Labels

Showing posts with label Kanchanaburi-Chaam-Samui. Show all posts
Showing posts with label Kanchanaburi-Chaam-Samui. Show all posts

Wednesday, 11 July 2012

Day 6 : Kanchanaburi : Empat sejoli terbang kepulang ke pangkal jalan.



 DAY 6 : 2 MAY 2012 : Balikkkk

Good morning Koh Samui...
Selepas solat subuh kami dah keluar, Planing nak naik ferry jam 7.30 pagi. Sudah separuh jalan tayar bergolek, Abgsham teringat HPnya tertinggal kat Hotel. So 2 bijik moto patah balik ambil HP. Alhamdulillah HP nya masih ada. Kami sampai je kat jeti, nampak ferry dah bergerak.. maknanya kami kena tunggu ferry lagi sejam.. kuang kuang kuang
Lala & Khai merenung ferry yang baru mula bergerak.. Ahaks!! 
AbgSham dah rasa agak bersalah. Tapi kami semua tiada hal.. At least kami dapat breakfast dulu sebelum naik ferry. Inilah pentingnya keserasian dalam berkonvoi. Saling bertolak ansur. 
Menongkat dagu sambil melihat ferry yang semakin jauh..  hihihih
Abgsham termenung kehampaan sambil di tenagkan oleh Khai &  Pakcu.. heheheh
Dapatlah kami bekpes dengan nescafe dan biskut dgn tuna yang ada jual disitu, itu jelah yg kami berani makan sbb ada tanda halal. Tak lama pun kami tunggu dalam jam 8 setengah ferry pun sampai. Yeahhhh!!
Pagi2 gini tak banyak kenderaan, ferry agak kosong.
Kali ni kami dapat naik ferry "buruk", tempat duduknya tak best. 
Tapi tak best, tak best pun semua nya lena tidur. siap berdengkur lagi kot.. hahah. Aksi tidor dengan selamat, tidur tutup muka, sbb sini banyak papa/mamarazi, dorang ni saje cari peluang snap gambor cam gini.. Kang ada pulak yang nampak meleleh "ayaq lioq".
 Dapatlah lelap dekat sejam pun dah rasa nikmatnya, puas tidur. Nak balik nih rasa lambatnya ferry ni sampai.
Tengah bersiap sedia untuk keluar dari ferry
 Untuk kesekian kalinya bergambar lagi di depan signboard buruk SAMUI,
 Selamat Tinggal Koh Samui. Entah bila lah kita dapat berjumpa lagi. I will miss you.
Sampai di stesen minyak berhampiran, kami isi minyak dulu dan mulakan doa semoga hari ini kami selamat sampai rumah.  Kami ada lagi 916km untuk sampai rumah. by hook or by crook hari ini mesti sampai rumah sebab esok kena kerja. 
Berhenti seketika sbb Khai mengantuk.
Kami sampai Danok jam 3 petang. Hampir 2 jam kami berehat di kedai makan. Solat dan ada yang mandi.. Lihatlah muka keletihan semuanya.

Lewat petang baru kami cross border. singgah solat di Juru. Dan singgah di simpang pulai untuk coffee break. mengantuk gile beb. Hampir jam 12 malam kami sampai rumah. ALHAMDULILLAH.. 

Perjalanan kami keseluruhan 3,363km



Untuk trip yang sangat bermakna ini diucapkan ribuan terima kasih kepada Tasya & Lala. Tanpa kalian trip ini pasti tidak dapat di realitikan. Korang berdua memang pasangan yang terbaekk, serasi dan secocok. Semoga korang bahagia selamanya dan dimurahkan rezeki serta sihat sejahtera. . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik korang. Kami semua sayang pada korang, dah anggap macam adik beradik, lain mak lain bapak.. hehehe



