Ke Hatyai dengan menaiki moto sebenarnya taklah jauh sangat.. dan tak lah penat sangat pun. Pinggang tak sempat nak sakit.. tapi depend jenis motolah, kalau naik moto superbike yang menonggek tu.. hagaknya sakit pingganglah kot.. tapi kalau moto touring confirm sangat comfortable. Kebiasaan perjalanan bermula dari tengah malam atau awal subuh sebab nak elakkan panas.. Mengantuk? Dah duduk atas moto dah tak de ngantuknye.. tapi kekadang tu adalah jugak terlelap pillion nye.. hehehehe..
Tayar golek biasanya akan bermula dari R n R Rawang (A) dan stop point untuk isi minyak dan minum red bull @ kopi di R & R Simpang Pulai (B), R & R Juru (C), Sampai sempadan (D) malaysia (bukit kayu hitam), Thailand (Danok). Masuk melalui Bukit Kayu Hitam memang ramai orang, sbb semua bas lalu situ. Seelok2nya sampai check in di bukit kayu hitam seawal 6 pagi supaya taklah panjang Q di immigration. Tuan tanah pernah Q selama hampir 2 jam.. dengan panas dgn jeket dgn nak pegang helmet lagi, dgn org potong Q lagi.. Haishh tadak disiplin kaa??
Tayar golek biasanya akan bermula dari R n R Rawang (A) dan stop point untuk isi minyak dan minum red bull @ kopi di R & R Simpang Pulai (B), R & R Juru (C), Sampai sempadan (D) malaysia (bukit kayu hitam), Thailand (Danok). Masuk melalui Bukit Kayu Hitam memang ramai orang, sbb semua bas lalu situ. Seelok2nya sampai check in di bukit kayu hitam seawal 6 pagi supaya taklah panjang Q di immigration. Tuan tanah pernah Q selama hampir 2 jam.. dengan panas dgn jeket dgn nak pegang helmet lagi, dgn org potong Q lagi.. Haishh tadak disiplin kaa??
Perjalanan kali ini dgn 5 bijik moto. 2 KTM, 3 GTR. semua bawak pillion.. hehehe sayang lah kot. Sebab tu tak tinggal.. (iyer kerr??). Tayar golek bermula jam 5.30 pagi dari R & R Rawang. Solat subuh di R & R Simpang Pulai.. Total mileage dari R & R Rawang ke Hatyai roughly dalam 515 km. Dekat je kann??
Nak bawak moto/kereta masuk Thailand mesti ambil insurance untuk persediaan jika berlaku perkara2 yg tidak dijangka. Salah satu tempatnya di Changlun tepi jalan je. Kat situ jugak ada kedai makan, kami terus breakfast+lunch disitu.
Tapi perjalanan kali ini tak masuk ikut Bukit Kayu hitam sbb tahu Q mesti panjang berjela2. Tayar golek menghala ke Padang besar Perlis. Dari Changlun terus ke Padang Besar Perlis - Sadao Thailand - Hatyai. Percaturan kali ini memang tepat, process di immigration tak sampai 20 minit, semua selesai..
Tayar golek diteruskan ke hatyai. Dari Padang Besar Perlis ke hatyai lebih kurang 57km. Moto x bawak laju pun, dlm average 120km/j.. jadinya pillion agak ngatuklah.. perutpun dah kenyangkan.. tersengguk2, asik berlaga helmet je.. hihih sorry yekk..
Sampai Hatyai terus check in hotel (sudah jadi kewajipan memsatikan hotel mesti ada tempat park moto yang selamat). Mandi2, sembahyang jamak sempatlah lelap mata setengah jam, pastu jam 3 turun di lobi hotel. Destinasi kami ke Floating Market. Kena pergi cepat kalau lambat takut jam, pernah sekali dulu perjalanan dari hotel ke floating market ambik masa 1 jam lebih. pada hal dekat je..
Dari hotel ke floating market naik tut-tut (betoi ke ejaannya??).
