Thursday 21 February 2013

Phuket

Ride ke Phuket sempena cuti tahun baru China baru-baru ni, memang telah di rancang dengan rapi, Cam biasalah haku di tugaskan utk mencari hotel. memang haku suka kerja2 itu, yihaaa.. Tengok map, haku x pandai.. tak kan ku biarkan tak pandai itu sampai bila2, akan ku belajar, mana lah tahukan kot-kot 2, 3 tahun lagi haku boleh bawak moto pulak.. oh nooo.... paranormal lah haku (lately ni anak montel haku selalu tanya paranormal tu apa ibu? -  tu yang syiok pulak haku nak sebut paranormal..)

Day 1 : 8/2/2013.
Pagi tu hujan le pulak.. disebabkan kami akan bermalam di hatyai, so kami santai2 je..  plan asal nak bertolak selepas hantar anak ke sekolah jadi delay sampai ke jam 9.45 baru kuar rumah.
comel je bila pakai baju ujan, nampak gedebuss bam bam
Baju ujan dorang lagi kelassss.. beli kat obersi tawww
Kami semuanya hanya 3 bijik moto sahaja..  Siannn moto ni, baru beranak malam tadi, hari ni dah di paksa jalan jauh. jadinya kenalah bawak santai2 je.. Santai ker?? (tengah pikir... iye ker santai.. emmm).
Nak selit skit, first day naik moto ni, haku rasa lebih relex, haku boleh duduk tegak sambil melihat meter. kalau dulu dengan kelajuan 180km/j, kena tunduk sorokkan kepala, kalau tak nanti kepalaku tertinggal di belakang hahahak. Tapi dengan madu baru ku ini, tak yah susah2 nak sorok kepala, kompem kepalaku tak tertinggal di belakang lagi. visor pun boleh bukak skit.. sebab laluan angin tak kena pillion.
Back to the stori. Kami singgah lunch di Juru makan nasi mamak. Sedapppp..  lupalah pulak apa ke nama kedai tu.. gambar kedai pun lupa nak snap..
Comel je bila semua pakai baju sama.. kami je pakai seluar lain, sbb kononnya sayang takut suar kotor.

 Hokey, dipendekkan cerita kami masuk sempadan siam jam 4 gitu.. Proses di immigration Malaysia, mudah sangat. Tak yah susah2 turun moto, hulur je pasport ikut tingkap.. selesaii.
Di pendekkan cerita, kami sampai Hatyai petang. Haku dah siap2 booking VC apartment. yang terletak di tengah2 bandar Hatyai.. duduk sini best sbb tempat parking moto agak selamat dan yang penting ianya murah dan bersih. VC apartment di taraf rumah tumpangan aje.. tapi kebersihan tip top kebabomm. 

Lihat gambar di bawah ni di perkarangan parking moto di VC apartment.
Inilah hero kami yg kononya bawak santai tu tadi..
Apa ajelah dorang ni ngitai2 pungkok madu ku itu...

Day 2 : 9/2/2013.
Kami gerak ke Phuket, lead oleh abanglong & kaklong. Kami lalu highway menghala ke Pathalung - Trang - Krabi - Phuket. Perjalanan lebih kurang 450km.
Dalam perjalanan menghala ke Phatthalung, nampak macam nak hujan. tengok langit dah mula gelap..
 Akhirnya hujan turun, kelam kelibut lah berenti tepi jalan sarung baju ujan.. hihihi siannye. 
Sampai di Pathalong, kami berenti minum kopi di Cafe Amazon. Mata haku mengantuknya.. Tak tau ngapa ngantuk sesangat. asik tercium helmet depan je.. 
Kami lama jugak lah lepak2 disini. Disini kami terjumpa beberapa group moto Malaysia yang nak ke Koh Samui.. Ramainya biker malaysia konvoi ke Samui.. di bawah ni salah satu group yg sempat ku snap gambar.
Perjalanan di teruskan. Cuaca sangat cantik. Kami menghala ke Krabi, nak lunch di Krabi. Masa ni pun aku asik tercium helmet depan jugak.. Eeiii tatutnya kena marah. Masa ni haku dah mula rasa tak selesa dengan madu baru.. maybe kedudukan utk pillion yg menyebabkan haku asik tercium helmet depan.. kalau dengan madu lama, haku boleh laaahhh curik2 tidor ayam, sekali sekala je tercium helmet depan, itupun bila dah tahap lena kiranya..hik hikhik.. Dengan madu baruku ini, langsung tak boleh nak curik2 tidur ayam, baru tahap hayal/lalok belum sampai tahap tidur ayamnya lagi dah terhantuk helmet depan... haisshhh sengsara haku. Pinggang pun terasa sakit sebab duduk tegak, lentik ala-ala model..

