Thursday, 23 February 2012

Thousand Corner : Day 4

Day 4 : 6 Feb 2011
Perjalanan dari Lamphang - Chiang Mai  - Pai 233km. (Total : 2,322km) 
Di sebabkan perjalanan semalam sangat memenatkan, hari ini kami rest lebih skit. Jam 7.30 pagi breakfast di hotel hanya makan roti dan minum kopi sahaja. yang lain-lain tidak di jamin ke"halal"lannya, boleh lahhh janji lapik perut, lepas ni tak tahu bila akan dapat makan lagi..
Cuaca pagi disini terasa sejukkkk. Jam 8.30 semua telah berkumpul dan bersiap2 utk gerak ke Chiang Mai lebih kurang 100km. Yang ada tong, sumbat je bag dalam tong.. Seperti biasa juga Imam membacakan doa perjalanan dan doa tolak bala,.. Gambar kat bawah ni suasana preparation sebelum tayar golek. Aiiii!! sempat teguk air mineral tu banngg. Sambil baca doa sambil tengok peta yek Cik Lala kita.. Terbaeekkkk!!!!! 


Kali ini ride dalam keadaan santai & relex, mungkin sbb baru perasan jalan raya di Siam ni nampak mcm berkilat dan licin. Di trafic light rider saya cuba gesel2 kaki ke jln raya, wahhh memang licin katanya.. Lepas tu terus tak berani nak bawak laju.. jadinya kami sentiasa di belakang.. 
Takpeee bagi penghormatan pada yang tua... yang muda kena hormati yang tua.. kaaannn??. Perjalanan melalui Lamphang, Lamphun, Chiang Mai. Sambil2 menyantai di seat belakang sempat jugak lah saya snap beberapa gambar.. Di simpang 4 menghala ke Chiang Mai ada tugu besar berwana putih.. Tak tahu le pulak apa ke benda nya tu, nampak pelik & unit. Di Thailand nih setiap kali sampai di daerah akan ada pintu gerbang besar "Well come to Lamphun", okeylah kannn? At least kita tahu kita dah sampai Lamphun. 
Hari ni rasanya semua orang bersemangat dan ceria. Mana taknya dah nak sampai ke destinasi.  Hip..hip.. Horeyy!!! Tiba2 nampak sign board "Chiang Mai" fuh rasa macam tak caya le pulak dah nak sampai Chiang Mai. Kalau lihat balik map, mak aiii!!! jauhnye.. Kami berhenti untuk snap gambar di sign board yang tertulis "Chiang Mai".. Hishhh dah macam datang dari ulu mana le pulak yekkk.. mesti orang siam pun pelik tengok kami nie... ada aku kesah??. (Aiseymenn!! gambar AbgMat & KakAni je yang takde..)
 Perjalanan di teruskan dengan hati yang berbunga2. Sempat jugak snap gambo atas moto. Gambar kami jelah yang tak deee... Hamboi hamboooiiii... santai sungguh yekk.. Segak bergaya si penunggang & pembonceng Busa.. Pakwan &KakIda juara sticker, tu belum tampal sticket thousand corner.. Imam & KakRahmah kelihatan muda 10 tahun bila beraksi di jalanan.. AbgMat & KakAni, cool jeee.. tapi sekali dia pecut, zaaassss berdesup... sedut asap jelah kitaaaa..
Dalam perjalanan ke Chiang Mai kami singgah "Thai Elephant Conversation Center", kalau tak salah saya terletak di Lamphun, alang2 dah lalu tempat tu kan singgah jelah.. lagipun hari ni kami ride santai2 je. Tiket masuk taklah mahal.. murah je 150 bat sorang. Best jugak tengok show gajah.. Gajah pun pandai lukis.. kucing pandai lukis?? cakar kerusi pandailah.. hehehehe. Lukisan gajah di jual dari harga 250bat sampai 2000 bat.. hishhh mahal jugak yekk.. idok le lawa sangat pun lukisannya, layaknya seperti budak sekolah tadika je.. Kat sini ada juga jual tshir, rata2 gambar gajah sahaja.. Tiada siapa pun yg membeli tshirt, simpan space nak beli-belah kat chiangmai, Pai  & golden triangle hagaknyeee...
Kami habiskan masa hampir 2 jam disitu. Selepas puas bergambar dgn gajah kami meneruskan perjalanan ke Chiang Mai. Kami sampai di pinggiran Chiang Mai dalam jam 12.00. Singgah di stesyen minyak untuk toilet, dan Tasya&Lala tengok peta, nak cari masjid terdekat. Masjid telah ditemui dlm google map, vrooomm terus ke masjid, Kebetulan sampai je masjid telah masuk waktu zohor,ada yang sembahyang dulu ada yang makan dulu. Berhampiran dengan masjid rata2 banyak kedai makan muslim, saya makan ketiaw sup.. Ya Allah sedapnya rasa macam Vietnamese Beef Noodle Soup di Secret Recipe (nanti kite pergi lagi ini restoran yekk..). Sampai licin makan tak berbaki langsung. Lazaaattttt... mabeless!!!
 Perut sudah kenyang, tenanga sudah charge penuh, apa lagi jommm kita ke thousand corner. Gedebak- gedebuk solat, makann, toilet, sembang2, tayar golek jam 5 petang. Perjalanan ke Pai dari Chiang Mai dalam 120km. dekat je tetapi mengambil masa agak lama kata orang. Dari hasil penyelidikan di bloger2 rata2 mengatakan perjalanan dari Mae Teang - Pai - Mae Hong Son paling challenging. itu yang membuatkan hati ku agak tidak keruan bila nak naik ke Pai petang2 gini.. risau dohh, anak kecik2 lagi di rumah.. kang apa2 jadi.. Hishhh mintak di jauhkan. Sepanjang perjalanan tidak putus2 minta pada Allah swt supaya perjalanan ini di jauhi dari bencana. Dari Chiang Mai ke simpang Mae Teang dalam 20km. Start je masuk simpang di Mae Taeng, jalan sudah mula corner2, pemandangan memang menarik, ada rumah2 kampung.. pokok kiri dan kanan. Kami melayan corner dengan berhati2 di ketuai oleh Tasya& Lala. Corner masih biasa2 aje.. Sampai 1 tempat tulis sharp curves, kami berhenti utk bergambar dan memakai walkie talkie.. Lihatlah aksi2 remaja lebihan usia nih.. hehehe sportinglah dorang nih, walaupun ada yg dah bercucu..
 