Tapi kali ni, mak ai clearnye jalan. 15 minit dah sampai floating market.. hihihi. Floating market buka dari jam 4 petang sampai malam (tak tau sampai jam berapa.. 10 malam kot) Gambar kat bawah ni suasana di floating market..
Makanannya pun macam-macam adaaa (sound like iklan astro). Banyak jugak pilihan untuk muslim food, yang pakai tudung tu confirmlah muslim, pastu kat sign board nya ada bulan dan bintang itu signal untuk halal food.. yang paling tuan tanah suka, ikan keli panggang.. sedapp!! nyami nyami. yang colorful bentuk buah2an tu pun sedap jugak. rasa mcm kacang tumbuk.. tapi mmg sedaplah..
Airnya pula kalau nak kelainan boleh request dalam buluh atau clay, kena bayar extra 10 bth rasanya, jumlahnya jadi 30 bth (kalau x silaplah.. dah lupalah..) lebih kurang 3 hinggit duit kita je.. murah kann?? tapinya air sikit je, ais batu je yg banyak.. 5, 6 kali sedut dah abis...
Exotic food pun ada.. baunya sedappp, goreng dgn daun kari.. ada bran nak makan?? buweekk!!
Okehh.. habis citer pasal floating market.. Di town Hatyai apa yang ada kat situ? Best sangat ker? jom kita teropong.. Taklah best sangat pun, biasa2 je.. tapi best jugaklah. Kemestian di sana massage kaki.. sedap woo.. murah sangat dlm 250 bth, lebih kurang 25 hinggit sejam.. Nightlife di Hatyai banyak kedai2 mcm pasar malam, sgt senang nak cari makanan halal, bersepah2.. mesti pekena tea 3 layer, seafood goreng, sedapp!! tapi mahal gilee.. ada ke sampai dekat RM8 sepinggan.. sticky mango, sticky durian, udang galah, nasi goreng seafood.. slurrpp!! sedapnyaaa.. Opsss!!.. TOMYAM jangan lupa, terbaeekk.
Pasar Hatyai juga menarik utk di lawati dan tempat menghabiskan duit, nasib baik naik moto takleh beli-belah, setakat tshirt 2,3 helai jelah yg dapat (iyer kerrr??).. kat situ lebih kurang mcm pasar siti khatijah di kelantan. Macam2 ada, tshirt, kasut, bag, makanan, sebut je apa nak.. semua ada.
Emm.. bag LV, Gucci ada ker?? hehehehe.. takde!!
Woopps! hampir terlupa pulak, sticker motor.. biasalah tu kalau dah sampai ke hatyai perkara wajib buat sticker motor/kereta. Tulis dalam bahasa siam.. tampal kat moto, hagaknya nak bagi tahu yg moto tu dah sampai siamlah kot..
Ni pulak gambar rider & pillion nya. Hensem-hensem dan comel-comel kan?? hihihi.. Semuanya bujang lagi.. yg lelakinya baru 21 tahun, yang pompuannya baru 17 tahun.. muahahaha.. tapi lelakinya perut dah boroi.. pompuannya mcm dah beranak 2,3,4 je..
B & Laling (bukan nama sebenar)
Roohi & Umairah (bukan nama sebenar)
Sapa namanya entah.. dah lupalah.
Ruby & Zamrud (bukan nama sebenar)
Zack & Azura (bukan nama sebenar)
Yang ini pulak gambar sebelum berangkat pulang. jam 6.30 pagi on the bike... Sampai Malaysia baru breakfast..
Zack&Azura, Roohi&Umairah, B&Laling, Ruby&Zamrud
Zack&Azura, Mawarputih&Mawarhitam, B&Laling, Ruby&Zamrud
Setakat itu sahaja yang mampu diceritakan serba sedikit pengembaraan/merempit ke Hatyai.. next time kalau rajin nak citer pulak pengembaraan/merempit ke krabi dan Koh Samui.. kalau rajinlah yekk..
Okey. Babai..
3 Januari 2012
00:49 am
No comments:
Post a Comment