Monday, 7 May 2012

Day 1 & 2 : Kanchanaburi : KL -Hatyai - Kanchanaburi..

Day 1 : 27 April 12 : Kuala Lumpur - Hatyai : 565km 


Hari yang di nanti-nantikan akhirnya tiba jua. Banyak sangat dugaan ride kali ini.. Planning sentiasa berubah bak menekan butang remote astro.. hahahak !!! Dari plan asal nak ke Phuket, bertukar ke Koh Lanta bertukar ke Kanchanaburi pula, ini semua gara2 bom meletop di Hatyai dan gempa bumi di sumatera.. 
Okey back to the stori.. Kami berkumpul di RnR Rawang dan tayar golek jam 5 petang, Kesemuanya kami ada 4 biji moto nak ke Kanchanaburi + 1 biji moto nak ikut sampai Juru sahaja, balik kampung. 
Tasya & Lala
Abg Sham & Kak Izan
Khai & Sona
Safri & Sue
Tepat jam 5 kami bersama 5 biji moto memulakan perjalanan merentasi highway, kelajuan average 180km/j ada le jugak sekali sekala mencecah sehingga 220km++. Sampai Simpang Pulai, isi minyak minum air dan kami meneruskan perjalanan, tiada rehat lama seperti biasa. Berhenti sekali lagi di Juru isi minyak dan kami berhenti makan di restoran Nasi Kandar Nasmir di Juru. Walawey.. nasi nya memang sedap.. tahan, tahannn jgn makan nanti ngantuk atas motor. Tapi rasa jugaklah sesuap.. hehehe
Perut dah kenyang, sebelum mata ngantuk lebih baik kita gerak dulu, lets go babehhh... vrroooommm tayar golek di teruskan dan kami berenti di Changloon untuk isi minyak kasi penuh2 sbb minyak siam mahal. settlekan insurance moto dan tanpa lengah2 lagi meneruskan destinasi ke immigration. Nasib baik tak ramai jadinya urusan di immigration tak ambik masa yang lama..
Settle jom pecut, ke Hatyai. Plan asal nak terus ke Surat Thani tapi dah agak lewat Hatyai jelah. Sampai Hatyai jam 12 mlm, lepas check in ada yang pergi ke seven eleven tapi kami terus tidor.. jangan berlengah2 lagi esok tayar golek selepas subuh jam 6 pagi.. Good nite!!



Day 2 : 28 April 12 : Hatyai - Kanchanaburi : 1086km

Tepat jam 6 pagi semua dah bersedia.. Kami singgah di stesen minyak utk breakfast, ada kedai muslim di situ tetapi tak bukak lagi, apa lagi bukak maggi ajelah. Selera sungguh makan maggi di subuh hari.. sruuuppp. nyami nyami...
Tayar golek menuju ke segenting kera, Tasya n Lala yang kami gelar GPS bergerak memang mahir jalan2 kat siam nih. Merekalah yang lead perjalanan ini. Terbaeekkk lah Tasya n Lala. Kami merentasi Pathalong, Nakhon Si Thammarat (bestlah sebutnya.. i like sebutan Nakhon si thammarat), Surat Thani. Starting dari Surat Thani lah laluan segenting kera. Kami sampai di Chumphon untuk makan tengah hari jam 12.30, Panas sungguh hari ni, perut pun lapar.. di sini my darling paling suka makan nasi dgn sup daging dan telor dadar sahaja, dah cukup... mabeless.. Yang bestnya kat sini air kosong dan ulam2man free.. best, memang bestt. 
Lihatlah kami dengan muka kekenyangan. Khai & Sona muka kepuasan 1st time ride paling jauh kata mereka. Tasya & Lala ceria sentiasa, i likee. Abg Sham & Kak Izan romentiknya cubit-cubitan lagiii, sabo yeee jauh lagi perjalanan kita. Safri & Sue no komen.
Dannnnnnnnnnnn.. satu lagi yang best kat sini semua penjaga kedai, yang buat roti canai, yang angkat pinggan yang bancuh air semuanya pakai skirt pendekkk tapi tu utk seksyen makanan non muslim, yang seksyen makanan muslim semua bertudung... 
Kat sini memang bagus, ada surau walaupun suraunya tidak se-selesa seperti di Malaysia. "BEELEK SAMBAHYANG" heheheehh..
Dah siap2 solat badan pun dah segar, kami meneruskan perjalanan, jauh lagi nak sampai Kanchanaburi. Baru tayar goleh 40 minit, dah berenti semula sebab ada orang tersengguk2 di atas motor...
Disebabkan baru lepas makan dah tu makan banyak pulak tadi, tu le pasal. Dah tak boleh nak bukak mata lagi dah katanya. Terpaksa berenti bagi chance orang yang mengantuk tu lelap sat.. Ishhh suami sapaa lah yang ngantuk sangat tu yekk??? hehehehe. Disinilah pentingnya keserasian dalam berkonvoi, give & take, tidak berkira dan prihatin antara satu sama lain. Memang dorang ni semua sangat prihatin kalau tidak, takkan aksi di bawah ni dapat di rakam.. Hishhh kome nih..


