Day 3 (1 oktober 2012) : Pai - Mae Hong Son
Good Morning Pai. Pagi di Pai cuaca taklah sejuk sangat seperti yg di sangkakan. Jam 8 kami dah bersiap2 untuk ke Mai Hong Son. Jarak Pai ke Mae Hong Son dalam 100km je. Sebelum tu kiter breakfast dulu. Bubur nasi & cakoi. nyami..
Hokey.. sebelum bertolak singgah dulu di stesyen minyak, isi tangki dan melaksanankan tuntukan di pagi hari, "kador hajat".
KJ n Sona bergambar di signboard yg ada di stesen minyak, Semangat betoi dorang berdua nih.
Apabila semua dah selesai apalagi.. Ayomatgesetgooooo.... Vrooomm..
KJ & Sona - Pasangan yang first time kesini. Tahniah. |
Safri & Sue - 2nd time, first time dgn GTR ? |
Zul & Zack - Zul 2nd time, 1st time bersama scooter. Zack first time. |
Sham & Izan - Sham 2nd time, first time bersama scooter, Izan first time. |
Kami melayan corner dengan santai, sambil menikmati permandangan yang indah. Dalam perjalanan 20km++ kami singgah di satu kawasan di atas bukit untuk bergambar, bergambar dan bergambar lagi.. Masa ni moto KJ tayar kurang angin. Bila corner rasa "geli-geli" katanye.. hahaha.. Apanye yang geli??
Gambar dibawah ni KJ & Sona tengah rasa "geli-geli", hagaknye lah, corner baring dorang nih.. muahahahah
Tak jauh perjalanan, ada kedai moto. Alhamdulillah, KJ berenti isi angin, tiada lagilah rasa "geli-geli" yek.. Gambar di bawah ni KJ sedang mengisi angin motonye.
Kami meneruskan lagi perjalan, dalam perjalanan ternampak penduduk tempatan hanya bermoto cup dan takde helmet. selamba je dia corner baring.. hehe
Dan di pertengahan jalan kami singgah lagi di satu kawasan rehat.. makan ubi, jagung, dan shopping bag kecik.. hikhikhik
Cantik kan view kawasan rehat nih..
Perjalanan di teruskan, akhirnya sampai jua ke destinasi, Mae Hong Son. Kiter bergambar dulu di Pintu gerbang.. Yeahh. Inilah first time KJ, Sona, Zack & Kak Izan sampai sini.. Alhamdulillah.
Then, terus ke "pejabat pelancongan" utk mengambil sijil Thousand Corner. Kalau menurut kata officer disini jarak dari Chiang Mai ke Mae Hong Son ada 2070 corner, 1864 corner tu adalah jarak dari Mae Saring ke Mae Hong Son. Entahlah tak tahu yang mana betoi. Tapi itu tak penting, yang penting, pengalaman yang di perolehi.
Taraaaa. kami bersama sijil nikah.. Upsss..
Taraaaa. kami bersama sijil nikah.. Upsss..
Sebenarnya bukanlah sijil tu yg di kejar. Dah balik KL sijil tu simpan dalam lemari je. Idok pun laku. Yang penting pengalaman rider dan pillion. Wow best woo. Sapa yang tak pergi lagi, di cadangkan pergilah, kalau tak sanggup bermotor dari KL, boleh buat cara ngelat mcm kami nih.. Naik flight.. heheh
Settle part sijil, kiter makan dan solat, nama masjid nih Nuruthtaqwa (nana).
kami makan nasi ayam dan nasi goreng. Makanannya boleh tahan jugaklah sedapnya.. perut tengah lapar memang semunya sedap belaka.
Di gerai ni masih tertampal lagi sticker saya n suami pergi bulan 2 dulu.. teringat pulak kenangan lama first time datang sini bersama Tasya & Lala, Imam & Kak Rahmah, Pak Wan & Kak Ida.
Perut dah kenyang, tanggungjawab sebagai hamba Allah dah di laksanakan, kami teruskan perjalanan mencari awek bertengkuk jinjang.. jeng jeng jengggg.. Umpama mencari puteri gunung ledang, hutan belantara kami redah, menyusuri 10 anak sungai.. Memang bestt.
