Semuanya bermula pada Mac 2011.
Mac 2011
First time cek abang beli moto big bike, namanya Black Bird. Katanya "nanti kita pergi melancong naik moto". Masa tu daku jawab "Apa ke syoknya naik moto, duduk termenunggg je kat belakang.. entah hape-hape aje".
Di bulan pertama tu cik abang ku single ride, ride balik kampung, ride renduri kawin, dan entah hapa2 lagilah.. daku tak ambik tahu pun masa tu.
April 2011
First time ikut ride. Malam tu tak boleh tido sbb syok sangattt.. Ride bersama 5, 6 bijik moto. Ride ke Ipoh makan nasi wanggey, balik kuala kangsar makan laksa, pergi kuala sepetang makan mee udang, sampai KL semula jam 12 malam. Duduk atas moto keras mcm batu, Penat Gileeee.. ke esokannya badan ku rasa sakit, jalan pun dah macam robot.
Semangattt.. first time ikut cik abang naik moto. |
2nd time daku ikut cik abang naik moto, ride ke Hot spring sungkai. Masa ni dah pandai cari posisi duduk yang selesa, duduk belakang pun dah boleh relex, santai. Takde dah sakit badan.. Masa ni merasmikan jeket baru, bau kedai lagi.. inilah first jeket kami se iya sekata, seirama, senada dan sewarna..
14-17 May 2011
3rd ride daku. Terus merentas sempadan, Kami ikut group trip ke Krabi. Semua mereka ni otai2 belaka. Terasa kecikkkkk nya kami. Nak di jadikan cerita, moto kami rosak di Siam... Adoyaiii. Macam2 perasaan timbul masa tu, rasa malu, rasa bersalah, rasa takut.. Di pendekkan cerita tiap kali nak gerak moto kena tolak.. Jarak perjalanan pergi dan balil KL-Penang-Krabi-Hatyai_KL = 1800 km
Kami bersama otai2.. |
Baru sampai Krabi, muka kepenatan + kesukaan |
Disinilah kami mula mengenali mereka dan kini menjadi BFF |
28 May-1Jun 2011
Kami ke Hatyai & Koh Samui bersama Lala & Tasya. Black Bird & Hayabusa. Terima Kasih pada Lala & Tasya kerana membawa kami ke Koh Samui. Best betoi masa ni.. Jarak pergi balik, KL-Hatyai-Koh Samui-KL 2000km
Julay 2011
Kami ride ke Koh Lipe bersama 7 bijik moto, 7 couple. First time bersama anak gajah, first time snorkling, first time jejak kaki di koh lipe dan mula jatuh chenta dengan Koh Lipe.
8-10 Julai 2011
Kerana mu juga kami bawak anak2 ke Hatyai dengan menaiki Bas. Dah macam rombongan mak bedah aje.. satu bas kami punya.
Oktober 2011
Ke Koh Lipe lagi, kali ni pergi ikut JJ bawak kawan2nya. Banyak bijik moto jugaklah.. Tak hingat daku.
19-22 Nov 2011
Keranamu juga kami bawak anak2 ke koh lipe, seronok bila dapat bawak anak2 ke sini.. Memang setiap kali bermoto ke tempat yang best, mesti ada pasang niat untuk bawak anak2..
26-24 Dec 2011
Ke Hatyai bersama 5 bijik moto. first time ride bersama dengan kak ruby yang comel twet twet twet dan abg zaidi yang kelakar itu..
http://mawarputihsuciku.blogspot.com/2012/01/pengembaraan-ke-hatyai.html
3-12 Feb 2012
Ke Thousand Corner. Syok sangat dapat sijil masa tu, lepas tu entah kemana haku campakkan sijil tu.. hehe. Bukan sijil yang di kejar, tapi pengalaman tu yang sebenarnya. Kami menyusuri :
KL - Hatyai - Cha Am - Lamphang - Pai - Mae Hong Song - Pai - Chiang Mai - Golden Triangle - Ayuthiya - Hatyai - KL.
4 bijik moto bersama piliion. Total perjalanan kami pergi balik 5027km, mengambil masa 10 hari. Inilah ride yang paling lama..
sila layan ceritanya disini ya.. part 1 part 2 part 3 part4 part5 part 6
27 April - 2 May 2012
Ride ke Kanchanaburi. Plan asal nak ke Kanchanaburi sahaja, tapi masa balik melencong ke Koh Samui. Perjalanan kami KL - Hatyai - Kanchanaburi - Cha Am - Koh Samui - KL. Kesemuanya kami 4 bijik moto. Total perjalanan pergi balik 3,363km.
sila layan cerita disini : part1 part2 part3 part4 part5
Jun 2012
Ini adalah julung2 kalinya ride bermalam dalam Malaysia, asik ke siaaamm je, Malaysia pun banyak jugak tempat yang menarik. Ride ke Penang kami bersama 7 bijik moto. Bestlah jugak, cuma tak thrill sbb tak "chop" pasposrt.
http://mawarputihsuciku.blogspot.com/2012/07/trip-sempoi-dan-santai-ke-penang-auww.html
29 sep - 1 okt 2012
Kami terbang ke Chiang mai dan sewa moto disana untuk ke thousand corner. Trip ini memang best.. Terbaekk.. KL-Chiang Mai-Pai-Mae Hong Song-Pai-Chiang Mai-KL.
2nd time ambik sijil lagi.. entah keman juga, daku campakkan sijil tu..
sila layan ceritannya disini : part1 part2 part3
21 - 24 dec 2012
Ride ke Loh Lipe bersama 4 bijik moto. Dah lama tak ke Koh Lipe.. Ride ini lebih kepada mengikuti kawan yang nak dive di koh Lipe.. Perjalanan kami KL - Changlon - Koh Lipe - Hatyai - KL.
http://mawarputihsuciku.blogspot.com/2013/01/koh-lipe-lipe-island.html
8-12 Feb 2013
Keranamu juga untuk pertama kali dalam tahun 2013 ride ke Phuket bersama 3 bijik moto sahaja. Sian Kuda tembaga ni.. baru beranak terus kena lanyak. 4 hari terus abis pantang.. Dasattt. Perjalanan kami KL - Hatyai - Phuket -Hatyai - KL. Lebih kurang 2000km.
Semua ini terjadi hanyalah keranamu.. keranamu black bird, keranamu anak gajah dan keranamu kuda tembaga...
Keranamu kami dapat merealitikan impian untuk mengembara walaupun setakat siam cuma..
Keranamu bukan setakat daku termenung di belakang mu, malahan daku juga sudah pandai tidur2 ayam..
Keranamu daku banyak mengingati Nya di kala menghenyakmu di waktu malam, melihat bintang, bulan, gunung.. siapa penciptanya..
Keranamu siam telah menjadi kampung halaman kedua kami..
Keranamu jugak daku mula gemuk.. (tak suka tak suka..)
Semuanya keranamu...
Mawar Putih
13 Feb 2013. 11:30 pm
Kadang kala kita meletakkan kesalah kepada orang lain, tanpa melihat apa yang telah kita lakukan.
Kadang kala kita menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedari.
Kadang kala hati kita terguris oleh seseorang tanpa orang itu sedari.
Kadang kala kita terlupa menilai diri kita sebelum kita menilai orang lain.
maaf kan saya kalau saya ada melakukan semua itu tanpa saya sedari.
Teringat zaman dulu ride sana..ride sini.. Walau pembonceng je tapi sgt seronok. Sekarang stop kejap anak kecik..tunggu besar baru ride balik. Sekarang ride ngan keter je. Best baca coretan in btw
ReplyDeleteSawanila.com
Thank you... Ada jodoh nanti kita ride sesama yekk..
Delete:-)