Dalam masa menunggu orang yang menagntuk tu tidor sat, ada yang ambik kesempatan mengaktif kan line telefon & internet Thailand. Di suggest kan gunalah line "dtec". Memang bagus.. Ada yang update FB, ada yang tengok map, ada yang minum bergeleng2 air.. 
Perjalanan di teruskan, kami plan kalau tak larat sampai Kanchanaburu, tidur Cha am aje. Kami lalu Cha am dalam jam 5, Kak izan di atas moto menunjukkan tanda tangan semangatnya "yes! yes!" gitulah hagaknya dia cakap dlm helmetnya.. Kamipun semua bersemangat meneruskan perjalanan.. Di Thailand kebiasaan nya tak bawak laju, average dalam plus minus 160km/j. Rasa mcm dah lama sangat duduk atas moto nih, pemandu pelancong tak mau berenti sbb dia syok dengor lagu kat helmetnya.. patut aaa.. kematu bontot kami tawww!! setelah 2 jam setengah atas moto barulah berenti kat satu kedai makan muslim di ratchanaburi.. perrhhh lega! Sona hampir nak teroyak katanye, ada yang dah start sapu cream panas kat bahu, tangan, ada yg dah start ambik panadol... heheheh. Inilah yang seronoknya bila turun dari motor semua bercerita apa yg di rasa atas moto.. pastu ketawa terbahak2.. hilang semua presure kerja, presure darah tinggi.. Tak gitu?
Di kedai ni kami makan nasi goreng seafood.. taklah berapa sedap sangat, tak boleh lawan nasi goreng seafood Hatyai. Lewat petang kami meneruskan perjalanan, ada lagi 150km nak sampai Kanchanaburi.. hiphip horey.. semangat semangat.. Vroooommm...
Akhirnya sampai jugak ke Kanchanaburi jam 8 malam, alhamdulillah. Panas sungguh Kanchanaburi malam hari pun suhu 32c bersauna kami di malam hari di atas moto ketika moto bergerak perlahan mencari hotel, sangatlah tak selesanya rasa. Hotel menarik 1000bat semalam. Lihatlah aksi gembira kami setelah sampai hotel.. "YESS! We did it.."


Mandi-manda pastu terus pergi masat, kami pergi naik teksi, ginilah rupa teksinya.. muahehehehe. Gambar sebelah tu pula ruang menunggu untuk masatt... sambil masat kami semua titonn. Leganya rasa. Masat murah 300bat untuk 1setengah jam. Malam tuh memang tidor lena.. tak sempat nak bermimpi langsung... hehehe.


Mawar Putih
Hatiku girang  :)
7 May 2012 8:00pm

Tunggu sambungan ceritanyaa.......





Total perjalanan kami setakat hari ini adalah 1,651km




2 comments: