Thursday, 18 October 2012

PART 2 - Thousand Corner : Chiang Mai - Pai

Day 2 (30 September 2012) - Chiang Mai - Pai 


Good Morning Chiang Mai.. Jam 8.30 waktu meleysia kami berkumpul di lobby hotel dan berjalan kaki ke masjid Hidayatul Islam atau juga dikenali Ban Haw. Jarak berjalan kaki dari hotel ke masjid tak sampai 5 minit.





















Wah sejibik macam pelancong, siap jalan bukak map tu, ehhh memang pelancong pun kan.... heheh. kalau pasal berlakon tuk bergambar dorang ni mmg no 1. tu yang x kering gusi bila berjalan besama.. 
 Taraaa.. tak sempat peluh ketiak, dah sampai masjid Hidayatul Islam.
Persekitaran masjid tu banyak kedai2 muslim. Kami breakfast disitu, makanannya so so je, mee sup mcm x boleh nak masuk, mungkin kami punya expectation tinggi kot. Tapi popia gorengnya mmg sedap, pastu order pulak roti pisang + natela, sedapnyee.
Selepas makan yang lelaki pergi cari moto, kami yang fonfuan pulak menjamu mata di kedai yang baru nak bukak. dapat le jugak kami sambaq beberapa shawl yang di kabarkan harga di KL mencecah 50-80 hinggit, mahalnya rege di KL. nama kedai tu ISABELLA.. kelas kau maria.

Tengah syok2 memilih shawl, dapat panggilan walkie talkie suh kami balik dan ready to go to Pai. Cepat betoi le pulak dorang mencari moto, apasal tak lama2 pilih moto.. bergegas lah kami fonfuan2 ni balik ke hotel, berlari mcm kena hambat dek anjing.. Hhaaa begitu ta'at nye kami nih.. kiuk kiuk kiuk.. Balik hotel packing barang yg hendak di bawa sahaja, balancenya tinggal di hotel. 
Tak sampai sejam kami dah ready dengan suit moto. TARAAA... piweett.
Bersama 3 bijik ER6 dan sebijik Honda CRF250 yang di sewa dengan harga 1200baht sehari. Kira okeylah tu, tapi kena deposit 10,000baht. Korang boleh refer page kat bawah ni kalau nak sewa motor di sana.
http://www.chiangmai-motorcycle-rental.com/
http://www.gt-rider.com/motorcycles-in-thailand/renting-big-bikes-in-thailand

Zul & Zack bersama moto Honda CRF250
Safri & Sue besama moto Kawasaki ER6 merah
KJ & Sona bersama moto Kawasaki ER6 hitam
Sham & Izan bersama ER6 itam

Sebelum bertolak, bacaan doa oleh imam muda kita Ostad Nie. Korang kenal sapa Ostad Nie.. Nie tu nama manjanye.. manja-manja gituu.
Kami bertolak lebih kurang jam 11.30, jarak dari hotel ke Pai berdasarkan pakcik google adalah lebih kurang 130km++. Lead oleh otai kiter Abang Zul. Dibawah ni permulaan jalan selepas masuk jalan 1095.
Di tepian jalan dah tulis besar2 "SHARP CURVE".. hati hati ye cik abang semua.. Jangan bawak laju-laju ingat anak2 di rumah, ingat Lyana, Nabeel, Fikri, Fahim, Denial, Syamira, Sarah, Hakim, Syimir,Syafiq, Sirhan, Syasya.. Fuhh banyaknye anak2 kite..
 Kami berhenti di satu tempat, coffie break kononnye.. tempat ni cantik ala-ala English style. Nama tempat ni  Le Vintage
Agak lama jugaklah kami di sini, makan kek brownie, cheese kek, muffin, semuanya sedap2, (tiba2 je beratku naik 2 kilo disini). sebelum berangkat, kiter snap dulu gambar.. Hokeyy Jom kiter vrooomm. tak sabar nak sampai Pai yang sejukk tuu..
 Condition jalan agak teruk. Banyak jalan yang pecah dan ada tanah runtuh.
Ginilah rupa jalan nya.. 
Yuhuuu dah sampai Pai, belok kiri, belok kiri.. esok baru kita pergi straight, Mae Hong Son.
Inilah dia bandar Pai yang dikenali sebagai tempat penemuan cinta. 
 Kami sewa resort "The River of Love", 500baht satu malam. ini harga low season, kalau high season harganya mencecah double atau triple. 
 Lepas dapat kunci kami merehatkan badan seketika. Jam 5 ptg berjalan kaki ke night market. Menuju ke kedai makan. Tak lunch lagi, tadi makan kek je.. perut melayu nak kena nasi jugak.
 Yang paling best dikedai nih sticky mango. MasyaAllah sangat sedap. cukup masin, lemak.. mabeless, melelehhh, terbaeekkk.
 Lepas makan jalan2 cuci mata. Barulah ku tahu rupanya bila musim low season nite marketnya tak meriah, tak happening. Dan jugak cuacanya tak sejuk.. 
dibawah ni penjual air, namanya Iskandar, berumur 16 tahun, kelakar sangat. aksesori di badannya yg menarik perhatian kami..  Lama jugaklah kami duduk2 di kedai nih sambil gelak ketawa dgn gelagat Iskandar. Ais lemon tea nya sedap, tea tarinya pun sedap, kiranya semua nyalah sedap.

