Saturday 17 August 2013

Episode 4 : Lambaian Kaabah

Hari ke 8 Aktiviti bebas, hari ini merupakan hari jumaat.. Hari ni kami solat subuh di tingkat atas, di atas takde aircond, panas sangat, tapi panas disini tak keluar peluh hanya terasa bahang panas, panas kering.  Sementara tunggu waktu subuh haku baca quran, mak arab di sebelah haku cuit haku, dan bertanya sesuatu dalam bahasa arab, haku ngelengkan kepala tanda isyarat tak paham apa yg dia cakap.. Lepas tu dia tunjuk quran yg aku baca, sambil beri isyarat seolah2 bertanya "kalau tak paham mcm mana boleh baca quran".. heheheh.. senyum je tak perlu kata apa-apa.. ngeh ngeh ngeh.
Masa solat subuh, imam tu menangis sedu-sedan.. Haku tak tahu ayat apa yang di baca, haku terasa syahdu walaupun tak paham maksud ayat tersebut, yang aku paham ada perkataan "jahanam" yang di sebut beberapa kali, mengalir ayaq mataku sedih tanpa memahami maksud ayat tersebut,.. rugikan, sbb tak faham. 2 insiden yang berlaku pada subuh hari jumaat ini membuatkan haku terfikir, betapa pentingnya bahasa arab.. hihihihi (dah tahu penting kena le belajo..)
Suasana di luar Haram selepas solat subuh.. Ramai kan.
Lepas solat subuh, bekpes dan balik bilik titon.. zzzzzzzZZzZzzzZZZzzz..
Dah di pesan oleh kawan2 yg pernah ke sini, hari jumaat kena masuk masjid cepat, kalau lambat kena solat di luar, dengar cerita solat jumaat sampai ke dalam shopping mall, masya Allah, gitu sekali ramainya.. Dalam jam 10.30 pagi, kami dah gerak ke masjid semula.. Sempat lagi bergambar.. tengok muka segar-bugar baru bangun tidor.
Dalam masjid kami berpecah.. Aku terus ke dataran solat sunat di depan kabah.. dan rasa puas sangat dapat berlama-lama duduk dan solat di sini, walaupun dalam panas terik. Masa ini lah haku solat hajat dan doa utk segala hapa yang di pesan oleh kawan2 dan saudara-mara.
 
Di dataran, berdekatan dengan tempat haku duduk ada satu famili dari malaysia, haku mintak tolong tangkapkan gambar haku, masa abangnya nak snap gambar, adik perempuannya berlari peluk haku dari belakang.. masa ni terus haku teringat kat anak dara haku di rumah.. Rindunyeeee...


Pastu sebab tak puas hati hanya sekeping je gambar dapat snap, dengan muka yang tak malu, aku sapa sorang pompuan dari Lybia.. mintak tolong snapkan gambar haku. Orang Lybia nie bestlah.. dia snap gambar haku banyak.. dari haku duduk, dia suh aku berdirila, pusing sanalah, pusing sinilah.. Tapi sebilangan sahaja yg nampak kaabah.. selebihnya hanya gambar haku tanpa kaabah.. muahahahahak.. 

Kat bawah nilah hasil tangkapan wanita dari Lybia.. telah ku pilih yg nampak kaabah sahaja.

Inilah wanita Lybia yang baik hati melayan haku bergambar.. Thank you ya.. semoga Allah membalas jasa baikmu.
Masa solat jumaat, khutbah dalam bahasa arab.. Haku tak paham, haku peratikan mak arab semua dengar dengan khusyuk.. Imam pun menyampaikan khutbah dengan semangat.. Selesai solat jumaat, kami pusing2 bawah jam besar... menjamu mata ja.. hik hik hik.
Bila hati dah tidak keruan, lepas magrib pun di ajaknya menjenguk kedai jam.. hehehe.  Ada orang tu dah bertambah2 pening kepala bila hari2 tawaf kedai jam..Cerita ttg jam ni, ending nya adalah Happy Ending. Yeaaaaa.... Daku tumpang sekaki jugak. terima kasih :-)
Masa nak isyak masjid dah penuh.. tak boleh nak masuk, kena solat di luar masjid.. masa haku tengah mencari pot yg kosong, ada sorang kakak dari Turkey yang baik hati memberi ruang solat sebelahnya, walaupun ruang dah sempit.. Terima kasih ya, moga Allah sahaja yg dapat membalas jasamu.. Kakak Turkey ni siap peluk haku dan cubit pipi, masa haku ajak dia bergambar bersama... hihihihk
Selepas solat Isyak, di perkarangan loby masjid ada banyak kereta jenazah, ada dekat 10 bijik. selalunya tidaklah sebanyak ini. Beruntungnya mereka ini, meninggal di hari jumaat. Semoga syurgalah tempat mereka.