Dah puas meremajakan diri dengan bergambar berbagai2 aksi, kami meneruskan perjalanan.. walaweyy, corner mula agak challenging, ada corner U tajam, corner S tajam, corner Ladam Kuda, Corner S menurun bukit yang curam.. blind corner.. hishhh.. best jugak ekk.. 
Kelajuan average 60-70km (jangan gelak!! 2nd time pergi nanti kita up lagi..). Jalan semuanya curve, tiada yang lurus. Tapi yang kelakarnya penduduk tempatan selamba je naik moto cup siap bawak baby lagi, hehehehehehe.. Ate! mana nak buatnyee,, dah itu laluan harian mereka.. kaannn?? Hagaknye dorang tu ketawa terbahak2 bila tengok kita siap fullface bagai.. Adoyaiii.. Len kali datang sini kita pakai helmet jepun & selipa jepun jelah.. 
Bila dah dekat sampai Pai jalan sudah kurang curve.. Ehh ada road block pulak.. polis siam nih baik2 belaka, senyum je..  
Kami sampai Pai sudah hampir senja. mencari2 pulak masjid, dalam google map tak jumpa... Haishhh.. camana nih.. cari pulak dlm GPS, nasib baik ada.. dah dapat lokasi masjid baru cari hotel berhampiran, alamak semua yg tanya penuh, kalau adapun tak cukup 5 bilik.. Akhir sekali jumpa juga "rumah tumpangan" heheheh tapi x de aircond.. Mulanya rasa apa barang aircond pun tarak ka??? Rupanya sini malam memang sejuk sampai ke tulang sum-sum.. grrrrrrrrr.grrrrr.grrrr. Masuk bilik mandi terus pergi makan.. jalan kaki je.. Wahhh! happening nya malam disini, paling banyak jual tshirt, murah pulak tuh.. Kat sini banyak gerai2 muslim food. Kami makan mee apa entah namanya. saya suka, sedappppp.. 
 Perut kenyang, balik bilik terus titooonn. Grrrrrrrrr.. sejuknye!! 2 lapis toto tebalpun masih terasa sejuk.. Babaiiii.. Good nite.. Esok nak amik sijil pulakkkk.... ZZZZZzzzZZZzzZZzZZzzz





                                           Mawar Putih
-akulah pembonceng yang paling muda, ehhh bukanlah.. lala lah yg termuda-
                                          23 Feb 2012

Monday, 20 February 2012

Thousand Corner : Day 3

Day 3 : 5 Feb 2011
Perjalanan dari Cha Am - Lamphang 777km. (Total : 2,089km) 
Jam 5 pagi semua dah berkumpul di lobi guess house. Kami dapat tidur tak lebih dari 3 jam sahaja. Yang paling kesian sekali Abg Mat & Kak Ani semalamnya mereka dahlah tak cukup tidur sbb straight shoot dari KL-Hatyai-ChaAm. Memang otailah dorang nih.. Tayar golek jam 5.10am tapi singgah dahulu di seven eleven berhampiran untuk lapik perut minum nescafe ke, milo ker.. lepas nih entah bila2 le hagaknya kitorang dapat makan.. Perjalanan ini memang jauh, planing asalnya ke Mea Sariang iaitu 900km.. Fuh jauhnya.  
Seperti biasa jugaklah imam baca doa sebelum memulakan perjalanan. Jam 6.30 pagi berhenti di stesyen minyak untuk isi minyak dan solat subuh.. Perjalanan di teruskan, sambil2 tu kitorang cari2 jugak kalau2 ada masjid, kenapa cari masjid pulak.. padahal dah solat subuh.. hehehe kalau ada masjid maknanya adalah restoran muslim.. Matahari dah naik tinggi, tangki moto dah beberapa kali isi, tangki perut masih belum berisi lagi nih.. Akhirnya kitorang berenti di seven eleven dan keluarkan bekalan meggi, serunding dan entah hapa2 lagi yang ada.. Yeaahhh enak sungguh meggi dikala itu, boleh tak masa tu ku rasa meggi seperti piza yellow cap. hahahahah... Masa nilah dapat rasa makan berdiri beramai2 di kaki lima kedai, sambil masing2 menjeling makanan org sebelah, kot2 lah ada yg bawak nasi lemak ker, roti canai ker.. hahahahah.
Perut dah kenyang.. alhamdulillah. Perjalanan di teruskan lagi, tayar golek melalui Ratchaburi, Nakhon Pathom, Suphan Buri, Chai Nat, Nakhon Sawan.. Kalau taksalah saya kami ada berhenti di Nakhon Sawan.. tempat istirehatnya menarik ada buaian kayu.. Walaupun penat sudah mula melanda diri ini tetapi rasa terhibur jugaklah dengan suasana disitu.. happening dan meriah, sayangnya takde makanan halal.. minum kopi espresso jelah, untuk hilangkan ngantuk.
 "On the bike" ketua rombongan Cik Kiah yang dikenali dengan nama manjanya Tasya (Jangan pandang pada nama, dia lelaki gagah pekasa okey!!!).. Kelam kelibutlah hakuuu.. masa tulah baru nak ke tandas.. Vrooommmm.. perjalanan di teruskan menghala ke Kamphaeng Phet, jalannya straight je cuaca macam panas kering, langit tiada awan, macam nak hujan tapi tak hujan.. pokok2 ditepian jalan semuanya kekeringan, agaknya dah lama tak hujan kot.. syok juga melihat pemandangan menarik sepanjang jalan tapi sayang sbb tak dapat keluar camera, kalau snap gambar moto depan masa nih memang cantik, awan biru, kiri kanan pokok kekeringan, tanah rata ada sedikit bukit di kiri dan kanan.. Bilakah agaknya dapat lalu jalan nih lagi.. Adakah aku sanggup melalui nya lagi?? Emmppp kena 10 kali fikir..
Setiap kali berhenti isi minyak, macam-macam ragam dapat lihat, ada yang sebuk meng update status FB (haku lah tu), ada yang sebuk tangkap gambar (haku jugak lah), ada yang dok tanggal seluar (not meeee).. muahahahaha. Cuba lihat gambar di sebelah, suami sapalah yang tanggal seluar tu yekkk..
