BAHAGIA.. sebutannya juga telah membayangkan serba-serbi nya indah.. Semua orang mahukan bahagia, semua orang mengharapkan BAHAGIA hingga ke akhir hayat.
Apakan sebenarnya BAHAGIA?.. adakah dengan kemewahan, wang ringgit, rumah besar, kereta besar dan pangkat besar?? atau BAHAGIA itu cukup sekadar memiliki sekeping hati yang tenang walau tiada dilimpahi kemewahan wang ringgit, harta dan darjat??
Setiap orang mempunyai penilaian yang sangat berbeza tentang BAHAGIA. Walau apapun penilaian kita tentang BAHAGIA, janganlah sekali-kali kita berBAHAGIA di atas kesedihan dan kedukaan orang lain. Janganlah kita merampas keBAHAGIAan milik orang sesungguhnya keBAHAGIAan di atas kesedihan dan kedukaan orang lain tidak akan berkekalan..
Ada yang berpendapat BAHAGIA itu adalah ketenangan hati, kesucian jiwa dan keikhlasan hati.
Ketenangan hati diperolehi apabila tiada dendam, tiada musuh, tiada sesalan, tiada buruk sangka, tiada kebencian, tiada kerisauan dan sentiasa berfikiran positif pada setiap perkara.
Kesucian jiwa apabila merasa diri ini terlalu kerdil di sisi Allah, sentiasa menginsafi keatas kelemahan diri, bersujud menghadap kiblat dan menitiskan airmata meminta keampunan dan keredhoan Allah swt..
Keikhlasan hati hanya wujud apabila melakukan semua perkara tanpa niat untuk mendapat balasan, tanpa niat untuk bermegah, tanpa niat untuk mendapat sanjungan orang, tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk, hanya ikhlas yang datang dari lubuk hati yang suci.
Adakah semua sifat2 di atas ada di dalam diri kita? Dapatkah kita laksanakan sifat2 tersebut dengan sempurna dan ikhlas? Mampukah kita? Jika tidak bermakna tidak sempurnalah BAHAGIA yang dimiliki kini. Pada bila-bila masa sahaja BAHAGIA itu akan bertukar menjadi derita, sengsara, sedih, sepi, sunyi dan ditemani airmata....
MawarPutih
2 Dis 2011
No comments:
Post a Comment