Iskandar denagn topi 
Iskandar dah tukar pakai tanduk kerbau dan rambut palsu nye.. heheh
 Kami aje dah memenuhi gerai air Iskandar.
Hampir jam 12 malam kami balik ke hotel. On the way balik tu sempat jugak bergambar di sign board di simpang empat di nite market.
 Heppp! comelnya kome berdua ni yek.. nak kiss kiss pulak.
  
 Berganding tangan bersama,
 
Hamboii.. romentik nya, melutut abang kita nih
Love.. love you.
 Ini posman, sedang beraksi bersama pos box di Pai.. hehehe 
 Ini gambar di depan Resort, wahh macam model lebihan usia..
 Cuba tengok aksi couple kanan tu.. kelas kau zakiah!! hehehe
Malam tu tidor lena sangat, malam di Pai tak lah sejuk tidor boleh lah bukak aircon. So kalau you all nak ke Pai pergilah masa musim sejuk.. musim sejuk di pai dalam bulan Dec, Jan, Feb. Masa tu Pai mmg happening,  hotel, motel, resort selalu full. boleh refer web page ni.
http://www.holidaycheck.com/climate-wetter_Pai-ebene_oid-id_27580.html



Hokey.. sambung lagi nanti..



Mawar Putih.

Ada sesuati yg menyentuh hati & jiwaku.. sememangnya Allah jadikan setiap pasangan itu utk merasa dan di rasai. Rasa gembira, sedih, cemas, gelisah.. semua perasaan itu yang akan memantangkan kita dalam setiap hubungan.


*thanks atas sumbangan gambar2 dari kawan2.

Monday, 8 October 2012

Part 1 - Thousand corner : KL - Chiang Mai in one Day

Day 1 (29 Sept 2012) - KL-Chiang Mai - Chiang Rai - Mae Sai - Golden Triangle - Chiang Mai

Kami 4 couple telah merancang perjalanan ini sejak sekian lama, dari bulan March lagi. Kami terdiri dari Sham & Izan , Safri & Sue , KJ & Sona , Zul & Zack

Kami merancang untuk mengira corner di Thousand Corner, hehehehe Acah je. Kami yang happy-go-lucky memulakan perjalanan denga Air Asia (malu wooo kalau bikers lain tahu.. hehehe) ke Chiang Mai Thailand.. jalan pintas untuk ke Thousand Corner. Tak sanggup dah weh nak lalu segenting kera lagi.. Tobat. 
Flight jam 6.55 am. Subuh2 lagi dah sampai LCCT. Agak kelam kabut juga masa nak check in barang sbb helmet tak boleh hand luggage, ada yg sumbat-sumbat helmet dalam bag, ada yang rapping helmet, tapi Abg Zul & Zack selamba je bawak helmet, tak kena tahan pun dengan kastam. Jampi apa yg dorang pakai nih.. Hebatt.




Sesampai je di Chiang Mai jam 8.40 am waktu Siam. Kami di sambut oleh Hub Travel, tour agent yang akan membawa kami terus ke Golden Triangle. Di beritahu perjalanan mengambil masa 3-4 jam. Mak aii. lamanye.. good time utk tidorlah sbb mlm tadi x cukup tidor. 

 Tengok bagasi kami.. Wow! kome nak duduk sini sebulan ker??
Kami menaiki van yang sangat sangat selesa. (sbb diriku & suamiku dapat duduk belakang sekali, berdua-duan tanpa gangguan. boleh tidor baring wa cakap luu..)

 Dalam perjalanan singgah sebentar di Hot Spring di Chiang Rai. Pancutan air panasnya sangat tinggi. Kat sini banyak jual barang2 silver. Cantik2 jugak.

Kami tak lama pun disini, sbb nak kejar masa. Tapi bergambar sakan dengan berbagai2 aksi tu sempat jugak.. heheheh
Hamboi-hamboi hakak kita ni, bukan main posing nye yek.
Cik abang dengan gaya macho & keunggulan

Kat bawah ni gambar Kak Izan & Abg Sham dan KJ & Sona.
 
Yang bawah ni pulak AbgZul & Zack dan suamiku & diriku
 Olalaaa.. dah puas bergambar, jom kita teruskan perjalanan ke Mae Sai & Golden Triangle. 

