Haaa hahahahahaha.. Tajuk entry ini ideal my darling. Gua tak masuk campur.. hehehe. Ride jemputan kenduri kawin anak sedara Hj Rahman a.k.a Pakngah di melaka memang meriah, 13 bijik motor, yang lama, yang baru, yang first time ride, yang hari2 ride, yang dah lama x ride semua ada.. Yang baru kenal, yang dah lama kenal, yang baru nak kenal, yang tak kenal2 pun ada jugak.. Bawah nih diantara moto yang sempat di snap gambar. yang takde dalam ni jgn kecik ati yaa..
kitorang berkumpul di Shell sungai besi, selepas toll jam 8 pagi. Sementara menunggu rakan2 lain sampai, kitorang borak2 kosong cerita yang berkaitan dgn moto sahaja.. Kali ini pillion ada 4 orang je (3pompuan, 1 lelaki). Yang lain semua single ride .. Janji asal jam 8 tapi biasalah, bila dah ramai macam2 cerita, gedebak gedebuk jam 8.45 baru tayar bergolek.. Sebelum bertolak ada taklimat tentang perjalanan.. Wahh.. macam nak jalan jauh beb.... Syabas pada organizer.
Perjalanan kitorang melalui highway utara selatan, Ride santai2 je average dalam 120-140km je.. Dapat jugaklah haku snap gambar moto2 yang berhampiran.. Syok jugak ekk.. dah rasa macam paparazi lah pulak.. sbb nak snap gambar sambil duduk belakang nih kena ada skil, mana nak pegang ridernye lagi, mana nak dapat angle cantiknye lagi.. fuhh memang mencabar.. i likee...
Brother dibawah nih, penjaga simpang, tiap kali ada simpang adalah muka dia.. Syabas bro.. kalau takde penjaga simpang berkaliber macam nih, mahu ada motor yg tersilap jalan..
Kitorang sampai di toll exit PD dan berenti sekejap, tunggu rakan2 lain. Masa tu ada yang berborank, bergambar, yang turun moto, tak turun moto pun ada..
Gambar di bawah ni di traffic light simpang toll exit PD. (Yang kiri sekali tulah Hj Rahman a.k.a Pakngah, tapi kitorang panggil Haji je.. Pakngah tu sbb dengar sedara maranya panggil Pakngah)
Perjalanan di teruskan, kitorang masuk highway PD, masih juga ride santai2.. So dapat jugak menyenep gambar rider2 nih.. so layaaannn..
Di PD kami singgah kedai makan utk breakfast. Kedai nih jual asam pedas, tapi pagi2 gini takde lagilah asam pedasnye. Ada yang bekpes nasi lemak, roti canai.. Nasi lemaknya memang sedap, terbaeekkk.. Kalau bukan sbb nak makan kenduri, kompem makan 2 pinggan nasi lemak.. heheheh
Kat bawah nilah "Janda" Juin aka Jering aka Yeop, terjumpa kat kedai makan nih...
Perut dah kenyang, takleh tunggu lama2 kat kedai nih, bau asam pedah dah mula menyucuk lubang hidung, kang lama2 kat sini mahu termakan asam pedas pulak.. tayar golek jam 11, menyusuri jalan lama ke masjid tanah, nak layar corner lah tuh.. baru last 2 week kami lalu jalan nih..
Seperti last 2 week jugak jalan nih ada lembu, banyak tuh... So hati2 lah kalau ada yang nak merempit di sini.. (sorrylah gambar lembu x clear.. )
Brother penjaga simpang dah tukar moto!!! Fuyoo memang kena lah bro dgn fourteen, nampak lagi hensem dan gagah pekasa.. huhu..
Yang bawah ni pula, gambar Hj Rahman bersama moto JJ. Memang sesuai untuk Hj Rahman..