Kitorang sampai di Tak (salah satu nama tempat di Thailand) sudah hampir jam 3 ptg, masa tu tayar sudah bergolek sejauh plus minus 600km, thats mean ada lagi hampir 300km lagi untuk nyampai ke Mea Saring. adoyaii jauhnya lagi... Perut pun lapar tak jumpa lagi nasi.. minum air dan makan buah sahaja sepanjang perjalanan.. (ku sangka berat ku turun 5kg dikala itu.. hahaha).Ada juga yang mengambil kesempatan tidur.. Hishhh boleh ke tidor tu?? ke ataupun memikiri bagaimanakah perjalanan balik nanti..Haaaaa!! belum sampai ke destinasi dah pikir camana nak balik?? hahahah. itulah sebenarnya yg bermain di dalam pikiranku... Agak lama jugak kami beristirehat disitu.. sambil tu ketua rombongan bz men"study" peta kalau terjumpa jalan shot cut ke Mea Sariang. Kitoran nekad kalau dah lewat petang tidur sahaja di mana2, tidak berani nak teruskan ke Mea Sariang sebab jalannya jika di zoom dalam google macam ular kena palu.. Hishhh tak beranilah nak jalan waktu malam sbb kita tak tahu condition jalan tersebut.. Ketua rombongan lebih utamakan keselamatan. Thumbs up to ketua rombongan. Setelah hampir 45 minit rehat, kami teruskan perjalanan, tak sampai 10 minit tiba2 terjumpa kedai makan muslim.. Ya Allah syukran syukran!! semuanya kelaparan.. Bantai jelah apa yang ada..
Dari penduduk tempatan kami diberitahu dari Tak ke Mai Sariang perjalanan ambil masa 3 jam. Mak aii, lamanya, jam dah  pukul 5 ptg. Kami teruskan perjalanan setakat mana yang mampu.
Nampak sangat semuanya dah tak larat, baru tayar golek dalam 80km dah berhenti semula.. masing2 muka dah macam belacan, tempoyak, cencalok, budu.. ikut negeri masing2lah. saya dan suami kompemlah macam tempoyak..hehehe. Tengok gambar sebelah ni nampak sangat penatnya, nuuun di belakang tu pulak cik lala sedang sebuk mencari hotel di Lamphang dengan samsung galaxy tab.. kami pulak sedang bz meng"snap" gambar sendiri.. Idok le reti nak nolong cari yek.. Heheheheh... Akhirnya kata sepakat semua setuju tidur bandar yang terdekat, iaitu Lamphong lebih kurang 120km dari tempat kami istirehan. Hari sudah nak gelap, kami meneruskan perjalanan, kayuh pelan-pelan bak kata orang sekarang.. Akhirnya sampailah kami ke Lamphong.. Fuh lega, bayangkan hari ini tayar golek dari jam 5 pagi sampai jam 7.30 malam.. Jam 8.30 berkumpul semula di lobi hotel utk menjamu selera dengan menaiki tut-tut, kos tut-tut 100bat per couple dan mereka tunggu sampai habis makan.
Tapi kedai makan tu taklah jauh mana pun dari hotel.. Di kedai tu ada kanak2 mukanya sebijik macam muka Imam (lihat gambar bawah).. 
Kena "ngusik" aje Imam malam tu dek PakWan dan AbgMat. Kak Rahmah senyummm jee..
Makanan di sini semuanya sedap. Melo aisnya terbaik. Nasi goreng & tomyam pun sedap, mee sup pun sedap jugak.. Pancake banana + gula + susu pekat manis pilihan saya, takcukup tambah pulak pankcake banana + melo, confirm berat naik 2 kg. Malam tu berselera sungguh.. semua pinggan licin.
 Perut dah kenyang jom balikk.. last sekali balik Tasya&Lala dan Safri&Sue.. Disebabkan tut-tut Tasya&Lala sangat kecil dibandingkan mereka yang gagah pekasa, susah jugaklah mereka nak adjust kedudukan supaya boleh sumbat mereka berdua di dlm tut-tut. Bayangkan tempat duduk tut-tut mereka sebesar mainan kanak2 dishopping komplek (alaaa... yang masuk duit, pastu ia begerak sambil main lagu doremon ker, barny ker..) Kami gelak ngekek2, sampai sakit perut kah kah kah.. dengan baik hati dan rasa tulus ikhlas, saya & suami volunteer tukar tut-tut.. Selepas Tasya&Lala pergi bersama tutut kami tadi, nak di jadikan cerita tutu yg di tukar tadi x boleh start.. Ah sudah.. hanya tinggal kami berdua sahaja.. nak balik hotel tak tahu, nama hotel pun tak hingat... Kesian pulak tengok driver tutu tersebut (perempuan).. bila dah boleh start baru jalan sekejap tiba2 rantainya pulak terjatuh... Rasa nak tergelak pun ada, rasa simpati pun ada, rasa takut pun ada.. heheheh. Dipendekkan cerita kami balik hotel jalan kaki je.. Ohhh! dekat je rupanya... Moral of the stori, lain kali jangan ketawakan orang. Sampai je bilik, apa lagi mau buat, badan penat perut kenyang.. titon ZzzZZZZzZZZZzZZ

Tunggu sambungan Day 4 perjalanan ke thousand corner.. tunggguuuuuuu!!!!


Mawar Putih
20 Feb 2012







Sunday, 19 February 2012

Thousand Corner : Day 1 & Day 2

Sebut je "Thousand Corner", semua bikers mesti tahu.. ada yang tak tahu?? hisshhh mana mungkin. Thousand corner tu terletak di utara Thailand.


Mission kali ini untuk menggolekkan tayar di thousand corner bersama pillion dan menjejakkan kaki di Laos & Myanmar.
Kata orang tidak sesuai bawak pillion memandangkan corner yang sangat mencabar. So kitorang yakin bersama pillion bukanlah masalah sebenar. (saya sangat setuju, kalau tak compem ai kena tinggal.. hoho) Semangat dan kecekapan rider serta keizinan Allah perjalanan bersama pillion pasti boleh.. yeaahh malaysia bolehh!!
perjalanan mengambil masa 10 hari bermula dari 3 feb 2012 sehingga 12 feb 2012. Perjalanan pergi balik lebih kurang 5000km. Confirm balik je moto kena services.

Perjalanan kali ini bersama 5 bijik motor. Hayabusa, 2 GTR, Kawa Z1000SX, Kawa Z750.
                               Suzuki Hayabusa                         Kawasaki Z1000SX
                                  Tasya&Lala                             Imam&KakRahmah
                           Kawasaki GTR                                   Kawasaki Z750
                           PakWan&KakIda                                AbgMat&KakAni
Kawasaki GTR-Safri&Sue
Day 1 : 3 Feb 2012 
Perjalanan dari KL - Hat Yai. 537km.
Tayar golek bermula dari R&R Rawang jam 1.00am bersama 4 biji moto sahaja, sebijik lagi moto akan bertolak pada hari esok. Sebelum memulakan perjalanan, salah sorang kami panggil Imam, akan membacakan doa supaya perjalanan ini selamat pergi dan balik, Ameennn... Perjalanan dipagi hari yang sangat santai dengan kelajuan average 160km. Segarnya angin sepoi2 di pagi hari.. Seperti biasa check point di Simpang Pulai untuk isi minyak dan perjalanan di teruskan.. mata saya sangat pengantuk, mungkin sbb di siang harinya sangat bz menyiapkan kerja opis yg akan di tinggalkan lama.. (thanks yee opismate yang mengambil alih tugas saya... heheh). Next check pont Juru dan terus cari kedai makan sbb ramai jugak yg mengantuk rupanya..

