Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Wednesday, 7 December 2011

Gerak Hati


Gerak Hati atau Naluri Hati adalah satu perasaan seolah-olah kita dapat jangkakan atau rasai apa yang akan berlaku atau sedang berlaku di luar pengetahuan kita. Seringkali kita dengar orang berkata
     “Naluri hati saya berkata ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku”   atau
     “gerak hati saya berkata untuk memilih A dan saya yakin dengan gerak hati saya”
Gerak Hati atau Naluri Hati akan datang secara semula jadi tanpa ada dorongan dari sesiapapun, tanpa di paksa dan tanpa kerelaan. Ia datang dalam 2 bentuk, positive atau negative, baik atau buruk . Ia sering kali datang apabila kita berada di dalam persimpangan untuk membuat pilihan atau muncul secara tiba-tiba.   
Alhamdulilah jika Gerak Hati atau Naluri Hati datang dalam bentuk positive dan baik. Akan tetapi kebiasaannya jika datang dalam bentuk seperti ini ia tidak meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa kita.. Ia akan terus berlalu tanpa kita kesah dan tanpa kita hargainya.. 
Tetapi jika Gerak Hati atau Naluri Hati itu datang dalam bentuk negative dan buruk ia akan meninggalkan kesan pada jiwa kita, merubah mood kehidupan kita, dan kadang-kala mengubah kepercayaan, keyakinan, keikhlasan yang subur selama ini.
Gerak Hati atau Naluri Hati yang berlebihan akan mendatangkan mudharat pada diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Kemungkinan ia juga adalah godaan syaitan untuk menyesatkan cucu cicit Adam dan memporak perandakan keadaan sekeliling. Oleh itu pelajarilah untuk menangani dan mengawal kehadiran nya.
Setiap ciptaan Allah pasti ada hikmahnya yang tersembunyi yang tidak dapat kita ketahui sebelum kita merasainya. Sesungguhnya Gerak Hati atau Naluri Hati yang Allah kurniakan pada kita ada sebabnya yang kita sendiri tidak pasti dan tidak tahu untuk mentafsirkan nya... 
Kadangkala Gerak Hati atau Naluri Hati itu benar dan kadangkala ia cuma ilusi...



MawarPutih 
7 Dec 2011 /6.08pm

Friday, 2 December 2011

BAHAGIA

BAHAGIA.. sebutannya juga telah membayangkan serba-serbi nya indah.. Semua orang mahukan bahagia, semua orang mengharapkan BAHAGIA hingga ke akhir hayat.
Apakan sebenarnya BAHAGIA?.. adakah dengan kemewahan, wang ringgit, rumah besar, kereta besar dan pangkat besar?? atau BAHAGIA itu cukup sekadar memiliki sekeping hati yang tenang walau tiada dilimpahi kemewahan wang ringgit, harta dan darjat??
Setiap orang mempunyai penilaian yang sangat berbeza tentang BAHAGIA. Walau apapun penilaian kita tentang BAHAGIA, janganlah sekali-kali kita berBAHAGIA di atas kesedihan dan kedukaan orang lain. Janganlah kita merampas keBAHAGIAan milik orang sesungguhnya keBAHAGIAan di atas kesedihan dan kedukaan orang lain tidak akan berkekalan..

Ada yang berpendapat BAHAGIA itu adalah ketenangan hati, kesucian jiwa dan keikhlasan hati.

Ketenangan hati diperolehi apabila tiada dendam, tiada musuh, tiada sesalan, tiada buruk sangka, tiada kebencian, tiada kerisauan dan sentiasa berfikiran positif pada setiap perkara.
Kesucian jiwa  apabila merasa diri ini terlalu kerdil di sisi Allah, sentiasa menginsafi keatas kelemahan diri, bersujud menghadap kiblat dan menitiskan airmata meminta keampunan dan keredhoan Allah swt..
Keikhlasan hati hanya wujud apabila melakukan semua perkara tanpa niat untuk mendapat balasan, tanpa niat untuk bermegah, tanpa niat untuk mendapat sanjungan orang, tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk, hanya ikhlas yang datang dari lubuk hati yang suci.

Adakah semua sifat2 di atas ada di dalam diri kita? Dapatkah kita laksanakan sifat2 tersebut dengan sempurna dan ikhlas? Mampukah kita? Jika tidak bermakna tidak sempurnalah BAHAGIA yang dimiliki kini. Pada bila-bila masa sahaja BAHAGIA itu akan bertukar menjadi derita, sengsara, sedih, sepi, sunyi dan ditemani airmata....


MawarPutih
2 Dis 2011