Akhirnya kitorang sampai dirumah sedara Hj Rahman, nasib baik ada kawasan lapang di hadapan rumah untuk parking moto.. Bestlah kawasan kampung nih.. Kepada pasangan pengantin baru Fatimah & Fairuz, semoga bahagia ke akhir hayat. aminn (kompem anak mereka nanti nama semua start dgn "F")
Walaweyy.. makanan masakan kampung nya membuka selera ku.. rasa nyesal pulak makan nasi lemak tadi. ada daging+nangka masak lemak, hati+limpa+kacang panjang masak apaentah (heheheh tak tahu namanye), ikan masin (mabelesss!!), ulam2 dan sambal terbaekkk.. nyami, nyami sedapnya.. Upss.. adalagi ayam masak merah (yg ni haku x makan sbb dah selalu sgt..). wuupp! ada satu lagi, bubur kacang durian.. Wahhh lazattt... Memang perutku full kali ini.. (esoklah start diet.. ehhh diet tu hapa ekk??.. tak kenal punn..)
Inilah Fatimah & Fairus, hensem dan comey kann??.. Ishh teringat pulak majlis perkahwinan kiter.. Hahahahaha, sempoilah brother yg pegang bunga paha tu.. moden & contemporary concept, I likkkeeeeee.
Inilah kompang terbaik.. memang terbaik, terpegun kitorang semua, sampai yg tengah makan pun bangun tengok kompang nih.. Syabass
Inilah pillion yang jelitawan dan gebuan, hehehhe..
Sesi salam tuan rumah dan ucapan tahniah..
Kotorang tak terus balik, singgah dulu rumah tempat parking moto, rehat2 kan badan dulu, eh.. eh.. ada yang landing titon.. heheheh, penat ride ker penat makan tu.. Lepas sembahyang kitorangpun bergerak pulang..
Sebelum tayar golek, sesi bergambar bersama tuan rumah.. Meriahkan suasana dihalaman rumah banglo nih.. Kalau kat KL, mana nak dapat banglo macam nih.. Terima kasih tak terhingga pada tuan rumah yang baik hati..Perjalanan balik jalan basah dan sedikit renyai2.. baru lepas hujan lahtu. kitorang berenti isi minyak dulu sebelum terus menghala ke Port Dickson, lalu jalan pesisiran pantai..
Destinasi ke Medan Ikan Bakar Kg. Telok Pasir Panjang, Last 2 week dah datang sini.. la ni datang lagii.. udang celop, sotong celop dan cendawan celop memang terbaekk.. haku paling suka cendawan celop sedapppppp....
Upsss.. satu lagi asam pedas disini memang terbaekkk.. sedap gilerr.
saya sukeee gambar sebelah nih.. next trip kalau kesini lagi, tolong snap gambar kiter mcm ni plak yekk...
Haaaaa... tu diaaaa.. dalam kenyang2 tadi, penuh satu meja makanan dan minumam.. Average makan minum disini sorang RM15 hinggit..
Kat bawah nih tuan kepada tuan tanah bersama tuan tanah blog http://khir-z750.blogspot.com/ (terdapat banyak cerita2 tentang moto sahja.. cerita awek tarak.. katanye)
Aksi2 mereka sebelum tayar golek balik.. iyelah perut sudah full lah.. sudah sangkut tangki.. hahahah
Perjalanan balik dah tak snap gambar, bateri dah weak.. lepas toll PD kitorang berenti menunggu beberapa moto masih belum sampai2 lagi.. Sambil tu kita beraksi dulu (boleh klik pada gambar utk dptkan imej yg lebih besar)
Perjalanan di teruskan.. masuk highway utara selatan.. tiba2 hujan turun dgn lebatnye.. walaweyyy.. lenjun bohh.. (tapi tuan tanah dah siap2 pakai baju hujan.. heheheh). Berenti di RnR seremban.. Minum kopi duluu... vanilla latte memang sedap, sapa tak minum ari tu rugii.. hehheh
Di pendekkan cerita kitorang bertolak pulang jam 5 petang, sampai rumah sebelum magrib. Adoyaii penatnye ride dalam hujan.. Tapi memang bestt. Terima kasih pada Hj Rahman atas jemputan ini..
Mawar Putih * 12 march 2012 * Craving gulai lemak dan ikan masin masakan kenduri kawin*
No comments:
Post a Comment