Perjalanan dari Chiang Mai - Ayuthiya 708km. (Total : 3,390km)
Kami keluar dari hotel jam 6 pagi, Hala tuju kami adalah sejauhmana termampu. Dalam fikiran memang tak sabar nak balik, teringat anak2 dan rumah, 8 hari tak jumpa rindunyeeee. Perjalanan balik tidak lalu jalan sama seperti pergi, kami merentasi Lamphun, Lamphang, Uttaradit, Phisanulok. Dari Lamphang ke Uttaradit (kalau tak silaplahh) jalan rayanya ber corner, best jugak jalan situ, kurang sikit mengantuknya. Pagi tu kami tak breakfast, tak jumpa kedai makan muslim. Kudrat kami x sama seperti perjalanan pergi, perjalanan balik ni saya lihat banyak yang keletihan.
Lihat nih, Pakwan dan Kak Ida, romentikkkkkknyeeee!!!!, Letih sungguh nampaknya Pakwan & kak Ida.. Masa ni berhenti minum kopi sbb ketua rombongan mengantukkkss..
Disebabkan tidak jumpa kedai makan, dalam jam 10 pagi, masa berhenti isi minyak, kami berkelah di seven eleven dan makan roti serta serunding dan tuna, menghabiskan saki baki stock yg ada.
Kami makan beramai-ramai, rasa seronoknya suasana masa tu. Siap bersila Cik Lala dan En.Tasya kita tuh, dah macam berkelah di tepian pantai yekk.. Alhamdulilah kenyang jugak perut. Cuaca memang panas masa itu, langit biru. Masa berhenti macam nih memang terasa panas, tapi bila dah atas moto hilang pulak rasa panas nya tuh.. (haii cerita pasal moto nih rasa nak bermotoran lah pulak esok... jommm)
Kami sampai di town Pitsanulok jam 12 tengahhari, disitu ada masjid pakistan. kami singgah makan disitu. Nama restoran tu "Baik Muslim Restaurant". Kami makan nasi bryani. walaweyyy, kompem lepas nih mesti tersengguk2 di atas motor.. Sambil menanti makanan sampai, Kak Ida sempat baca paper siam.. Wahh! perkembangan yang menakjubkan, baru 8 hari di Siam dah boleh baca paper siam.. Syabas.
Kami meneruskan perjalanan, tiba-tiba ternampak signboard nih... Mak aiii jauhnye lagi KL 1,840km. Dengan rasa bangga sebagai rakyat malaysia, kami dengan rasa tak malunye sanggup berenti tepi jalan dan tanggap ganbar.. Kalau kat KL ada sanggup berenti tepi jalan tangkap gambar dgn signboard?? muahahaha, tak kuasa aiii...
Perjalanan balik saya kurang snap gambar sbb ingat nak balik aje... dipendekkan cerita, kami sampai di masjid di Ayuthiya jam 6.30.. singgah sembahyang. ada pendapat nak teruskan ke Chaam, ada yang nak stay di Ayuthiya, sebenarnya semua dah kepenatan. Kata sepakat di buat kami bermalam di Ayuthiya. Penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan masjid menunujukkan kami hotel yg berdekatan, masa nak gerak ke hotel, kami moto terakhir, baru je nak jalan (motor lain semuanya dah lepas) kami di tahan penunggang moto yang berpakaian nak ke masjid, dia cakap melayu lorat kelantan, dia kata dia dengar ada jemaah dari malaysia dtang (dimaksudkan kamilahtu), dia bersungguh2 mengajak kami ke kampungnya ada kenduri, ada kambing panggang.. kami jadi serba salah sbb yg lain2 dah terlepas ke depan, kami kata padanya kami nak ke hotel dulu.. kami terpaksa meninggalkannya.. kami telah kehilangan jejak rakan2 lain.. kami berpatah balik dan tunggu semula di masjid tadi.. Dipendekkan cerita, akhirnya kami sampai juga di hotel... Laaa dekat je dari masjid tadi.. jalan kaki pun boleh.. Pekerja di kaunter hotel tu org Sungai Petani, dah 17 tahun duduk Thailand. Aku teringat2 pulak pd org yg menjemput kami ke kenduri kampungnya, bersungguh2 dia mengajak kami... kesian pulak.
Ayuthiya ni dikenali sebagai tempat bersejarah. Sebelum Bangkok, Ayuthiya adalah ibunegara Thailand dahulu kala. Dari Ayuthiya ke Bangkok lebih kurang 80km je.. Kami tak sempat nak berjalan2 di Ayuthiya. Malam tu kami makan malam di pasar malam berdekatan, sini banyak gerai muslim.. sedap dan murah. lepas makan balik bilik terus tidor.. zzzzzzzzzzzZZZzzzzzzzzzzZzzZZzz
Day 9 : 11 Feb 2011
Perjalanan dari Ayuthiya - Hatyai 1,100km. (Total : 4,490km)
Tayar golek jam 5 pagi.. Kami singgah di stesen minyak utk solat subuh, terima kasih pada pakwan n kak ida sbb bagi lapik kain batik.
Dalam perjalanan kami lalu di tepi kilang garam.. Mak aiii, banyaknye garam.. Bak kata my darling inilah kilang darah tinggi.. Tapi rasa lepas ni taknaklah makan garam, di tepi2 jalan tempat kami berdiri nih banyak anjing berkeliaran.. kotlah anjing tu melompat ke timbunan garam pastu dia kencing... haaaa.. uwekkk!!
Sebelum sampai Champhon (tempat kami makan lunch) Imam dan Abg Mat bawak laju meninggalkan kami di belakang.. Kami terpecah, tapi kami berjumpa semula di Champhon, untuk makan lunch. Kami gerak dari champhon jam 1 tengahhari, rasa jauhnye perjalanan. Rasa tak sampai-sampai, adoyaii.. jauhnya perjalanan di segenting kera nih, kurasa seperti reka duduk di belakang moto nih.. masa tu rasa tobat, tak mau lalu segenting kera lagi. Sekali lagi kami terpisah, tak tahu di mana Pak Wan dan Kak Ida. Di setiap stesen minyak yang ada kami pasti memperlahankan moto , dan intai2 kalau ada moto mereka.. Kalau hilang di Malaysia takpelah jugak, ni hilang di Thailand.. Kami semua risau.. memang sangat risau. Kami sampai Hatyai jam 7 malam.. Ya allah leganya.. Di Hatyai Imam cuba menghubungi Pakwan, rupanya Pakwan terus balik KL sbb ada hal.. MasyaAllah hebat betoi dorang, kami yg muda nipun tak larat.. Malam tu di hatyai apa lagi.. massatt.. tengokk tu, di lipatnya badan suamiku macam lepat pisang.. tapi memang terbaiieekk..
Day 10 : 12 Feb 2011
Perjalanan dari Hatyai - KL 537km. (Total : 5,027km)
Selepas subuh kami bertolak pulang ke KL.. Tak sabarnya nak sampai rumah.. Kami sampai rumah jam 1.30 tengahhari. Syukur alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Tasya & Lala yang membawa kami selama 10 hari. Terima kasih pada Imam & Kak Rahmah, Pak Wan & Kak Ida , Abg Mat Misai & Kak Ani.. Perjalanan bersama kalian amat menyeronokkan.. Terima kasih dari kami Safri & Sue
Inilah rupa moto kami selepas 10 hari tak basuh.. penuh dgn ulat2 di jalanan...
Mawar Putih.
+Rasa macam nak makan tomyam lah+
3/3/2012
congrats
ReplyDeleteThank you.
Delete