SANGAT, Sangat, sangat seronok, challenging sungguh. Rider kami sangat ber"kaliber', sangat cekap, sangat terror (dengan harapan next time di bawa lagi.. heheheh) kalau tidak boleh tergolek dog dalam air sbb jalannya licin dan ada yang berbatu kecil.. memang terasa tayar lari.. ooooww baru ku tahu itulah rupanya rasa "geli-geli".. uwahahaha
Inilah dia awek berleher jinjang. Cantikkan? 3 kali dia baru dapat haku sorang.. wahh betapa sihatnya diriku ini. Syukur Alhamdulillah.
Yang ni pulak dah di commercialkan untuk tarikan pelancong. taklah jinjang sangat tengkoknya
Hamboiii, cik abang kita. Bukan main lagi dgn awek berleher jinjang nih.. manja-manjaan gitu.. Awwuu.. (balik nanti kasi check kakizan.. muahahaha)
Yang mana pilihan abang Zul?
Betapa mereka jejaka malaya dengan sedaya-upaya untuk menjinjangkan tengkok mereka demi untuk memikat hati awek siam yg bertengkok jingjang itu, tapi tak berjaya.. sampai kempis2 perut mereka menahan besi berat di leher.. Kesiannnnn..
Jam 4 petang kami bergerak balik ke Pai, dalam perjalanan hujan lah pulak.. Inilah pasangan yang paling comel memakai baju hujan biru dan purple. heheheh comelnye, macam baju hujan zaman sekolah dolu2.
Sampai Pai dah lewat petang. Badan penat, hati puas. Puas sangat rasanye.
sebelum tuh singgah dulu di memorial bridge. Jambatan ni di bina masa zaman Jepun tahun 1942, digunakan utk laluan Jepun dari Chiang Mai ke Burma.
Perjalanan balik, hujan turun renyai2. berenti pakai baju hujan..
ini namanya syok sendiri sbb tempek gambar sendiri.. sila layan yeee.
Ada muatan lebihan nampanya cik akak kita 2 orang nih..
dalam pada tu haku sempat merakam gambar aksi Abgzul sedang memujuk Zack.. al kesahnya Zack merajuk sebab abgzul tak mau pakaikan helmet Zack, nak maja2an gitu, .. hehehe gurau je.
Dipendekkan cerita, kami sampai Chiang Mai dalam jam 2.30 ptg. Para suami bergegas hantar semula moto, kalau lewat nanti kena bayar extra 1 hari. kami yang fonfuan tak hikut, ambik kunci bilik terus naik bilik dan booomm atas katil. fuh penatnya.
Rupanya di kedai sewa moto, bukan main lagi yek. Pantang 'lepe'..
Muka x boleh blah, dengan senyuman gatai, tiba2 je lengan dia jadi besar. Emmm. %#@*
Senyum meleret KJ di impit
Cewahh.. muka serious Abg Zul.. control lah tuhhh.. Seksinya bibir dia Zack..
hehehek, fonfuan pakai baju sama.. cantik kan..
Kami bersama bagasi masing2.. ada yang mcm baru balik dari mekah bagnye.. hehehe
Pelajar siam naik moto. Hebat.
SANGAT, Sangat, sangat seronok, challenging sungguh. Rider kami sangat ber"kaliber', sangat cekap, sangat terror (dengan harapan next time di bawa lagi.. heheheh) kalau tidak boleh tergolek dog dalam air sbb jalannya licin dan ada yang berbatu kecil.. memang terasa tayar lari.. ooooww baru ku tahu itulah rupanya rasa "geli-geli".. uwahahaha
Inilah dia awek berleher jinjang. Cantikkan? 3 kali dia baru dapat haku sorang.. wahh betapa sihatnya diriku ini. Syukur Alhamdulillah.
Yang ni pulak dah di commercialkan untuk tarikan pelancong. taklah jinjang sangat tengkoknya
Hamboiii, cik abang kita. Bukan main lagi dgn awek berleher jinjang nih.. manja-manjaan gitu.. Awwuu.. (balik nanti kasi check kakizan.. muahahaha)
Yang mana pilihan abang Zul?
