh tak sanggup nak nengoknye kome oiii... Errr kalau ada yg tak paham, let it go je..
Lepas tu kami pusing2 pantai, cuci mata... hahaha cuci mata tengok orang putih mandi manda.. Choyyy lahh... nambah dosa je... Sekejap je di tepian pantai nya sbb hari panas.. kang itam camana?? tak pasal2 kena beli Qu Putih pulak kan??? (Tapi masa ni Qu Putih tak dak di pasaran lagi)
Pastu kami jalan2 lagi.. singgah kat kedai moto. Hamboiii bukan main lagi kome berdua ni yek, .. Kerlasss.. errrr sampai ke kaki tuu..
Layan kan aje ya gambar2 kat bawah ni.. Kak Semah dah lupa peristiwa kejadian pada gambar di bawah ni (maklumlah last year punya cerita..)
Mak aiiiii... besarnya doyan siam ni.. |
Lepas tu rombongan di teruskan menjejaki gajah.. tapi kak SeMah & abg SeMat tak pergi.. kami balik bilik, tidoq.. mengantuk giler masa ni..
Dimalam harinya merupakan malam terakhir di samui, lepas makan dan pusing2 naik moto, haku pi spa (wah.. rasa macam org kaya2 je...) Padahal kat Kolompo tak pernah pun jejak kaki ke spa.. Tak mampu hakak nak masuk spa di Kolompo ni. Bagaikan permaisuri Siam di kerjakan nya cekap, ketuit, kerak di kaki ku.. itu semua hasil2 kotoran sepanjang membanting tulang 4 kerat selama 20 tahun.. (hehehehe apa yg kau merepek kan ni Semah oii)
Day 4. Hari ni kami gerak ke Hatyai.. Belanja 1 gambar rider sebelum gerak..
Dalam perjalanan ada 3 bijik moto breakdown. Takpe... kita semua sama2 tunggu, kita belanja 1 gambar sambil nunggu track datang
Lepas settle semua moto, kami singgah solat dulu di ceruk kampong mana entah.. Dah lewat petang pun masa ni.
Plan asal nak lunch di Hatyai.. tapi tak sempat.. Terus makan malam je di Hatyai.. Hamboiii Kak SeMah, bukan main lagi nangkap gambor nya tu.... udah2 le tu.. makan, makan...
Muka-muka kelaparan semua nya..
Hatyai - KL. Ada moto breakdown lagi.. masa ni dah takde snap gambar lagi.. teringat anak2 kat rumah je.. Bertolak dari Hatyai lewat petang dan sampai KL tengah malam...
Sekian sudah nya.
Hamboiii.. gelak besor kau SeMah |
Lama tak tulis blog sbb Kak Semah dah jarang2 membonceng. Bibik dah takde..
Kalau Cik abang naik moto jauh2, Cik adik naik flight dgn anak2.. I'm happy with my life sekarang..
Okey next stori, Cik abang ke Chiang mai dgn motor, Cik adik hangkut anak2 semua naik flight ke Chiang Mai.. daaannnnn ada tragediiii yang tak di ingini telah terjadi... jeng jeng jenggggggg...
tungguuuuu!!!!
Babai..
Semah oi.... syok baca trip korang. ahahahahaa. Aku dgn bini dah pi Koh Samui dulu, pusing satu pulau, agak relax gak. Cuma matahari dan humidity dia satu macam panas...mungkin sbb kelilingi laut kot.. bawak2 laaa hapdet blog ni salu ek. Banyak blogger moto dah stop blogging.. tak tau mana depa pi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletewsalam.. hehehe dah jarang2 membonceng.. sbb tu tak hapdet.. terima kasih sudi membaca..
Delete