Friday, 4 May 2012

Bike Menawan Wanita atau Bike Motorcycles Women


Bike Menawan Wanita?? Iyee ker? Tiba2 terkeluar dari mulut salah sorang dari kami untuk BMW.. Ride kali ni ke Kuala Kangsar tanah tumpah darah ku.. Balik kampung wehh! Syoknye. Ride ini sempena Mr.Jering baru beli BMW. Dari KL kami semuanya 7 bijik moto dan sebijik kereta BMW konvoi (Cikgu Madie & Shasha) bersama. Moto 2 bijik BMW (Juin & Dato), 3 bijik GTR (Khai & Sona /  Abg sham & K.Izan / Safri & Sue), sebijik KTM (Abg Zul & Zack) dan sebijik kawa Z750S (Mr. Dino)

Kali ini berkumpul di RnR Sungai Buluh. Breakfast disini dulu sambil menunggu yang lain-lain sampai. Tayar golek agak lewat jugak dari jadual asal.
Destinasi pertama kami ke Ipoh makan nasi ganja.. Sepanjang perjalanan, Cikgu yang menaiki kereta BMW snap gambar2 kami beraksi di jalanan.. piiweeet, rasa macam celebrity le pulak.. (tak sempat nak snap pic Cikgu, sampai keluar kepala kat tingkap.. terbaeeekkk lah Cikgu). Lihatlah hasil pic dari kamera Cikgu.
 
 
 
Di ipoh kami terus menuju ke kedai Nasi Ganja.. namanya di kenali dgn nasi ganja sebab bila makan sekali mesti nak lagi, kononnyalah. Dari zaman sekolah lagi dah makan nasi ganja nih.. rasanya sama je dari dulu.. Terbaeeekkk!!
Destinasi seterusnya ke Kuala Kangsar, excited nya haku nak balik tanah tumpah darah ku.. Bawah nilah jam beso kebanggaan penduduk Kuala Kangsar. Dulu2 masa haku kecik2 jam beso ni ada bunyi, tapi sekarang nih rasanya dah takde bunyi kot. Dekat jam beso nilah dulu2 masa haku form two kena kejar denagn pondan.. hik hik hik. Nakal sgt masa tuh!
Dibawah ni pulak sekolah menengah raja perempuan Kalsum, sekolah ku yang terchenta.. hehehe sekolah tak nampak sebab atas bukit.. Hari2 kena daki bukit nih tawww.. Banyak sungguh kenangan di sekolah ini..
 Inilah masjid Ubudiah.. Cantikkan.. Disinilah tempat kami di ijab kabulkan, 17 tahun dulu.  :)
Sampai di Kuala Kangsar kami terus menuju ke Bukit Chandan. Sembahyang di masjid Ubudiah. Dulu masa kecil2 dipersekitaran masjid inilah tempat haku bermain.. nostalgia sungguh kawasan ini.
Tengah lepak2 tiba-tiba sampai sebijik lagi motor.. Walaweyy Tasya n Lala bawak moto lain pulak, apprilia caponord. Memang sesuailah utk korang berdua.. terbaeekk.
Selesai solat n lepak2, kami menuju ke pekan Kuala Kangsar ke kedai baru Pak Ngah Laksa, kedainya bersebelahan dengan kedai Pizza Hut. Ada satu lagi kedai asalnya di Kg Laksa. Laksa semangkuk dan ais kacang semangkuk, mabelesss.. Gila punya kenyang perut hari ini. Pak ngah laksa Pak mertua saya, perniagaan Laksa ini dari tahun 1955, sekarang ni Perniagaan Pakngah Laksa telah di miliki oleh generasi yang ke 4. Pengusaha asanya adalah ayah kepada ibu mertuaku, generasi kedua, pak mertua saya masa tulah baru di commercial kan nama Pak Ngah Laksa, generasi ke 3 Abang Di, Abang ipar, dan generasi ke 4 Rizman, anak kepada Abg Di. Itulah serba sedikit al kesahnya...  
Dalam jam 4 petang kami gerak pulang ke KL melalui jalan belakang, lalu manung, parit, batu gajah. Di pekan Parit kami singgah sekejap sbb nak bergambar dgn jam besar, Hishhh rasa mcm malu aje bila org2 di Parit tengok kami.. udah macam robot-cop je.. Kedatangan kami di sambut meriah oleh seorang penduduk yang kurang sihat mentalnya.. gembira sungguh budak tu gelaklah dia, tepuk tangan lah dia.. kesian pulak tengok budak tu.. dia ahli syurga.. nampak hina di dunia, tapi mulia di akhirat kelak.. Siap mintak rokok lagi heheheheh..
 Perjalanan di teruskan, di Batu Gajah kami stop sekejap di Kelly Castle. Bergambar lagi dan lagi dan lagi..
 Hari pun dah lewat petang, disini kami salam2.. dan terus memecut ke Highway utara selatan.. Balik lahh sian anak2 tinggal rumah.. Babaiii..



Mawar Putih yang dah malas nak menulis..

entry ini dah lama tulis sebenarnya tapi separuh aje.. ni di paksa menghabiskan juga sbb nak masuk entry baru.. Cerita cerita sepanjang Ride Kanchanaburii... tunggguuuuuuuuu!!!
5/5/2012
11.00 pagi

** terima kasih pada Cikgu Madie & Dato atas kebenaran mengambil gambar kepunyaan mereka.


2 comments:

  1. sedap ceritanye, cantik gambonye teruskan usaha menjadi wartawan pengembaraan.

    ReplyDelete