Monday, 28 January 2013

Koh Lipe @ Lipe Island


Koh Lipe dah mula di kenali di Malaysia. Ini merupakan kali yang ke 4 kami ke sini. Kali terakhir pada November 2011, maknanya dah setahun. Dalam tahun 2011, 3 kali menjejakkan kaki ke sini.. Waalaaaa.. dasat betoi masa tuh meroyan Koh Lipe..

Trip bermotor ke Koh Lipe hanya 4 bijik sahaja, semua bersama pillion. Khai & Sona ; Sham & Izan ; Dino & Iza ; Safri & Sue.


Day 1 : 21 Dec 2012
Kami Berkumpul di RnR Rawang jam 9 malam. Malam tu hujan sangat lebat dan kereta sangat banyak. Ada yang rasa nyesal, ngapalah tak bertolak esok subuh sahaja.. Di sebabkan nak menunggu hujan berhenti, tapi idok juga berhenti.. kami nekad redah je hujan. 
Jam 9.50mlm kami mulakan perjalanan meredah hujan.. Dalam perjalanan mmg tak boleh nak laju average haku intai2 meter dalam 100-120 je.. kereta banyak dan jalan licin. Nak sampai Simpang Pulai pun haku rasa saaaangatlah lama. Biasanya ambik masa less than 1 hour, tapi kali nih lebih 1 jam.. huhuhu.. lamenyeeee. Dari simpang pulai ke Juru ambik masa 1 jam setengah. isi minyak di Juru dan terus ke Changlon. Sampai Changlon jam 2 lebih, kami makan dulu di kedai mamak sebelum ke homestay.
Ini dia homstay, semi-D single story, 3 bilik. Dapatlah lelap mata dalam 2 jam sahaja. Jam 6 dah bergegas bangun siap2. Kami sampai gelap, keluar pun gelap.. Dasattt.
Korang boleh lawati blog homestay ini, disini http://www.homestayhazim.blogspot.com/
Kami breakfast di gerai simpang keluar dari taman perumahan ini, sedapnya nasi lemak makcik nih.
Settle buat insurance di Changlun, perjalanan di teruskan ke Wang Klian Perlis. Ramainya orang di Immigration.. OOo patutlah rupanya ada pasar pagi di kedua2 sempadan. Orang siam dok masuk pasar pagi di sempadan Malaysia, orang Malaysia dok masuk pasar pagi di sempadan siam.. Nasib baik naik moto, kalau tak haku pun teringin jugak join makcik2 ni soping di sempadan.. hahah

Dari Wang Kelian ke Pak Bara ambil masa dalam 1 jam setengah. Jaraknya hanya 76km sahaja. Jalannya senang je, dari immigration Siam jalan je terus di jalan 4184 sampai T junction, ambik kiri jalan 406, sampai kat pekan (selalunya dipagi hari pekan tu sesak ada pasar pagi) turn right ke jalan 416.. jalan terusss, sampai jumpa T junction, ambik kiri 4052.. jalan terusss nanti jumpa pesisiran pantai dan di penghujung jalannya ada jeti Pak Bara.
Di jeti Pak Bara tu, kami biasanya berurusan dengan Aishah yang comel nih, dia boleh cakap melayu. Tiket harga 900baht pergi balik. (last year tahun 2011 cuma 800baht sahaja). Yang bestnya dengan Aishah ni, kami boleh tinggalkan suit moto, helmet dan kasut di opisnya. Maknya pun baik.. melayan kami dengan ramahnya. Setiap kali kesini pasti kami order ketam masak rempah dengan maknya.. memang sedapp..

Disini dah ada Jeti baru, di Jeti ini charge di kenakan 20baht seorang,
Yeaahhh.. kami dah bersedia untuk ke Koh Lipe..
 Inilah keadaan di dalam speed boat.

