Friday, 26 July 2013

Episode 3 : Lambaian Kaabah

Hari ke 5 Hari ini kami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah selepas solat Zhohor. Sedihnya rasa nak meninggal kan kota Madinah Al Munawarah.. Selepas zhohor dan laksanakan ziarah Wida' kami terus balik ke hotel dan bersiap2 dengan pakaian ihram.. Di dalam bas kami di pandu oleh mutawwif dengan bacaan2 zikir, sampai terlelap2 lah mataku.. heheh. Kami sampai di Masjid Bir Ali untuk mikad. Masa ni belum masuk lagi waktu Asar. Jadinya kami solat sunat tahyatul masjid dan sunat Ihram. Sambung perjalanan dan aku lelap lagi dalam zikrullah (cewahhh.. kononnya..). Bila masuk waktu Asar, kami berenti lagi di R&R di tengah2 padang pasir untuk solat Asar (jangan bayangkan mcm R&R kita yaaa..) Perjalanan di teruskan, zikir2 juga berkumandang keluar dari mulut kami semua..  "Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak".. Aku terlelap lagi.. Masyaallah lena sungguh aku rasa, sedar semula hari dah hampir senja dan mutawwif bagi tahu kami dah masuk ke Kota Mekkah.. Perjalanan yg mengambil masa hampir 8 jam, tapi kurasakan sangat sekejap.. hehehe (mana taknya tidur sepanjang jalan..). HP ku x de line internet apabila masuk je kota Mekkah.. jenoh lah on & off HP, searching coverage, tak de juga coverage. HP suamiku yg menggunakan line yang sama ada le pulak.. Haishhh... macam mana nak hapdet whatsap & Facebook nih.. hehehehe kesitu plak yee..
Upsss.. tujuan update FB bukan utk menunjuk2, hanyalah untuk memberi khabar pada sedara-mara dan rakan2 yang ingin mengetahui sahaja. Dan juga utk beri perangsang pada kawan2 & sedara-mara untuk kesini (kerana diriku juga melonjak2 kesini setelah selalu melihat kawan2 lepas sorang, sorang lagi dan sorang lagi ke Mekah di dalam FB.. Terima kasih kawan2, kerana gambar2 mu, ku sampai jua kesini)

Kami sampai di hotel waktu orang solat Isyak. Mutawwif suruh kami makan malam dulu dan solat jamak & qasar di bilik hotel. Kemudian turun untuk umrah wajib pertama kami. Dari hotel kami ke Masjidin haram dalam 250 meter sahaja.. Alhamdulillah dekat jugaklah.
Kami masuk masjidin haram dalam jam 10.30 malam gitu.. first time masuk masjidil haram tak dapat nak di gambarkan perasaan ini, teruja, gementar... Kami masuk ikut pintu no 1, pintu Sultan Abdul Aziz.. Dari pintu tersebut ku dapat lihat kaabah dari kejauhan, disaat inilah segala doa2 kita tiada hijabnya.. Berdoalah apa sahaja yang kita muhu.. InsyaAllah akan makbur.. Hanya masa sahaja yg menentukan.
Kami di pandu oleh mutawwif untuk umrah yang pertama ini. Kami selesai tawaf, saei & bertahlol lebih kurang jam 12 malam. Alhamdulillah sesai sudah umrah pertama kami.. Dannnn cam biasalah, bergambar.. tapi gambar dengan jam besar sbb masa ni dah keluar masjid nak balik bilik... hehehehe

Hari ke 6 Aktiviti bebas.. 45 minit sebelum subuh kami dah gerak ke masjid. Suamiku sempatlah tawaf sunat sebelum masuk waktu subuh.. Haku tak hikut, haku sebuk mencari "pot" tempat solat yang nampak kaabah (boleh tak gitu.. hehehe), tapi x dapat pun, sbb tempat solat wanita di belakang2 nuuuun sana.. Selesai solat subuh, suamiku bawak haku tawaf sunat.. masa ni ramainya orang, kami amik masa hampir 40 minit untuk selesai 7 pusingan, jam kau.. sampai tak bergerak.. hehehe yg paling kesian, suamikulah.. bak kata org Perak "ngetor' kakinya sbb tadi sebelum subuh dah 7 pusingan (sebelum subuh tadi katanya tak ramai org sekejap je dah selesai).. lepas subuh bawak isteri plak.. heheh semoga syurgalah balasan mu wahai suamiku.. Amen.

 Bawah ni gambar kami sebelum mengerjakan tawaf sunat selepas subuh.

Bawah ni, Gambar kami di depan pintu no 1, masa ni nak masuk masjid tuk sunat dhuhah dan terus tunggu zhohor. Nampak tak kat gambar tu suhu 45c..

Lepas zhohor kami menjengok apa ada di bawah jam besar.. hehehe. Haku kagum sekejap lihat shopping mall yang moden mcm KLCC tapi semuanya berjubah, bertelekong, berhijab, berihram.. Indahnya.

Jeng.. jeng.. jeng... Ada orang tu dah pening kepala tengok jam murah2.. hehehe

Starbuck pun hadooo.. Tak mau share hokey...



Hari ke 7 Hari ini kami di bawa menziarah ke tempat2 bersejarah di Kota Mekah. Kami di bawa ke Jabal Thur, Jabal Rahmah di Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan bermikat di Ja'aranah.


Kami di Jabal Thur

 Kami di Jabal Rahmah

 Mikat di Ja'aranah. Haku niat umrah untuk arwah emak dan suamiku niat umrah untuk arwah Nyah (Ayahnya).

Selesai bermikat kami di bawa pulang ke hotel sebelum waktu zohor.
Haku dan suamiku plan nak buat umrah selepas zhohor, masa berjalan kaki ke masjidil Haram, ternampak jenazah di usung masuk ke masjid.. Bertuahnya jenazah ini, sebab akan di solatkan oleh beribu2 orang di dalam Masjidil Haram.. Semoga syurgalah balasannya.

Selesai solat zohor kami terus buat umrah. Kali ni umrah sendiri-sendiri sahaja, tanpa di awasi oleh Mutawwif, kami berdua jee.. heheheh dah pandai..

Kat bawah ni gambar masa tengah saei.. berenti sat minum air zam-zam. Sedap sungguh air zam-zam sejuk.. LAZATTTTTT...

 heheheheh.. ada orang tu dah tak larat sbb tumitnya dah pecah2, siannn dia. jom kok-kong nak??
 Gambar bawah ni sempat jugak haku snap ketika saei.. Ni kami saei di tingkat 2 ke atau 3 (tak hingat lah)

 Dah bertahlol habis licin rambut... settle umrah ke2 kami. Alhamdulillah.. Semoga pahalanya sampai kepada arwah emak dan arwah Nyah.. Amiinn..

 Hokey.. sampai di sini dulu, tunggu untuk episode terakhir.. Babai, Assalamualaikum.

Mawar Putih
:-) selamat berpuasa :-)
12.28am 27 july 2013

2 comments:

  1. Assalamualaikum....Su...mane episode akhir??? Teruje nak maca ni cite Su ni.....:)naimah Shahari..

    ReplyDelete
  2. Episode akhir dah posting pada 17 Ogos kelmarin..
    http://mawarputihsuciku.blogspot.com/2013/08/episode-4-lambaian-kaabah.html

    ReplyDelete