Friday, 2 March 2012

Thousand Corner : Day 6 & Day 7


Day 6 : 8 Feb 2011

Perjalanan dari Pai - Chiang Mai 120km. (Total : 2,682km) 
Ya Allah sejuk nya pagi di Pai, water halter dah pasang maximum, dah berasap, tapi rasa sejuk tetap  terasa. Kat moto menunjukkan suhu 10c, sejuk kann?? Cakap pun kuar asapp.. (mulalah jakun masa tuh..) Kami breakfast di gerai yang sama, makan bubur nasi.. bubur nasi tu berasapp.. tapi bila makan takde rasa panas pun... sedap, memang sedap. Kat situ juga ada juai Chakoi, tapi takde sos, juga sedapp. Penduduk Pai nih macam China tibet, lawa2 dan hensem2..
Tayar golek bermula jam 9.30 pagi. Kami melayan corner untuk kali terakhir, entah bilalah agaknya kami dapat datang sini lagi.. Insyaallah kalau umur panjang nak datang Pai lagi.. 
Kami sampai Chiang Mai dalam jam 12, terus chekin hotel. dalam jam 2.00 berkumpul di lobi hotel, pergi lunch naik tut-tut. kami makan di kawasan masjid yang sama ketika kami mula sampai di Chiang Mai 2 hari sudah.. Petang tu jalan2 kaki di tepian hotel, tetiba terjumpa Petronas.. bila pandang Petronas rasa macam kat Malaysia le pulak... Uwaaaa rindunya nak balikk..
Malam kami jalan2 di night market, wahhh sangat menariklah.. rasa macam kena datang lagilah tapi bukan dengan motor.. hehehe. Massage kat sini sangat murah, 80bat utk setengah jam, 150bat untuk sejam. Malaysia boleh dapat?? dia punya urut, lebih sedap compare dgn Hatyai.. sangat puas hati.. Itupun kami tak habis jalan.. sebab badan dah penat..


Day 7 : 9 Feb 2011
Perjalanan dari Chiang Mai - Mae Sai (Laos) - Tachileik (Myanmar) 300++km. (Total : 2,682km) 
Perjalanan kali ini naik van.. hahak.. kasi moto rest le plak braderr.. sian moto, hari2 berjalan.. hari ni duduk diam2 rest cukup2 yekk.. esok kite nak balik dahhh..
Sesudah subuh kami berangkat ke Chiang Rai, hingat dekat je rupanya jauhhhh... di perjalanan kami singgah di kolam air panas.. sekejap je, tangkap2 gambar lepas tu blahh. nak kejar masa.
Kami sampai di Mae Sai atau dikenali golden triangle dalam jam 1.30. Ketua rombongan cik kiah berurusan untuk membeli tiket boat, masa nih tak sempat dah nak toleh2 cuci mata.. masa sangat terhad.. 
Terus menaiki boat di maekhong river.. dapat le lihat di sini Thailand, di sana Myanmar dan disitu Laos.. Kami masuk Laos, nama tempat tu Don Sao. Kami di sambut oleh kanak2 meminta sedekah.. kesian benor bunyi suaranya bila minta duit, mendayu-dayu..
Di situ dalah beberapa gerai jualan, tapi sangat tidak menarik, barang jualannya sama mcm petaling street je.. Kami tak lama pun disini tak sampai setengah jam puunn..
Lepas tu naik semula boat, kembali ke pangkal jalan... Kami menaiki van ke sempadan Myanmar, lebih kurang setengah jam perjalanan sahaja, nama tempat tuh Tachileik. Myanmar nih agak kotor skit.. dan bila berjalan kat situ rasa scary je.. Tangan saya sentiasa pegang bag kuat-kuat.. Disini banyak gerai2 jualan tapi barang2nya sama je mcm kat petaling street jugak, tak menarik bagi pandangan saya..  Kami masuk Myanmar dalam jam 3 petang, lunch belum lagi, tengah mencari2 kedai makan, tiba ada penjaja jalanan bagi salam, nak jual cincin, batu permata.. Tasya teruas tanya "muslim food??". Kami di bawa ke kedai makan.. Alhamdulillah nasib baik di restoran tu boleh cakap melayu.. makan nasi byiani, taklah sedap sangat, tapi bolehlah lapik perut yg lapar nih.. abis je makan, baru nak menjamu mata, driver van telepon.. kami kena segera sbb kesuntukan masa.. Maknanya kami masuk ke Myanmar semata2 utk makan nasi briana saje.. muahahahahahah.... next time kita datang lagi sini yekk... 
Kami meneruskan perjalanan ke perkampungan kaum Kayan atau di kenali dgn Long Neck. Jauhnye tempat tuh...., bertolak dari Tachileik jam 4 setengah sampai perkampungan kaum Kayan dekat jam 6 setengah. Kaum Kayan adalah pelarian Myanmar, mereka tidak diiktirafkan oleh kerajaan Thailand, tetapi kerajaan Thailand menggunakan mereka sebagai satu sumber pelancongan.. Kebanyakan perkampungan mereka ini di bena oleh kerajaan Thailand sebagai sumber tarikan pelancong.. kena bayar taw nak masuk sini.. bukan free.. mahal jugak, 500bat.. barangan yang jual disini jugak agak mahal.. 
 On the way balik ke Chiang Mai kami dibawa lalu FANG. Fang adalah tanah tertinggi di Thailand. Jalan nya macam thousand corner jugak.. scary nya lalu malam2 gelap gulita dgn jalan yg banyak curves.. Ya Allah selamatkan perjalanan kami ini.. Kami sampai di Chiang Mai hampir jam 10 malam, terus ke night market, makan dan balik terus tidor.. penatnyeee....





