OK.. Jom kita lihat kedudukan Koh Lipe di google map, yang bertanda "B" tulah Koh Lipe... Koh Lipe terletak lebih kurang 30km dari Pulau Langkawi, Tak jauh puunnn..
http://www.kohlipethailand.com/ferry_times_langkawi.php
http://www.langkawi-online.com/pages/getting-here/ferry_to_lipe.php
http://www.telagaharbour.com/Lipeshuttle.html
Perjalanan melalui Wang Klian Perlis-Sempadan Thailand-Satun-Pak Bara taklah jauh sangat, dari Sempadan ke Pak Bara lebih kurang 1jam setengah. Dari Pak Bara kena naik speed boat ke Koh Lipe. Harga boat lebih kurang 80B bermakna dalamg RM80. Perjalanan speed boat dari Pak Bara ke Koh Lipe lebih kurang 1 ke 2 jam.. Depends pada kehandalan driver boat tersebut.. ada yang bawak laju dan ada yang bawak kurang laju.. siapa yang mabuk laut uwek-uwek disarankan makanlah ubat mabuk..
Immigration di Satun Thailand Speed Boat
Di Koh Lipe ada banyak resort dan harganya sangat murah masa low season, dan harga double masa high season. Banyak pilihan resort di sana dengan harga yg berpatutan. Mountain Resort terletak di atas bukit, permadangan laut sangat cantik. Memang best tetapi agak jauh dari walking street.. kena naik buggy.. maknanya jauh sikit dari Halal food.
Dibawah nie pulak resort Bung Roon, terletak di belakang restoran Bung Roon, Halal food, dekat dengan walking street dan senang nak makan. Tetapi biliknya terhad, hanya ada 7sahaja.
Ada banyak lagi resort yang berdekatan dgn walking street diantaranya, bundhaya resort http://www.bundhayaresort.com/
Masa low season pulau tu langsung tak happening, banyak kedai2 di "walking street" tutup.. tempat tu macam mati je.. Restoran BUNG ROON halal food tetap beroperasi masa low season.. Masa high season banyak kedai bukak dan ada beberapa pilihan utk makanan muslim so taklah jemu asik makan kat BUNG ROON je.. Harga makanan di sini memang agak sedikit mahal..
Restoran BungRoon diwaktu siang dan di waktu malam
Walking Street
Kalau nak tahu lagi tentang keadaan sebenar di walking street tinjaulah blog & youtube di bawah ni..
Pengangkutan di Koh Lipe hanya moto sahaja, tak de sebijik keretapun... Jalan raya pun tak de. Sebab tulah lebih baik cari resort berdekatan dengan restoran muslim Terdapat beberapa kedai makan di walking street.. Yang menjadi favorite kami kedai ROTIMINA Memang sedap-sedap makanannya.. Tomyam terbaekk, Pulut mangga slruupp, pancake banana natela sedapnyeeeeeee... Nasi goreng seafood yang menyelerakan.. adoyaii rasa nak pergi lagilahh.
Okey.. kita tanggalkan dulu bab makanan, panjang2 citer bab makan, kang mahu haku turun bawah buat Maggie malam2 buta ni, perut pun lapar nih..
Jom kita tengok aktiviti snorkeling pulak..
Snorkeling di Koh Lipe taklah mahal sangat.. lebih kurang RM50 sekepala termasuk lunch, pusing 5 perhentian (kalau x salah ingatan ku..). Diantaranya Koh Rawi, Koh Andang, Koh Ha Ngam dan ... (tak hingat dah..). Snorkeling dari jam 10 hingga jam 4 petang.. sampai kulit jadi gelap, legam dan berkilat.. heheh. One thing yang saya notice, air lautnya tak meleket pun mcm mandi kat PD.. Air lautnya sangat bersih dan jernih.. Kita boleh nampak ikan berenang2 di kaki kita.. eiii bestnya..
Cantikkan??.. Bila melihat kehidupan laut terasa betapa hebatnya ciptaan Allah swt. Tidak dapat digambarkan betapa cantiknya kehidupan laut.. Sangat unik.. Menginsafkan diri dan terasa betapa kecilnya pengetahuan kita nak di bandingkan misteri ciptaan Allah pada alam semesta ini...
MawarPutih
5 Dec 2011 / 1:21 am
**Terima kasih pada Roohi & Umairah, B & Laling (bukan nama sebenar) atas kebenaran memaparkan beberapa gambar milik mereka. Terima Kasih daun keladi..
http://mawarputihsuciku.blogspot.com/2013/01/koh-lipe-lipe-island.html
kak mawar putih, thanks for the info! sgt useful :)
ReplyDeletei too, lov u
ReplyDeletebeli paket snorkeling nya dimana?
ReplyDeletedi tepi pantai aja..
Delete