Hari ke-2 di Madinah, Kami di bawa ke Raudhah.. Sebenarnya haku tak tahu Raudhah tu apa sebelum ini.. Aku mula tahu bila aku start menggoogle ttg Mekah dan Madinah beberapa minggu sebelum berangkat.. Teruknya haku kan??
Bergambar dulu sebelum berpisah utk ke Raudhah.. |
Aku di pintu 24, pintu ke Raudhah untuk muslimat |
Raudhah terletak diantara rumah Rasulullah saw dan mimbarnya, disitulah terletaknya makam Nabi Muhammad saw, Sahabatnya Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar. Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah bersabda "Diantara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman2 syurga dan mimbarku terletak di atas kolamku (pada hari kiamat)"
Bagi muslimah, nak masuk Raudhah kena tunggu agak lama, kebiasaannya mereka akan bagi 2,3 group Arab kemudian baru bagi 1 group Asia masuk ke Raudhah..
Gambar kat bawah ni, haku curik2 snap di pinti masuk.. ni kiranya step
menunggu yang ke 4 dari 5 step. (Nak masuk Raudhah, menunggunya dekat
sejam ke sejam setengah)
Tiba masanya group haku di beri masuk ke Raudhah. 1st time masuk Raudhah haku rasa sebak sangat, entahlah.. tak tahu kenapa.. Raudhah ni kapetnya ber color hijau, lain2 kawasan di dalam Masjid
Nabawi kapet ber color merah, dalam ramai2, terhimpit dan tersepit serta
bertolak2.. aku pun tak dapat nak lihat, dah jejak kaki ke belum di kapet color hijau, sehinggalah di beritahu oleh rakan sebelah... "Ya Allah kini ku berpijak di taman2 syurga mu Ya Allah.. Ampunkan segala dosaku.. "
Pada mulanya nak solat pun susah, ramai orang dan bertolak2. Dalam keadaan bertolak2 tu apabila berada di depan pintu besi makam Nabi Muhammad saw, aku memberi salam pada Nabi Muhammad saw, menyampaikan salam yang di kirim oleh rakan2 dan akhir sekali berdoa meminta supaya di beri syafaat di akhirat kelak untuk diri ini, suamiku, kedua ibu bapa ku dan mertuaku, anak2 dan saudara-maraku.. Terasa diri ini terlalu hina dan tak malu sbb selama ini lalai tapi tak malu nak mintak syafaatnya... itu yang buat aku rasa sangat sebak dan derai2 lah air mata mengalir...
Pada mulanya nak solat pun susah, ramai orang dan bertolak2. Dalam keadaan bertolak2 tu apabila berada di depan pintu besi makam Nabi Muhammad saw, aku memberi salam pada Nabi Muhammad saw, menyampaikan salam yang di kirim oleh rakan2 dan akhir sekali berdoa meminta supaya di beri syafaat di akhirat kelak untuk diri ini, suamiku, kedua ibu bapa ku dan mertuaku, anak2 dan saudara-maraku.. Terasa diri ini terlalu hina dan tak malu sbb selama ini lalai tapi tak malu nak mintak syafaatnya... itu yang buat aku rasa sangat sebak dan derai2 lah air mata mengalir...
Di Raudhah aku berkesempatan melaksanakan solat taubat dan solat hajat.. disitu jugak aku berpengalaman masuk dlm kelubung Mak Arab masa haku bangun dari sujud.. hehehehekkk... (So haku nampak color apa seluar yang dia pakai.. ahakkss)..
Gambar di bawah ni dari Henpon Hero saya ketika dia di laluan ke Raudhah.
Mimbar Rasulullah SAW (Upss!! yg kiri tu hero ku cuba menyenep gambarnya sendiri dgn latarbelakangkan mimbar Rasulullah SAW)
Kami group muslimat, selepas keluar dari Raudhah..
Kemudian kami di bawa ke perkuburan Baqe' dimana hampir 10 ribu sahabat Rasulullah SAW bersemadi disini. Muslimat tak di benarkan masuk.. Kami hanya melihat dan berdoa dari luar sahaja.
Hari ke 3 di Madinah, kami di bawa ziarah luar,
Geng-geng para muslimin.. di lobi hotel sebelum berangkat |
kami di bawa melawat ke Masjid Quba, masjid pertama di dirikan oleh Rasulullah SAW ketika tiba di Madinah. Menurut hadis sahih, sesiapa yang berwuduk dari rumah/hotel lalu menjaga wuduknya dan solat 2 rokaat di masjid Quba, pahalanya di kira seperti mengerjakan umrah.
