Thursday, 18 October 2012

PART 2 - Thousand Corner : Chiang Mai - Pai

Day 2 (30 September 2012) - Chiang Mai - Pai 


Good Morning Chiang Mai.. Jam 8.30 waktu meleysia kami berkumpul di lobby hotel dan berjalan kaki ke masjid Hidayatul Islam atau juga dikenali Ban Haw. Jarak berjalan kaki dari hotel ke masjid tak sampai 5 minit.





















Wah sejibik macam pelancong, siap jalan bukak map tu, ehhh memang pelancong pun kan.... heheh. kalau pasal berlakon tuk bergambar dorang ni mmg no 1. tu yang x kering gusi bila berjalan besama.. 
 Taraaa.. tak sempat peluh ketiak, dah sampai masjid Hidayatul Islam.
Persekitaran masjid tu banyak kedai2 muslim. Kami breakfast disitu, makanannya so so je, mee sup mcm x boleh nak masuk, mungkin kami punya expectation tinggi kot. Tapi popia gorengnya mmg sedap, pastu order pulak roti pisang + natela, sedapnyee.
Selepas makan yang lelaki pergi cari moto, kami yang fonfuan pulak menjamu mata di kedai yang baru nak bukak. dapat le jugak kami sambaq beberapa shawl yang di kabarkan harga di KL mencecah 50-80 hinggit, mahalnya rege di KL. nama kedai tu ISABELLA.. kelas kau maria.

Tengah syok2 memilih shawl, dapat panggilan walkie talkie suh kami balik dan ready to go to Pai. Cepat betoi le pulak dorang mencari moto, apasal tak lama2 pilih moto.. bergegas lah kami fonfuan2 ni balik ke hotel, berlari mcm kena hambat dek anjing.. Hhaaa begitu ta'at nye kami nih.. kiuk kiuk kiuk.. Balik hotel packing barang yg hendak di bawa sahaja, balancenya tinggal di hotel. 
Tak sampai sejam kami dah ready dengan suit moto. TARAAA... piweett.
Bersama 3 bijik ER6 dan sebijik Honda CRF250 yang di sewa dengan harga 1200baht sehari. Kira okeylah tu, tapi kena deposit 10,000baht. Korang boleh refer page kat bawah ni kalau nak sewa motor di sana.
http://www.chiangmai-motorcycle-rental.com/
http://www.gt-rider.com/motorcycles-in-thailand/renting-big-bikes-in-thailand

Zul & Zack bersama moto Honda CRF250
Safri & Sue besama moto Kawasaki ER6 merah
KJ & Sona bersama moto Kawasaki ER6 hitam
Sham & Izan bersama ER6 itam

Sebelum bertolak, bacaan doa oleh imam muda kita Ostad Nie. Korang kenal sapa Ostad Nie.. Nie tu nama manjanye.. manja-manja gituu.
Kami bertolak lebih kurang jam 11.30, jarak dari hotel ke Pai berdasarkan pakcik google adalah lebih kurang 130km++. Lead oleh otai kiter Abang Zul. Dibawah ni permulaan jalan selepas masuk jalan 1095.
Di tepian jalan dah tulis besar2 "SHARP CURVE".. hati hati ye cik abang semua.. Jangan bawak laju-laju ingat anak2 di rumah, ingat Lyana, Nabeel, Fikri, Fahim, Denial, Syamira, Sarah, Hakim, Syimir,Syafiq, Sirhan, Syasya.. Fuhh banyaknye anak2 kite..
 Kami berhenti di satu tempat, coffie break kononnye.. tempat ni cantik ala-ala English style. Nama tempat ni  Le Vintage
Agak lama jugaklah kami di sini, makan kek brownie, cheese kek, muffin, semuanya sedap2, (tiba2 je beratku naik 2 kilo disini). sebelum berangkat, kiter snap dulu gambar.. Hokeyy Jom kiter vrooomm. tak sabar nak sampai Pai yang sejukk tuu..
 Condition jalan agak teruk. Banyak jalan yang pecah dan ada tanah runtuh.
Ginilah rupa jalan nya.. 
Yuhuuu dah sampai Pai, belok kiri, belok kiri.. esok baru kita pergi straight, Mae Hong Son.
Inilah dia bandar Pai yang dikenali sebagai tempat penemuan cinta. 
 Kami sewa resort "The River of Love", 500baht satu malam. ini harga low season, kalau high season harganya mencecah double atau triple. 
 Lepas dapat kunci kami merehatkan badan seketika. Jam 5 ptg berjalan kaki ke night market. Menuju ke kedai makan. Tak lunch lagi, tadi makan kek je.. perut melayu nak kena nasi jugak.
 Yang paling best dikedai nih sticky mango. MasyaAllah sangat sedap. cukup masin, lemak.. mabeless, melelehhh, terbaeekkk.
 Lepas makan jalan2 cuci mata. Barulah ku tahu rupanya bila musim low season nite marketnya tak meriah, tak happening. Dan jugak cuacanya tak sejuk.. 
dibawah ni penjual air, namanya Iskandar, berumur 16 tahun, kelakar sangat. aksesori di badannya yg menarik perhatian kami..  Lama jugaklah kami duduk2 di kedai nih sambil gelak ketawa dgn gelagat Iskandar. Ais lemon tea nya sedap, tea tarinya pun sedap, kiranya semua nyalah sedap.

Iskandar denagn topi 
Iskandar dah tukar pakai tanduk kerbau dan rambut palsu nye.. heheh
 Kami aje dah memenuhi gerai air Iskandar.
Hampir jam 12 malam kami balik ke hotel. On the way balik tu sempat jugak bergambar di sign board di simpang empat di nite market.
 Heppp! comelnya kome berdua ni yek.. nak kiss kiss pulak.
  
 Berganding tangan bersama,
 
Hamboii.. romentik nya, melutut abang kita nih
Love.. love you.
 Ini posman, sedang beraksi bersama pos box di Pai.. hehehe 
 Ini gambar di depan Resort, wahh macam model lebihan usia..
 Cuba tengok aksi couple kanan tu.. kelas kau zakiah!! hehehe
Malam tu tidor lena sangat, malam di Pai tak lah sejuk tidor boleh lah bukak aircon. So kalau you all nak ke Pai pergilah masa musim sejuk.. musim sejuk di pai dalam bulan Dec, Jan, Feb. Masa tu Pai mmg happening,  hotel, motel, resort selalu full. boleh refer web page ni.
http://www.holidaycheck.com/climate-wetter_Pai-ebene_oid-id_27580.html



Hokey.. sambung lagi nanti..



Mawar Putih.

Ada sesuati yg menyentuh hati & jiwaku.. sememangnya Allah jadikan setiap pasangan itu utk merasa dan di rasai. Rasa gembira, sedih, cemas, gelisah.. semua perasaan itu yang akan memantangkan kita dalam setiap hubungan.


*thanks atas sumbangan gambar2 dari kawan2.

No comments:

Post a Comment