 ~Mawar Putih~
Tiba-tiba je macam nak keluaq ayaq mata pulak
12 July 2012
00:16am







Friday, 6 July 2012

Day 5 : Kanchanaburi : 4 sejoli berjoli di Samui



 Day 5 : 1 May 2012 : Heading to Koh Samui




Good Morning Cha Am. Selepas solat subuh kami sudah bersedia untuk bergerak turun ke selatan Thailand. Kami singgah 7 eleven untuk lapik perut, Nescafe secawan, dah memadai. Macam biasalah snap gambar. Nasib baik ada juru gambar yg ber"kalibar"..
 Sebelum tayar golek bacaan doa yang di ketuai oleh Al Ustaz Khae. Semoga perjalanan kami selamat dan dilindungi dari bala. Ameeenn....
Lebih kurang jam 6.45 kami meninggalkan Cha Am. Entah bilalah dapat sampai Cha Am lagi kan. Jarak antara Cha Am ke Koh Samui dalam 587km. Kami melalui segenting Kera. Disebabkan ini trip kali kedua lalu segenting kera, so haku dah tak de rasa macam kera dah.. hehehe. First trip dulu masa ke thousand corner memang aku rasa macam kera duduk kat belakang moto.. TAPIIIIIi kali ini aku rasa macam tuan puteri.. muahahah, ini semua ayat2 supaya next trip di bawak lagi.. :-)

Okey, dibawah ni gambar2 sepanjang perjalanan ke Koh Samui. Layannnnn.......

 Berenti isi minyak dan berehat sekejap.. Aii orang yang sama jugak tidor..


 Terjumpa moto atas lori.. hehehe rosak ker atau tak sanggup nak lalu segenting kera yg membosankan.


 Berenti makan lunch di Champon. Kakak yang jual air tu dah kenal kami.. heheh

 Aksi di jalanan.. Penunggang yang berhemah.


 Tengok lori ni.. kalau kat malaysia kompem kena saman.

Apa hagaknya yang sedang dibual kan tu yek. Gaya kak Izan tu yang paling tak tahan tuh.. 


Masa ni dah sampai dekat Surat Thani


 Jeng jeng jengggg... Dah nak dekat sampai, Nama tempat ni Donsak. Untuk ke Samui kita kena cari Raja Ferry. Nak ke Raja Ferry ni kena masuk jalan kecik, macam jalan kampung.

Dah sampai.. yeaaaahhh!!! Jam 3 kami sampai di Donsak, Cik Lala kita menguruskan pembelian tiket. Mak ai panas sungguh, dahaganya tekak.. kena banyak minum air.


Ni gambar dekat ferry.


Kami dapat ferry yang cantik.. best best best.. Macam biasalah, mula masuk ferry berposing bagailah.. 
            

 Lepas tu, jangan tunggu2 lagi. jom kita tidor. ZzZZzZZZ

Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam setengah. Kami sampai di Koh Samui jam 4.30. Alhamdulillah sampai juga. Ini kali ke dua haku & en. suami sampai samui dengan motor. Kali pertama kami bersama lala&tasya, 2 bijik motor sahaja pada tahun lepas.

Tanpa berlengah2 lagi kami terus menuju ke muslim village, pergi ke kedai abang zakaria. Perut dah lapar ni, terbayang2 sotong masak stim, yg di hidangkan pd kami tahun lepas. Dalam hati risau jugak kalau2 Abang Zakaria tutup kedai. Dah sampai pun.. nasib baik kedainya bukak.. Yeahhh!!!!!
Inilah dia kedai Abang Zakaria. Masakan wife nya memang terbaekkk..


 Muka2 kelaparan.. makanan belum sampai tapi air minum dah habis dekat 3 jar. Lapor benor kome yekk.


 TARAAAAAA.  Udang goreng tepung, sotong masak stim, sayur campur, kailan ikan masin, kerapu 3 rasa, telur dadar dannnnn pastinya TOM YAM. Tomyam nya memang sedap giler.. (adoyai, tiba2 je haku rasa nak makan tomyam di tengah malam). Sotong masak stim dia, haku suka sangat.. 


 Lepas makan, kami ke hotel. Sewa hotel ni lebih kurang 800bat (hagaknyelah.. dah lupa).


 Dimalam harinya kami sewa moto dan pusing2 disekitar Lamai beach.


 Lady bikers sedang menunjukkan skilnya tetapi di halang oleh en. suami. Mereka tergugat dengan kehandalan kami.. hehehehe.


 Jalan2 sekitar pantai Lamai. aktiviti kami malam itu money changer, beli tshirt, masat and night market.


 Jam 12 malam kami balik bilik. Kena packing baju, tong dah penuh.. esok nak balik. Rindu dah dekat anak-anak ku..






 ~ Mawar Putih ~
Hatiku kosong.. kosong.. kosong, Ow-ow
7.7.2012 , 00:31am




Perjalanan kami sehingga kini adalah 2447km