Hari ke9 Selepas subuh kami di bawa menziarahi ladang unta di tengah2 padang pasir..

Kemudian kami di bawa bermikat umrah di Masjid Hudaibiyah, untuk umrah yang ke 3, haku niat umrah ini untuk arwah Apak ku dan suami haku niat umrah untuk Mak yang telah uzur. Sebelah kiri ni adalah tapak masjid Hudaibiyah lama, gambar sebelah kiri pula masjid Hudaibiyah yang baru. Di sinilah berlakunya perjanjian Hudaibiyah diantara Rasulullah saw dengan puak Musyrikin Mekah.
Sempat jugak haku menjamu mata di tepi2 masjid nih..
 Selepas tu kami di bawa ke musium, haku tak surelah hapa nama musium nih..
 Kami di dalam muzium. Dalam ihram..
Kemudian terus balik, selepas zohor kami buat umrah. Kali ini kami dah pandai skit untuk memboloskan diri dari termasuk dlm "group keretapi" masa tawaf.. Masa ni jugaklah haku dan suami ku terserempak beberapa kali dengan org buta bertongkat tawaf seorang diri, setiap kali terserempak denganya pasti di sekelilingnya lapang tiada orang.. Begitulah Allah beri kemudahan padanya.
Kali ini kami saei di tingkat bawah, Kat bawah ni lebih ramai orang compare dengan kat atas.. Aku prefer kat bawah lagi sbb dapat rasa mendaki dan menuruni bukit Safa & Marwa..
Umrah ke 3 kami selesai sebelum Asar.. Alhamdulillah. Semoga pahalanya sampai kepada arwah Apak ku dan juga sampai kepada Mak, Aminn. Sempatlah kami balik ke bilik bersihkan badan sebelum ke masjid semula untuk solat Asar..

Hari ke 10 Aktiviti bebas. Selepas solat subuh, kami dan beberapa jemaah sewa van untuk bermikat di Tanaim. Driver van sangat peramah dan fasih berbahasa Melayu Indonesia.. Inilah umrah terakhir kami. setakat 4 umrah sahaja yang kami mampu lakukan..

 Masa menuju ke Masjidil Haram untuk umrah ke 4, haku terserempak lagi dgn jenazah yang di usung masuk ke masjid. Haku jugak teringin di solatkan disini.
Gambar untuk kali terakhirnya selepas selesai umrah terakhir kami.. 
Hari ke 11 Aktiviti bebas, Selepas breakfast di dewan makan, haku lepak2 di loby hotel sambil berFB dan berwhatsap.. Al maklumlah line henpon haku kan tiba2 je x de internet bila masuk je kota Mekah. Memang bergantung sepenuhnya pada wifi di loby hotel semata2.. Tengah melayari mukabuku, haku terbaca ada yg posting "pintu kaabah sedang di buka sekarang.." Haku pun terus bangun dan tengok TV di loby hotel.. Kami pun bergegas pergi semula ke Masjid.. Patutlah banyak askar di Masjid.. Kami ambik kesempatan solat betul2 di depan mengadap pintu kabah yang terbuka itu.. lama jugaklah kami disitu.
 Dibawah ini gambar askar2 memenuhi dataran dan satu lagi gambar tangga pintu kabah bergerak ke tempat asal, selepas pintu kabah di tutup semula.