Se sampai je Mae Sai, terus cari kedai makan muslim, lapar gile. Kami sampai Mae Sai jam 1.30 pm waktu siam bermakna jam 2.30 pm waktu meleysia.

Kami makan nasi goreng seafood dan tomyam. Sedap giler..
Di kedai makan, kami terjumpa gang motosikal dari Malaysia, yang di ketuai oleh Wazi (sorry ye kalau salah ejaan namamu ituw). Kenalan AbgZul dan juga merupakan jiran Kak Izan.. Betapa kecilnye dunia ini.

Mae Sai ini adalah sempadan Thailand & Myanmar. Kami tak cross Myanmar, sebab kesuntukan masa. Di bawah ni gambar pintu sempadan ke Myanmar. Di sebelah Myanmar sana nama tempatnya Tachilek.

 Di Mae Sai kami diberi masa 30 minit utk shopping-mopping. kat bawah ni salah satu kedai yg jual tshirt, harga tshirt dalam 120 baht je.
 Sona sempat juga beli ayam goreng, halal lagi toyiban.

Dari Mae Sai ke Golden Triangle dalam setengah jam. Kat golden triangle kami tak cross Laos. Shopping-mopping je kat situ dan bergambar seperti model.. Perasan model dorang ni semua.. (terutama haku lah tu..)

Gambar bersama pasangan di tugu golden triangle. Macam baru kawin kome ni yek, semuanya peluk2.... heheh
Dah puas bergambar dan bershopping kami ke OPIUM MUSEUM. dekat je jalan kaki je. 
Rupanya penjual tiket kat Opium Museum ni adik Maya Karim.. Hehehe ada ulat bulu naik daunnn lalalalal.. Balik rumah check dia kakIzan.. kasi check pakai scanning machine.. hehehe. Gurau je, jangan marah ye kakakku n abangku.


Dengan membeli tiket masuk kami dapat poskad dan boleh terus pos, ada pos box disitu. Kami yang fonfuan merangkap ibu mithali dengan hati yang tulus iklas lagi suci telah mengirim khabar berita kepada anak2 kami dirumah dengan mengirim poskad... Emm baikkan kami nih.. hoho
Dah settle mengepos kad sambil menitiskan air mata kerinduan (muahahahaha)...  kami pun terus menarik suami2 kami untuk menyelamatkan adik Maya Karim, hak hak hak.. OPIUM ni adalah sejenis dadah yang terhasil dari pokok bunga yang bernama poppy. Inilah pokoknya
  Ini pulak flow pemprosesan dadah Opium. 
Ini cara orang hisap Opium. 
Ini pulak bila dah "high" lepas kena Opium.. muahahaha jgn marah ye abg zul
Apa nie??.. apa yang Zack & Abg Zul cuba lakukan?? Sabar-sabar, jgn di apa2kan Zack. 

Dalam jam 4 petang kami terus bergerak dari golden triangle menuju ke Chiang Mai semula. Hampir jam 8 mlm kami sampai hotel Royal Lanna yang terletak betoi2 di night baza..  Fuyoooo bestnya. badan penat pun terus jadi semangat bila van menyusuri night baza yg menggamit2 diriku.. hati nulariku berkata.. "syurga syurga.." heheheh kaki shopping rupanya haku nih.. Harga bilik 1200baht semalam. Dapat kunci terus naik bilik buat apa yg patut dan turun semula utk dinner.


senyuman minah bawah ni cuba menggambarkan hatinya yg melonjak2 nak ke night bazar.. sabo yeee. kawan2 belum turun lagi.

Kami makan malam di restoran BABYLONIAN, tapi services nya kurang menarik. Tak berapa paham cakap English. kita mintak tomyam bowl besar utk makan 8 orang, dia bagi tomyam bowl kecik layak makan sorang.. So not recommended lah restoran nih. Harga boleh tahan mahalnye. 
Tapi tempat duduk restoran nih bestt.. kami boleh bersila n melunjur kaki.. tapi jaga2 sapa ada cekam, kang ada bauuu .. heheheh
 Lepas makan, apa lagii. Masat time.. 2 jam masat, hambik kau. baru 300baht je.
Abis masat tengok semua gerai dah tutup.. uwaaa. padan muka haku.. Apa lagi terus balik Hotel jelah.. mata pun dah ngantuk sangat. esok kami nak menjelajah ke Pai dengan moto sewa.. Bersantai2 sambil melayan corner.. Besttnya.. Ku bayangkan Pai sejukk.. Honeymoon.. Yeahhh..



Babai. Tunggu sambungan nya yee..

Mawar Putih - "i love you suamiku" (sambil menjeling ke arahnya dan ohh kuatnya abang mendengkor)

9 okt 2012 12:05am



 +