Hokey.. jangan lama2 kat sini. jom kita balik. kami menyusuri kembali onak dan duri, jalan yang berliku, 10 anak sungai.. semoga satu hari nanti dapat kesini lagi
Sebelum meneruskan perjalanan balik ke Pai, kami singgah beli tshirt. Lihat gambar 4 jejaka malaya nih, bukan main happy lagi melepak di kaki 5 kedai sambil memerhati isteri menyoping tshirt
Hakak kita pun menyoping dengan senyum lebarnye.Jam 4 petang kami bergerak balik ke Pai, dalam perjalanan hujan lah pulak.. Inilah pasangan yang paling comel memakai baju hujan biru dan purple. heheheh comelnye, macam baju hujan zaman sekolah dolu2.
Sampai Pai dah lewat petang. Badan penat, hati puas. Puas sangat rasanye.
Day 4 (2 Oktober 2012) : Pai - Chiang Mai
Hari terakhir di Pai.. Uwaaa sedihnya. Pagi breakfast tempat yang sama. makan bubur nasi & cakui. Entah bilalah dapat makan lagi bubur nasi n cakoi ini?? Pagi2 nih jugak kami sempat lagi menyoping.. heheh. Itulah istimewanya fonfuan, kalau nak pikirkan camana nak bawak balik dgn moto kan.. heheh
gambar kat bawah ni, tuan tanah bersama tokey kedai.
Dalam jam 11 pagi kami bergerak pulang. Babai Pai. entah bilalah dapat kesini lagi.sebelum tuh singgah dulu di memorial bridge. Jambatan ni di bina masa zaman Jepun tahun 1942, digunakan utk laluan Jepun dari Chiang Mai ke Burma.
Perjalanan balik, hujan turun renyai2. berenti pakai baju hujan..
ini namanya syok sendiri sbb tempek gambar sendiri.. sila layan yeee.
Kami singgah lagi di Le Vantage. pekena kek dan kopi. sila layan gambar mak-mak budak yang macam belasan tahun. ada hati nak lompat tinggi2. lepas tu dah termengah2 di buatnya.. hehe
stop sat di stesen minyak, Ada muatan lebihan nampanya cik akak kita 2 orang nih..
Dipendekkan cerita, kami sampai Chiang Mai dalam jam 2.30 ptg. Para suami bergegas hantar semula moto, kalau lewat nanti kena bayar extra 1 hari. kami yang fonfuan tak hikut, ambik kunci bilik terus naik bilik dan booomm atas katil. fuh penatnya.
Rupanya di kedai sewa moto, bukan main lagi yek. Pantang 'lepe'..
Muka x boleh blah, dengan senyuman gatai, tiba2 je lengan dia jadi besar. Emmm. %#@*
Senyum meleret KJ di impit
Cewahh.. muka serious Abg Zul.. control lah tuhhh.. Seksinya bibir dia Zack..
Abg sham muka macam kena paksa je.. sambil dipaksa bergambar, AbgSham kata.. "tolonglah jangan apa2 kan saya".. hehehe
Di pendekkan cerita, petang tu kami makan besar di perkarangan masjid dan berjalan2 di nite baza Chiang Mai, kami jumpa ramai jugak org Malaysia..
Day 5 (3 oktober 2012) : Chiang Mai -KL
kami keluar hotel jam 7am waktu meleysia. hotel ke airport dekat je, dalam 15-20 minit je. Dah nak balik KL, dah rindu anak2 di rumah, dah rindu katil dan bantal peluk dirumah. Babai Chiang Mai.. Nanti kiter datang lagi yek..
Sekian... habis dah..
Babai.
Mawar Putih
12.27am 20/10/2012 --> mataku dah mengantuk. Good nite.
Pelajar siam naik moto. Hebat.
Wah!! Ada rasa gayat tak nak melayan 1000 corner tu?
ReplyDeleteTaklah, okey je. Nanti pergi sana ye.. Rasakan pengalaman sendiri. Insyaallah mesti boleh. :)
Deletehai. tempat pompuan leher panjang tu apa nama yer. TQ
ReplyDeletedi Mei Hong Son, lebih kurang 190km dari Chiang Mai
Delete