 Inilah tempat simpan tangga pintu kabah..
 Cek Mawar sempat jugak bergambar diketika pintu kaabah masih terbukak.. Aishhh.. Nak jugak yek.. Layan kan aje.
Selepas pintu kaabah di tutup haku dan roomate haku berpisah, mengikut haluan masing2...  kami berjanji akan berjumpa semula pada jam 9.30 pagi di tempat biasa.. Haku lebih suka duduk di dataran memandang kabah dan solat disitu, walaupun ketika itu panas terik. Sementara nak tunggu jam 9.30 haku ambik kesempatan menyenep gambar2 di sekeliling dan belbagai angel. Masa ni jam menunujukkan pukul 9.10 minit pagi (Refer gambar jam kat bawah)
Snap gambar kabah pulak, dan dari sudut tempat aku berdiri ni nampak pancur emas di atas kaabah (Refer gambar di bawah) dan tiba2 terdetik nak pergi di bawah pancur emas itu. Haku solat hajat disini mintak Allah beri kemudahan untuk aku memboloskan diri ke dalam kawasan Hijir Ismail. Haku bergerak melawan arah menghala ke makam Nabi Ibrahim...
Dari tempat aku berdiri ni, nampak angle kaabah dan jam besar yang menarik. (refer gambar di bawah). Haku snap gambar lagi.. hehehe. Pastu haku rasa mcm dah tersasar dari tujuan asal nak masuk ke dlm  Hijir Ismail. 
 
Haku solat hajat lagi disini..  Fokus minda dan fikiran untuk di beri kemudahan oleh Allah. Selepas bagi salam, haku terus berjalan ke arah Hijir Ismail merentasi laluan org sedang tawaf, tanpa ada halangan, cepat dan mudah haku dapat menyelidap ke dalam Hijir ismail, Alhamdulillah. Di dalam Hijir Ismail haku dapat solat taubat dan solat hajat di bawah pancur emas, sebaknya rasa ketika ini, Aku memohon semoga Allah swt melindungi aku, suamiku anak2ku dan keluarga kami dari kesesatan, matikan kami dalam islam dan dalam keimanan, jauhi kami dari seksaan kubur, permudahkan kami di padang masyar kelak, masukkan kami ke dalam syurgamu dan jauhi kami dari seksaan api nerakamu... Semoga doa2 ku di makbulkan Allah swt. Aminn..
Nak masuk Hijir Ismail tadi sangat senang dan cepat, masa nak keluar masyaAllah, sangat susah, berhimpit, bertolak2.. haku cuba untuk tidak menolak orang.. tak baik taw..
Temu janji haku dgn suamiku jam 9.30 tadi dah terlewat 10 minit.. sian suamiku tunggu lama.. Sorry ya..

Selepas Zohor, aku cuba untuk mengucup Hajar Aswad.. tapi tidak berjaya.. hanya tinggal 1 meter sahaja jaraknya. haku tak mahu kesitu dgn cara tolak menolak, cuba utk tidak menolak org, tapi bila aku di tolak dan di himpit, haku jadi kurang sabar dan tolak semula org di belakang aku dan aku terus keluar.. hehehe padan muka haku.. Masa menghampiri Hajar Aswad tadi ada beberapa wanita indonesia offer membawa hingga dapat kucup batu hajar Aswad, aku tolak dengan baik, sbb tahu bayarannya sangat mahal..
Sempat lah jugak ambik gambar pintu kaabah..
Hari ke 12 Last day, selepas subuh kami tawaf Wida'. Ya Allah semoga aku di beri peluang sekali lagi menjadi tetamu mu.. Insyaallah Amin.. Dalam jam 9 gitu, kami bergerak ke Jedah. Sampai di Jedah, henpon haku terus ada line internet.. MasyaAllah.. Aku rasalah kan Allah nak suruh haku fokus sepenuhnya di dalam masjidil haram tanpa ada benda yang melalaikan.. Hagaknye.. Di Jeddah kami di bawa ke tempat2 sejarah, masjid terapung. Takde gambar yg di ambil sbb mood kobar2 nak balik, baru lah terasanya rindu pada anak2.. Gambar di bawah ni, kesemua jemaah group kami.. flight direct Jeddah-KL. Kami selamat sampai KL jam 8 pagi pada hari yang ke 13..

 Syukur Alhamdulillah, sepanjang kami di sana, kami sihat sejahtera. Syukurr.. Allah telah makbulkan doa ku sebelum berangkat ke tanah suci kelmarin.

Sekian Tamat sudah..
Cek Mawar Putih sudah penat menulis..
17 ogos 2013 , malam
babai..




1 comment:

  1. Alhamdulillah...semoga Allah menjemput lagi kita sebagai tetamu agungNya...rindu sangat nak ke sana lagi....naimah..

    ReplyDelete