               Mawar Putih
*aku yang malas dah nak menulis*
                    3/3/12





Tuesday, 28 February 2012

Thousand Corner : Day 5

Day 5 : 7 Feb 2011
Perjalanan dari Pai - Mae Hong Soni  - Pai 240km. (Total : 2,562km) 

Sejuknya pagi di Pai. Rasa macam tak mau mandi pagi. Jam 8.30 kami dah berkumpul di bawah guess house. Pada mulanya plan nak terus check out, tapi bila dok fikir tak puas menikmati malam dingin di Pai so planning akan bermalam lagi di sini. bermakna moto yang bertong telah di kosongkan, senang skitlah kot nak bawak, taklah berat sangat. kannn?? Sebelum bertolak kami breakfast dulu.. bubur nasi, sedapp. Lepas semua dah isi perut.. tiba2, alamak sakit perut daaa... nak kena cari mr.J. so kami semua balik semula ke guest house.. rebut2 masuk toilet ahahahahak. Hampir jam 10 baru kami bersedia untuk bertolak ke Mae Hong Son, dah pakai helmet, sarung tangan dah duduk atas moto, enjin moto pun start.. tiba2 moto Pak wan tak boleh start sbb kunci bateri nya weak. Ah sudah!! kelam kelibutlah Pakwan cari bateri di seven eleven tapi x sama.. Nasib baik masa tu ada yg teringat pengalaman kawan lain yg pernah mengalami masalah yang sama, start moto GTR pakai manual.. Alhamdulillah motor PakWan dapat start.. Syukur Alhamdulillah!! 
Perjalanan kami ke Mae Hong Son pun bermulalah... jeng jeng jenggg... Perjalanan memang mencabar dari segi cornering, Kami menggunakan walkie talkie untuk beri info kepada motor di belakang. Ianya sgt penting untuk komunikasi antara kami, Lala ditugaskan utk memberi info pada motor di belakang, dah mcm operator lalu lintas le pulak, antara kata2nya yang selalu di lontarkan ketika itu "boleh makan jalan, jalan clear jalan clear" ,  "Ada corner tajam di hadapan, slow down" , "ada kenderaan 4WD color hitam di hadapan" (siap sebut color kereta tu yg haku nak gelak tuh) , "Okey lepas kereta blablabla boleh makan jalan, clear, clear".. Wah memang jelas dan perjalanan kami jadi lancar.. Tapi yang paling best sekali "ada lembu di hadapan, eehh silap.. oranglah, bukan lembu." muahahahahaha.. orang dgn lembu pun dah confuse. Di pertengahan jalan kami berhenti untuk melihat permandangan yang menarik sambil menjamu mata dan membasahkan tekak. Sambil2 tu di hiburkan oleh makcik main seruling.. hihihi kelakarlah makcik nih dah macam jatuh dlm tepung je muka dia.. kalaulah terjumpa malam2 mcm nih mahu haku ingat hantu.. hikhikhik
Perjalanan Pai Ke Mae Hong Son hanya 120km je tetapi di sebabkan jalannya yang tiada jalan lurus, kami mengambil masa hampir 2 jam setengah untuk sampai di Mae Hong Song. 