Perjalanan speedboat dari Jeti Pak Bara ke Koh Lipe mengambil masa hampir 2 jam, sbb speed boat ni ada berenti di Koh Tarutao. Kat bawah ni permandangan yg cantik di Koh Tarutao. cantikkkannn..
Kat bawah ni menunjukkan perjalanan speed boat, B adalah Jeti Pak Bara dan A adalah Koh lipe. Nampak dekat je Pulau Langkawi kan.. Dalam perjalanan tupun boleh nampak Pulau Langkawai dari kejauhan.
Oooo rupanya sekarang nih speed boat tak boleh terus sampai ke Pulau, ada tempat transit. Tujuannya adalah untuk menjaga coral yang terdapat di persisiran pantai. Di tempat transit, kami kena bayar lagi 20bath  untuk management fee dan 50baht utk sampan yang akan bawa kami ke persisiran pantai. Walaweyyy banyaknya dah yang kena di bayar. last year takde pun semua nih.



Kena bayar pun tak mengapa, demi untuk menjaga coral dan kehidupan laut. Tengok nih, jernih lautnye..

Sampai daaa.. WELCOM TO LIPE..
 

Di koh lipe kami dah siap2 booking penginapan dengan Bung Roon.
Dan inilah dia Bung Roon. Masih segak macam dulu lagi. senyum je abg Roon bila lihat kami sampai.
Inilah pemandangan di tepi pantai pada petang hari.. Sat lagi malam kami nak berdua2an baring di sini.. yeaaaa!!
Eeei Ehhh ada dugung lah..
 
Kat Koh lipe ni haku paling suka Sticky Manggo, rasanye memang sedap.. sangat sedap. Tak sama mcm Hatyai apatah lagi dengan kat KL, 10 tiang tinggal.
Aktiviti kami pada hari pertama di Koh Lipe macam biasalah.. makan, makan, makan dan makan.. Malamnya kami melepak di tepi pantai sambil membilang bintang di langit.. 1,2,3,4,5.. bla bla bla

Hasil tangan Cik sona kite.. GBB=Gang Baru Belajar @ Gang Biasa Biasa @ Gang Budak Budak @ Gang Bawak Berhemah @ Gang Beli Belah @ Gang Beli Bmw?? Upssss...

Day 2 : 22 Dec 2012
Good morning Lipe Island. Tidur malam yang banyak nyamuk. Kenyang nyamuk sini minum darahku. Hari ini kami ber 6 nak snokeling, Kak Izan & Abg Sham nak pegi dive.
Hokey.. layan gambar kami snokeling.. tempat pertama haku x turun sbb air laut tak mau terima haku.. heheheh.. sampai kat tangga je lepas tu haku naik balik.. haku jadi tukang hambik gambar je lah.. 
Ini coral yang terdapat disini.. bukan haku yang ambik pic. Pakcik bawak boat yg ambikkan.
 Tak lamapun disini sbb gelombang kuat. Tengok gambar bawah ni, Iza muka x puas hati hehehe. Sabar ye Iza, jgn susah hati sat lagi kiita ke tempat yg lagi best yee..

Kelas kau, gaya vogue, turun laut dgn life jacket pun takut..
Pastu kami di bawa ke Pulai Andang. Pulau ni best, haku memang suka, di sini haku boleh snokeling sbb cetek je.. muahahahah.. Tengok gambar bawah ni. Cantik sangat. Lautnye jernih
 Ikan nya sangat jinak.. bermain2 di keliling kita.. syooooooknyeeee.

 
Wahhh... Kelasss. Usah kan dalam laut, di luar laut pun tak lekang di mulut.. Lemas di permukaan laut yek.
Haaa.. tengok terror kan haku snokeling, siap boleh beraksi dalam air lagi.. Waalaaa.. sbb tempat nih dasarnya boleh cecah kaki daaa.. kalau tak otomatik aku jadi lemas.. hihi
Kat sini haku ada confidence skit boleh lah ke tengah laut skit, tapi dipinping tangan oleh hero saya.
 
Kat bawah ni di antara coral2 di pinggiran pulau andang, nemo pun ada taw.

Landak laut pun ada banyak dan bersepah-sepah..
Diantara Coral yang haku sempat menyenep picture, masa ni kira nya haku dah x takut laut dah



Antara gambar2 kami di tepian pantai..






 Dah puas berendam dan lunch juga disini, kemudian kami pergi ke Ko Hin Ngam, pulau yang terbentuk dari batu2 kecil yang berwarna hitam. Pulau ni memang pelik.
Lepas tu kami pun balik. Sampai hotel jam 4. penat lah jugak.

Dive kat sini pun best dengar citernye..
 

