Monday, 7 October 2013

Ride kami berdua sahaja..

14 August 2013,

Masih cuti raya, dah banyak sangat makan lemang, rendang.. lepas solat subuh tiba2 je teringiiiiiiiiin sangat nak makan mee kari Bidor. Tak plan so kami berdua sahaja lahh. start motor terus zasssss... vrom vrooommm.. babai anak2 ku.. duduk rumah jgn nakal2 ya, bibik masih cuti lagi..

Ini lah boncengan haku setelah hampir 2 bulan tidak membonceng. Bila dah lama tak membonceng mula lah nak kena cari posisi duduk.. sampai dah tak hingat posisi duduk yg selesa.. so kesimpulannya, kena lah ride selalu.. muahahahaahah...


Mee kari bidor ni sebenarnya Namanya MEE KARI RAMLI BIDOR. Bagi tekak haku, rasanya saaaaangat sedap. Kuahnya taklah lemak muak, maknanya boleh lah kalau nak makan 2 mangkok.. (tapi haku x pernah makan 2 mangkok hokeyyy... walaupun nak sebenarnya...hihihi). Kat situ pun ada jual mee kicap, ala-ala mee kicap China.. Rider haku kata sedappp jugak.. haku x pernah makan.

.

Kalau nak ke mee kari Ramli Bidor ni senang je. Keluar Tol Bidor, belok kanan, pastu terus tengok sebelah kanan, korang akan nampak kedai ini (nanti hujung minggu ni nak kesitu lagi, haku tepek kan gambar kedai)..

Lepas makan semangkok mee kari dan bungkus utk anak2 di rumah, tanpa di rancang jugak, rider haku ajar ke Ipoh makan nasi Vanggey aka nasi ganja.. katanya 10 minit sampai le ke ipoh.. Hihihi tu yang best tu kalau naik moto.
Alamak... sian anak2 ku di rumah. Tak pa naaa, sekali sekala home alone (bukan alone pun berempat)
Sampai Ipoh, makan nasi ganja.. Masya Allah, perutku terasa kenyang sangat.


On the way balik kami singgah solat zohor di simpang Pulai, lepas tu terus zassssss balik rumah...

Sekian, Cerita ku yang tengah mood suam2 kuku nak menulis blog ni.. (baru nak start enjin, tu yang lemau skit)

Sekian Cerita Mawar Putih aka Kak Semah.


No comments:

Post a Comment