Lihatlah gambar di sebelah ni.. inilah jalan yang akan kami lalui nanti.. Wah!! hati mula rasa teruja.. hip hip horeyy.. Dalam perjalanan ini, ada juga moto kapcai yang di tunggang mat saleh, hishhh berani sungguh dorang yek, takde safety suit, takde fullface helmet, kalau jadi apa2 kan susah. Jam 12 kami sampai di Mae Hong Son, kami berhenti di pintu gerbang Mae Hong Son. Seronoknya rasa masa tu.. apa lagi bergambarlahhh.. Lihatlah aksi kegembiraan kami semua.. Ada yang baring santai, terduduk, menonggeng, aiiikk!! sujud syukur pun ada..Sumpah memang seronok trip ini.
Dah puas bergambar?? jom kita terus mencari "pejabat daerah" Mae Hong Son (apa ntah nama opis tu.. hentam ajelah "pejabat daerah') land mark nya berhampiran dgn post office.. terletak di sebelah kiri post office. Kat bawah ni gambar motor kami di hadapan "pejabat daerah" Mae Hong Son tempat untuk mengambil sijil. 5 bijik moto yg telah berjaya mengharungi 1864 corner.. Pwiiuutt!! rasa bangga doww.. Rasa macam dapat anugerah dekan atau dapat PHD le pulak.. muahahaha

Yang paling best sekali rupanya sijil tu beli je.. dengan harga 20bat.. murah gila, macam x de value je.. hishhh jauh2 datang kalau jual sijil tu 500bat pun haku sanggup beli, nikan pulak 20bat je.. mamak kasi 10 keping (mcm order roti canai  hahaha).. Pendapat saya hamba yg hina ini, bukanlah sijil tu yg di kejar tetapi pengalaman melalui 1864 curves itulah yang amat penting.. Kami telah membuktikan perjalanan ke thousand corner bersama pillion bukanlah satu masalah, yang penting rider cukup bersedia dan berpengalaman mengendalikan moto. Pillion juga memainkan peranan yang penting. tugas saya masa tu memastikan moto di belakang ada, jika moto di belakang tiada, kami akan memperlahankan moto supaya antara kami tidak terputus. 
Moto depan tak boleh terlalu laju meninggalkan moto belakang, sbb kalau apa2 berlaku pada moto di belakang tiada sapa yg tahu. Kerjasama seperti itulah yang amat penting di kala itu. Thumbs up to our rider, Tasya, Imam, AbgMat, PakWan & My Darling..
Dah dapat sijil, terlaksana sudah impian kami.. barulah terasa lapar, mana taknye pagi tadi makan bubur nasi je.. Misi mencari masjid bermula, nasib baik nak cari masjid senang jumpa, nama masjid tu Nuruth Taqwa. Sebelah pintu gerbang masjid ada kedai makan muslim.. apa lagi terus serbu kedai makan.. heheheh. Dah kenyang baru sembahyang, air di masjid sangaaattttt lah sejuk, mcm ais batu.. tak dapatlah nak dibayangkan pd malam hari, mesti lagi sejuk.

Di dinding kedai makan tu ada "jalan-jalan cari makan". Waahhh!! "Jalan-jalan cari makan" dah sampai sini.. Apa lagi kami pun tinggalkan jejak kami disini, tampal sticker kami di bawah "jalan-jalan cari makan".. heheheh. 
Lepas makan sesi mencari tshirt pulak, alamakkk tak banyak sangat pilihan lah.. tapi tshirt nya lebih qualiti dan agak mahal skit dari Pai. Dalam jam 4 kami bertolak balik semula ke Pai.. Alhamdulilah perjalanan kami lancar. Singgah sebentar di tempat kami singgah pagi tadi.. alahai makcik tadi dah hilang bedaknya.. hehehe, suka sungguh makcik tu bila jumpa kami lagi.. mana taknya abis semua duit syiling siam kami sedekat kat makcik tu.. sian pulak tengok yekk!! Kami sampai di Pai jam 6.30 petang, Alhamdulillah.... Jam 8 malam lepas magrib kami keluar makan dan shopping shopping, yuhuuuuu i like..
Yang paling saya suka di night markit disini ialah jagung rebus.. sedap giler.. rasa lemak, masin semua cukup, tak sama macam KL.. Tea tarik dekat pintu masjid pun sedap..
Malam tu lepas balik kami lepak di guess house, postmortem meeting aktiviti siang tadi.. macam2 cerita keluar, semua ketawa ngekek-ngekek.. Ada juga yang sambung makan malam tuh.. makan meggi, hehehehe..
sebelum tidur dah siap2 packing bag esok nak ke Chiang Mai.. Jomm tidorrrr... Ahhh! masa ni terasa rindunya pada anak-anak.. dalam selimut menitis juga air mata.. uwaaaaa, tak sabarnye nak balik.. i miss you all bebehh.







                            Mawar Putih
*aku yang merindui mu (along,angah,abgcik,syasya)*
                            28 Feb 2012