Okey... sila layan gambar2 kami dalam perjalanan ke Krabi.
Sampai Krabi, kami menghala ke Pantai Aonang, kat situ banyak kedai makan muslim. Kami makan di kedai BAMBOO
 Tomyamnya.. perghhh, sedappp
Tengok nasinya.. comel je kan.
Airnya pun sedappp.. ada bunga orkid lagi..
 Cuaca di Krabi sangat lah panas. 37.5C, nak bukak mata pun x boleh,
 Lewat Petang kami sampai Phuket akhirnya.. Yabedabedu.
 Inilah penginapan kami di Phuket, The Hacienda. Kedudukannya 5 minit berjalan kaki ke Bangla Road. Yang bestnya motor parking di depan bilik.. harga bilik pun kira okeylah 1,000baht per nite.
 Malam tu kami makan di kedai Arab. makanan disini al maklumlah memang sangat2 mahal. Kalau tak silap haku, makan malam kami jatuh sorang hampir 400 - 500 baht. Kami memang dah tahu kemahalan di phuket ni..
Settle makan malam, jalan2 di Bangla road, disinilah night life di Phuket. Hiburan & club semata2. Uollzzs isteri2 di luar sana, Korang jangan lepaskan suami sorang2 jalan sini.. bahayaaaaa.. banyak pepatung2 di tiang.. entahlah pepatung jantan ke , betina ke, hakupun tak pasti. Sekali tengok macam betina, dua kali tengok rasanya jantan... hihihihi..
Tengok banner di bawah ni.. Hamboiii

Jom kita zoooom skit.. lawak betoilah.. hehehe
"HUSBAND DAY CARE CENTER" 
need time to relex? Need time to yourself? Want to go shopping?
Leave your husband with us
We look after him for you
you only paid for his drinks
 Kat sini rata2 semuanya mat saleh. Penuh sesak padat, patutlah pun Allah turun kan bencana Tsunami disini dulu... Kami hanya berjalan dan lihat suasana disitu, lihat gelagat manusia.

Day 3 : 10/2/2013.
Pagi hari kami sewa moto dan jalan2 di sekitar berdekatan sahaja. Sewa moto disini lebih kurang 500baht sehari, pasport kena tinggal,
first pergi cari kedai makan breakfast. Kami makan di tepi pantai, disitu ada kedai muslim. Tapi harga makanan mahal giler, tea O ais limau 50bath, nasi goreng 150bath.
Sambil2 tunggu makanan siap, haku jalan sorang2 di tepian pantai, hehehek comelnya mat saleh 2 orang tu berseluar "trang".. Malu aii tengok taw (tutup mata dengan tangan sambil ngintai disebalik jari heheh). Kat pantai ni ada beberapa tiang dengan bendera negara luar. Bila dilihat2, takde pun bendera malaysia.. Pada hal malaysia ni jiran tetangga je.. Pas tu haku terpikir maybe sbb takde org Malaysia yang baring2 di pantai ni kot.. Kann??
 Lepas makan kami pergi ke Hard Rock Cafe, Depan HRC ada kedai2 jual souvenir, T-shirt dll.
Tengah hari tu kami ambil pakage pusing 3 Pulau. Ketiga2 pulau tu bermula dengan Koh Khai.. Sangatlah panas, sakit kepala ku. Adoyaii..
Pulau pertama, Koh Khai %#@$* (apa entah.. tak hingat)
Malamnya kami mengukur jalan, malam tu kepalaku sangat sakit, bahu pun sakit, selesema dan rasa mcm nak demam.. Rasa macam nak terbang je balik rumah.. :(
sempat jugak posing walaupun rasa nak demam

Day 4 : 11/2/2013.
Pagi kami bertolak ke hatyai,  Haku dah dapat posisi kedudukan yang sangat selesa, relex, dan sudah kurang mencium helmet rider. Tidak lagi duduk tegak lentik ala-ala model, hanya duduk relex seperti duduk di kerusi. Cuma posisi tangan je kurang selesa sbb siku tak boleh letak atas peha jika mahu pegang pinggang rider.
Petang di hatyai kami makan dan makan dan makan.. sekarang ni haku dah ada menu baru, pulut mangga+durian... Sedapppp.. Beli dekat kakak yang pakai purdah di depan Pink Lady..... makan sampai tak sedar diri..
 Sea food goreng ni jugak favorate kami di Hatyai,

Day 5 : 12/2/2013.
Selepas subuh kami gerak pulang ke Malaysia, breakfast di Changlun. Kali ni mereka tukar mode sport. Memang betoi2 sport jadinye. Kelajuan mencecah 200km/j tapi di belakang rasa angin sepoi2 aje, kalau moto dulu, kompem haku kena tunduk kepala dan pegang pinggang kuat2. Kedudukan tangan pun dah selesa, tak perlu pengan pinggang rider, hanya letakkan aje tangan di atas peha sendiri, Terbaiklah.. Balik kereta banyak, dari utara sampailah KL. Rasa comfortable je bila moto menyelinap menyusuri di celah2 deretan kereta. Sekali sekala ada jugaklah haku tercium helmet depan.. hehehek..  Berenti makan di Behrang dan terus balik rumah. sampai rumah jam 2 petang. Alhamdulilah..







**MAWAR PUTIH**
Lihat inilah hasilnya ciuman haku.. hehehe, Sori yaaa. wink wink wink
 
21 Feb 2013 , 10:27pm



7 comments:

  1. Lepas nie nak kena cari motor yang ada backrest dengan armrest tu agaknya...ngheee
    Agaknya semua simptom pillion sama jerr...cepat mengantuk dan terlena..

    ReplyDelete
  2. as salam puan, bagaimana nak buat booking utk vc apartment di hat yai? mohon bantuan

    ReplyDelete
  3. as salam puan, bagaimana nak buat booking utk vc apartment di hat yai? mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lah... lama tak bukak blog. Awak call/whatsap saya 0126730141

      Delete