Day 6 : 8 Feb 2011
Perjalanan dari Pai - Chiang Mai 120km. (Total : 2,682km)
Ya Allah sejuk nya pagi di Pai, water halter dah pasang maximum, dah berasap, tapi rasa sejuk tetap terasa. Kat moto menunjukkan suhu 10c, sejuk kann?? Cakap pun kuar asapp.. (mulalah jakun masa tuh..) Kami breakfast di gerai yang sama, makan bubur nasi.. bubur nasi tu berasapp.. tapi bila makan takde rasa panas pun... sedap, memang sedap. Kat situ juga ada juai Chakoi, tapi takde sos, juga sedapp. Penduduk Pai nih macam China tibet, lawa2 dan hensem2..
Tayar golek bermula jam 9.30 pagi. Kami melayan corner untuk kali terakhir, entah bilalah agaknya kami dapat datang sini lagi.. Insyaallah kalau umur panjang nak datang Pai lagi..
Kami sampai Chiang Mai dalam jam 12, terus chekin hotel. dalam jam 2.00 berkumpul di lobi hotel, pergi lunch naik tut-tut. kami makan di kawasan masjid yang sama ketika kami mula sampai di Chiang Mai 2 hari sudah.. Petang tu jalan2 kaki di tepian hotel, tetiba terjumpa Petronas.. bila pandang Petronas rasa macam kat Malaysia le pulak... Uwaaaa rindunya nak balikk..
Malam kami jalan2 di night market, wahhh sangat menariklah.. rasa macam kena datang lagilah tapi bukan dengan motor.. hehehe. Massage kat sini sangat murah, 80bat utk setengah jam, 150bat untuk sejam. Malaysia boleh dapat?? dia punya urut, lebih sedap compare dgn Hatyai.. sangat puas hati.. Itupun kami tak habis jalan.. sebab badan dah penat..Day 7 : 9 Feb 2011
Perjalanan dari Chiang Mai - Mae Sai (Laos) - Tachileik (Myanmar) 300++km. (Total : 2,682km)
Perjalanan kali ini naik van.. hahak.. kasi moto rest le plak braderr.. sian moto, hari2 berjalan.. hari ni duduk diam2 rest cukup2 yekk.. esok kite nak balik dahhh..
Sesudah subuh kami berangkat ke Chiang Rai, hingat dekat je rupanya jauhhhh... di perjalanan kami singgah di kolam air panas.. sekejap je, tangkap2 gambar lepas tu blahh. nak kejar masa.
Kami sampai di Mae Sai atau dikenali golden triangle dalam jam 1.30. Ketua rombongan cik kiah berurusan untuk membeli tiket boat, masa nih tak sempat dah nak toleh2 cuci mata.. masa sangat terhad..
Terus menaiki boat di maekhong river.. dapat le lihat di sini Thailand, di sana Myanmar dan disitu Laos.. Kami masuk Laos, nama tempat tu Don Sao. Kami di sambut oleh kanak2 meminta sedekah.. kesian benor bunyi suaranya bila minta duit, mendayu-dayu..
Lepas tu naik semula boat, kembali ke pangkal jalan... Kami menaiki van ke sempadan Myanmar, lebih kurang setengah jam perjalanan sahaja, nama tempat tuh Tachileik. Myanmar nih agak kotor skit.. dan bila berjalan kat situ rasa scary je.. Tangan saya sentiasa pegang bag kuat-kuat.. Disini banyak gerai2 jualan tapi barang2nya sama je mcm kat petaling street jugak, tak menarik bagi pandangan saya..
Kami masuk Myanmar dalam jam 3 petang, lunch belum lagi, tengah mencari2 kedai makan, tiba ada penjaja jalanan bagi salam, nak jual cincin, batu permata.. Tasya teruas tanya "muslim food??". Kami di bawa ke kedai makan.. Alhamdulillah nasib baik di restoran tu boleh cakap melayu.. makan nasi byiani, taklah sedap sangat, tapi bolehlah lapik perut yg lapar nih.. abis je makan, baru nak menjamu mata, driver van telepon.. kami kena segera sbb kesuntukan masa.. Maknanya kami masuk ke Myanmar semata2 utk makan nasi briana saje.. muahahahahahah.... next time kita datang lagi sini yekk...
Kami meneruskan perjalanan ke perkampungan kaum Kayan atau di kenali dgn Long Neck. Jauhnye tempat tuh...., bertolak dari Tachileik jam 4 setengah sampai perkampungan kaum Kayan dekat jam 6 setengah. Kaum Kayan adalah pelarian Myanmar, mereka tidak diiktirafkan oleh kerajaan Thailand, tetapi kerajaan Thailand menggunakan mereka sebagai satu sumber pelancongan.. Kebanyakan perkampungan mereka ini di bena oleh kerajaan Thailand sebagai sumber tarikan pelancong.. kena bayar taw nak masuk sini.. bukan free.. mahal jugak, 500bat.. barangan yang jual disini jugak agak mahal..
On the way balik ke Chiang Mai kami dibawa lalu FANG. Fang adalah tanah tertinggi di Thailand. Jalan nya macam thousand corner jugak.. scary nya lalu malam2 gelap gulita dgn jalan yg banyak curves.. Ya Allah selamatkan perjalanan kami ini.. Kami sampai di Chiang Mai hampir jam 10 malam, terus ke night market, makan dan balik terus tidor.. penatnyeee....Mawar Putih
*aku yang malas dah nak menulis*
3/3/12
No comments:
Post a Comment