Sebelum sampai  Changloon kami ditahan JPJ, abang JPJ siap interbiu suami kerja apa, berapa rege moto, tak sakit pinggang ker.. Hishhhh abang JPJ nih, kaget ai taww... Jam 6 am berenti solat subuh dekat Changloon. Dapatlah juga saya melelapkan mata setengah jam di tepian longkang.. ahaks!!
Selesai proses insuran di Changloon terus ke Imigresen Malaysia dan masuk sempadan Thailand. Di imigrasen Thailand ada problem pulaaaak.. jeng jeng jengggg..
geran moto safri&sue (ahakss tuan tanahh..) takde copy di sebelah belakang rupanya.. mengambil masa juga untuk meyakinkan imigresen siam, saya redho je, kalau x dapat masuk siam, balik jelah KL, huhu.. Tapi lastnya dapat juga masuk siam dengan warning dan muka masam imigresen siam tu.. (datang bulan kot dia... hahahahak)
Sampai Hatyai terus breakfast berat, nasi goreng sotong + tomyam terbaekkkk, takde gambar nanti korang terliorr.. Check in hotel kos 500bat sahaja.. Sampai hotel terus cari bantal peluk.. babai nak titon.. Jam 4 petang baru bangun dan semua kelaparan.. Jom makan lagii.. Di Hatyai adalah hari utk kitorang huhu-haha-hihi sebelum melalui perjalanan jauh. Kita enjoooyyy duluu!!

Day 2 : 4 Feb 2012 
Perjalanan dari Hat Yai - Cha Am 775km. (Total : 1,312km)
Sementara tunggu AbgMat&KakAni titon yang baru sampai ke Hatyai, kitorang pusing2 di Hatyai sambil menghirup udara pagi Hatyai,
lihatlah aksi2 mereka bila merempet di Hatyai.. tapi gambar tuantanah kena snap sendiri di side mirror.. hehehe sian kiter.
Imam & Kak Rahmah segak bergaya tapi spoiled lah Kak Rahmah pakai selipa jepun.. hehe
Tasya & Lala atas tip top safety terjamin, bawah.. hancur. Kata mereka "moto untuk ke pasar je.."
Pak Wan & Kak Ida, loving couple.. steady je couple nih
Safri & Sue syok sendiri, sbb tu tangkap gambar sendiri

Kami bertolak ke Cha Am jam 1.00pm, seperti biasa Imam akan membaca doa.. Dari Hatyai akan melalui Nakhon Si Thammarat, Surat Thani, Chumphon, Prachuap Khiri Khan & Phetchaburi.. tergeliat lidah nak sebut mulanya, tapi bila dah banyak kali dok baca di sign board, rasa syok pula nak nyebutnya lagi.. 
Dibawah ni salah satu stesyen minyak yang kitorang berenti rehat sambil makan bua2an.
Kami meneruskan perjalanan dengan semangat yang membuak2 huhu..Sebelum sampai Chumphon jalan rayanya tak rata, melompat2 sukar di elak dan tak boleh speed laju.. Pillion asyik kena betulkan kedudukan.. kesian rider ai.. takpe nanti ai kecikkan skit badan yekk.. Sampai Chumphon jam 7pm, berhenti makan dan solat. Banyak gerai muslim disitu, sup dagingnya ummppp!! sangat sedap. Yang istimewanya disini, diatas meja disediakan berbagai2 jenis ulam-ulaman dan air kosong.. (cari punya cari takde le pulak pic ulam2an.. rasa mcm ada snap gambar). dan yang pentingnya ianya Freeee!! 
Selepas solat magrib jamak, kami meneruskan perjalanan ke Cha Am.. Rupanya jauh sungguh Cha Am nih.. jam 12 malam baru sampai Cha Am.. Banyak hotel full. Kesian Lala yang kehulu ke hilir tanya hotel.. Last2 dapat jugaklah kami bermalam di hotel dengan kos cuma 500bath (kalau x silap). Masuk je bilik terus titon, jangan tunggu2 lagi esok tayar golek jam 5 pagi.. Babai good night. ZZzzzzzzZzzzz


tunggu episod seterusnya.. pengembaraan yg semakin mencabar di jalan lurus.. jeng jeng jenggg..
Babai..


            Mawar putih
-akulah pembonceng tegar-
           19 Feb 2012