Kami bersama masjid Quba |
Juga di bawa ke ladang kurma.. Pokok kurma ni rupanya macam pokok kelapa sawit je.. Dengan rasa perak dan jakun nya kami kesukaan dapat bergambar dgn pokok kurma. hehehehehe. (Lebor senyum Cek kak yekk..)
Pemandangan di dalam kedai jualan kurma dan seangkatan dgn nya (ada kacang lah, cokolat lah dan entah hapa2 lagi..)
Kurma Nabi atau juga di kenali dengan kurma Ajwa. Harga kurma Nabi/Ajwa disini ada yang 80 rial, 100 rial dan 120 rial se/kg.. Kata muthowif kami disini harganya agak mahal sedikit tetapi kompem kurma dari Tanah Haram..
Kemudian kami di bawa ke Jabal Uhud. Disinilah berlakunya peperangan Uhud.. disini juga ada perkuburan sahabat2 yang syahid di dalam peperangan..
inilah kubur para sahabat Nabi yang syahid di dalam peperangan |
Silalah layan gambar2 kami di sekitar Jabal Uhud.. Kalau ada yang nak termuntah tu, kami mintak hampun dan mahap yaa.. takde niat di hati kami untuk buat kome rasa nak termuntah.. Upss!!! sedondon lagi..
Kemudian kami di bawa ke Pasar kurma.. Beli kurma lagi dan lagi dan lagi.. Takde gambar yang di ambil sbb masa ni haku dah ke penatan..
Hari ke 4 kami di Madina, aktiviti free and easy.
Ya habibi ya maulana.. Aku lebih selesa
berpakaina mini telekong/tudung labuh sahaja ke masjid. Kebanyakan
Malaysia dan Indonesia memakai Telekong putih..
Hero ku semakin hensem dengan jubah dan serban di bahu.
Pagi tu selepas solat subuh, utk kali kedua nya kami masuk ke Raudhah. Kali ini haku dapat solat betul2 di sebelahan makam
Rasulullah SAW dan berdoa di dalam sujudku "Ya Rasullullah, ku pohon
syafaat mu di hari akhirat kelak... Ya Allah haramkan api neraka
menjilati tubuhku.." Air mataku derai2 mengalir.. Betapa rapuhnya
hatiku ketika itu.. begitu mudah air mata ini mengalir.. ohh no..
Sepanjang hari ini aktiviti kami selepas solat menawaf kedai2 di persekitaran masjid.. heheheh.. Window shopping jaaa.. Haku dah berniat datang sini untuk beribadat bukan untuk soping-moping.. (tapi kalau TERBEKENAN tahap gaban tu, haku beli lah jugak.. hehehe)
Ini adalah tong air zam2 di dalam masjid Nabawi. Setiap kali masuk dan keluar masjid, mesti nak minum air zam-zam sejuk.. Ya Allah sedapnyaaa.
Keadaan di pintu 24, selepas solat zhuhur, berpusu2 keluar masjid..
Motor polis di Madinah.. very the klasik & retro.. Siap ada sejadah di seat.. Maklumlah bikers kan.. pantang nampak moto, nasib baik polisnya takde, kalau tidak mahu dia mintak pinjam sat, nak lepaskan gian.. hehehe (di tujukan khas utk hero ku)
Burger ala-ala Carl Junior pun hadooo.. tapi namanya Hardees.. Sedap..
Pekena Starbuck di tengah hari terik selepas solat zhohor, Ya allah lazatnya.. Next time tak mau share.. kita dpt 2,3 sedut je tawwww... selebihnya ada orang tu sedut sampai tak hingat org sebelah.
Nasi beriyani nya mabelesss.. Beli 1 je dah cukup, boleh share nasinya banyakkk..
Sempat lagi membedek2 jam di kaki lima hotel sebelum ke Nabawi utk Asar.
Makcik dari Pakistan yang solat sebelah haku. Masa aku berdoa, dia cuit aku dan mintak haku doakan untuk dia.. Hehehe comel je makcik ni bercakap bahasa Arab dengan haku.. Mcm le haku paham.. Haku angguk2 & geleng2 kan kepala ajee.. hehehe
Masa nak tunggu solat Isyak, mengantuknya mata (ofkos lah time tu waktu malaysia dah jam 1 pagi, kira afdal lah rasa ngantuk kannn??) TAAAPIIIII.. lepas Isyak kuar je masjid, mataku terus segar, bugar bila lihat penjaja melambung2 kain sambil jerit
"30 rial, murah murah".
Jubah 30 rial aje kau... terbeliak bijik mataku...
Sekian ceritera untuk kali ini.. Sambung episode seterusnya perjalanan ke Mekah.
Assalamualaiku.
Mawar Putih, 2 july, 00:39am
Tahniah.. :D
ReplyDeleteThank you..
Delete:-)