 
Okey, di bawah ni kita layan pula gambar Kak Izan & Abg Sham dive di Koh Sawang dan lain2 (tak hingat kata mereka kena tengok buku log.. hihihi)
 Menurut kata mereka, best sangat dive sini sbb dive masternya banyak cari benda2 micro (jgn tanya haku apa ke jadahnya, haku pun tak tahu). dive masternya mat & minah salleh.. tengoklah senyuman mereka berdua tu pun dah cukup, memang mereka enjoy..







Petang tu kami semua balik dalam jam 4 petang, memang penat & mengantuk. Lepas balik mandi kami terus pegi masat 2 jam.. Bestnyaaaaa. murah pulak tuh.. Siap tidor berdengkur lagi.. kroh kroh kroh... Hambik kau.
Di malam harinya kami makan malam di Bung Roon, seafood buffet.. sedapppp, yammi yummi.


Day 3 : 23 Dec 2012
Hari ni kami akan berangkat ke Hatyai, pagi2 lagi haku dah ajak hero ku ke kedai makan Rotimina, nak makan pulut mangga... heheheh sedap wehh.
 Harga makanan di Koh Lipe ni, tak boleh tahan.. taraf pavilion pun kalah di buatnye.
 Okeyyyy.. Layan ya, gambar2 kami bersama mahligai kami sepanjang di sini..

Nak keluar dari Pulau juga kami kena bayar duit sampan kecil yang di panggil teksi sebanyak 50baht sorang.
 Tengok cara dorang masukkan bag dalam speedboat.. kalaulah tercampak dalam laut.. hishhh.
 Dah nak balikkk.. babai Koh Lipe.
 Sampai di Pak Bara, siap2 ambik moto bakai suit, kami terus gerak ke kedai makan yg terletak di sebuah perkampungan tepi pantai. Dari main road memang x nampak pun kedai ni.. Nama kedai ni kalau tak silap haku 'Dimond'. Kalau korang nak tahu kat mana kedai ni boleh tanya Aisyah. Paling kami suka disini sotong stim nya.. memang sedappp!!
 Kami sampai Hatyai dalam jam 4 petang. Petang tu kami makan lagi.. pulut durian, pulut mangga, udang goreng, ayam goreng dan banyak lagi.. kompem naik lah beratt..
 Lepas makan jalan2.. dan masat... kita layan aksi dorang tengah masat... zoooommm.. Sedap betoi rupanya yekkk.. hiihi
 Di malam hari nya kami makan lagiiii. makan dan makan, makan dan makan.. makan seafood goreng dan tea tarik 3 layer, 
 Memang kenyang sungguh..

Day 4 : 24 Dec 2012
Good morning Hatyai. Selepas solat subuh kami gerak pulang. sampai di immigration jam 8 pagi. Kat situ terjumpa bloger Glob NOMAd Rider  http://www.globe-rider.blogspot.com/
Blog nya memang menarik. My husband & me mengikuti blog you brah..  HooRahh..

Alhamdulillah semuanya settle dengan cepat, target kami sampai KL tengah hari sbb nak elak dari jem. Tapi sempat lagi singgah breakfast di Changlun, gerai yang sama kami breakfast masa nak pergi kelmarin,



 Kami sampai rumah masing2 dalam jam 1 tengah hari.. Besttnyaa...


Mawar Putih.
Next trip to Phuket... coming sooon. Yeaahhh!!

Entry lepas juga ttg Koh lipe http://www.mawarputihsuciku.blogspot.com/2011/12/koh-lipe.html





6 comments:

  1. wahhh memang menarik Koh Lipe, cantik menarik tertarik! - Zatie Atie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus pergi sini Kak Zatie, bawak famili.

      Delete
  2. Selalu dengar member cerita pasal koh lipe nie..macam menarik nak pergi nie..Harusss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koh Lipe memang best.. Pergilah, tak jauh pun..

      Delete
  3. macam mana nak book bung roon resort tu? berapa rate satu mlm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. Henpon saya problem 2 bln sudah. Semua no dlm Henpon hilang, termasuklah no bang roon. Kalau x silap saya ratenya agak mahal jugak semalam 240 lebih kurang gitu lah.. try cari hotel bundayu koh lipe di google. Berdekatan dgn bang roon je..

      Delete