Sunday, 19 May 2013

Ragut..

Biasakan kita dengar cerita ragut. Bila sebut ragut, biasanya mangsanya adalah pompuan...  pernah tak terfikir akan berlaku pada diri kita?? Aku tak pernah terpikir ianya akan berlaku pada aku.. walaupun dah selalu dengar kes ini di paper, berita dan internet.

Nak di jadikan cerita, tanggal 3 May 2013 hari jumaat. jeng jeng jengggg...

Aku balik kerja dari opis, terus ke sekolah anak ambik si keding dan si montel. On the way nak ke sekolah tepon bunyi

Tepon : "Assalamualaikum.. yang kat mana?"
Saya : "wsalam, dalam keter, dekat nak sampai sekolah anak dah"
Tepon : "Okey, balik nanti isi minyak kereta penuh2.. "
Saya : (dalam hati) alooooo malasnya nak isi minyak keter
          (mulut keluar) Okeyyyy...
Tepon : Jumpa di rumah, Bawak keter elok2. Babai.
Saya : Okey, babai..

Sampai sekolah, kebiasaan nya dorang akan rebut2 nak duduk depan, tapi kali ini elok je dua2 terus duduk belakang, takde gaduh mcm biasa. Dari sekolah dorang nak sampai ke rumah ada beberapa trafik light. dalam perjalanan HP berbunyi, user (customerlah lebih kurang..) call..

User : "puan macam mana saya punya Sales Order ni masih tak boleh bla.. bla.. bla.."
Saya : "cuba klik button bla bla bla.. apa mesej nya? bla bla bla.."
User : " yang mana ekk?? saya ni ganti tempat org tak pernah buat.. bala bla bla"
Saya : " okeyyy.. mula2 kena buat bla bla bla.. pastu bla bla bla.. haaa ada nampak tak? kuar tak mesej nya? ce bacakan? "
User : " ooooo.. bal bla bla.."
Saya : "bla.. bla.. bla.."

Cakap punya cakap, sampai 2 trafik light dah lepas.. dan keretapun dah menghampiri Petronas. Tepon pun di letak.. Kereta haku Q untuk isi minyak, di pam yang terakhir. Bila kereta di depan dah selesai dan bergerak, hakupun masuk lah ke pam, di sebabkan kereta ni bagak besar, hakupun adjust2 kedepan dan kebelakang supaya kereta betul2 berada di dalam petak. Tiba- tiba... jeng jeng jengggggggg...

Ada sorang lelaki lalu di tepi kiri dari hadapan kereta, masa lelaki itu berada di sisi kiri cermin depan kereta, aku pandang dia dan dia pandang aku, dalam fikiran aku tiada syak apa2 pun. Lepas tu sekelip mata dia terus pecahkan tingkap sebelang penumpang, sekali katok sahaja berderaiii.. dannnnnn
Upsss!!! okeyy saya mengaku handbang letak di atas kotak di sebelah saya (tempat handbreak tulah) bukan atas kerusi sebelah taw.. bukan bukan bukan..Okey sambung balik cerita.. 
Dannnn.. haku apa lagi menjeritlah dan kami main tarik2 handbag, masa tu dalam pikiran ku terus terpikir, kotlah dia bawak pistol dan cederakan aku atau anak2.. otomatik aku terus lepaskan hand bag itu.. Peragut tu terus blah naik moto bersama kawannya.. aku terus keluar dari kereta dan berlakulah drama..

"tolongggg handbag saya kena raguttttt.." sambil derai2 air mata..

semua kerumun.. masa ni baru ku perasan tangan berdarah jugak kena kaca masa menarik2 Handbag tadi..

Semuanya berlaku sekelip mata, walaupun ramai orang di Petronas, mereka sgt berani melakukannya, bermakna mungkin dah biasa buat kerja-kerja ragut nih..

Di pendekkan cerita ramai yang beri bantuan, bagi pinjam HP, tolong ubahkan kereta, ada yang call polis, ada yang memberi nasihat dan tip simpan duit di suar dalam... HAAAAA SUAR DALAMMM??
"iya nak, makcik simpan di suar dalam, handbag makcik ni eksen jee..."
pastu pakcik tu membelakangkan aku, dan pusing balik dgn menunujukkan bag duit yg di simpan di dalam suar dalamnya, dan menunujukkan gambar arwah suaminya.... hehehehehehe, bestlah makcik nih.. menghiburkan aku di kala aku dalam susah hati..

Alhamdulillah, HP ku rupanya terselamat sbb terjatuh di celah kerusi... aku tersedar pun sbb HP berbunyi, user (customer) yang tadi call semula... hehehehe Agak2 korang aku angkat ke tidak??? :-)

Di pendekkan cerita, polis sampai dan tunggu sehingga suamiku sampai.. kereta tak boleh di gerakkan, keyless dan kunci kereta ada dalam bag itu.  Dekat sejamlah jugak baru suamiku sampai sbb dia terperangkap dalam jam. Bila suami ku sampai berderai lagi airmata... uwaaa uwaa..

Suamiku balik ambik kunci "sepey". Polis tadi masih setia menunggu haku, walaupun dalam hujan lebat ketika itu.

Di pendekkan cerita (berapa kali pendek daaa..) settle semua report polis, tunggu camera man polis sampai, gedebak gedebuk... sampai rumah jam 10.40 malam.. walaaaaa penatnya.. Terima kasih cek abang menemaniku ketika susahku.

Hasil dari CC TV di Petronas itu, masa kereta aku Q kat stesyen minyak, peragut tadi stanby kat tepi sana berdekatan tempat pam tayar. bila aku masuk je ke tempat pam minyak diapun masuk kat sebelah pam minyak aku, dan pemboncengnya turun dan berjalan menghala ke kereta aku, dan zassssss.. pastu lari ke moto yang dah standby, vroooommm terus cabut...

Kemungkinan disini, dia dah mengekori aku maybe dari trafic light lagi.. masa tu aku x perasan sbb cakap telepon. atau kemungkinan sasarannya adalah pompuan2 yg nak isi minyak yg memandu sendirian.
Aku berdoa semoga budak yg meragut HB aku, yg bertentang mata dengan aku masa tarik menarik Hbag tu, insaf dengan apa yg telah di lakukannya.. Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka luas.

Inilah handbag yang Allah bagi pinjam tak sampai 1 tahun... terima kasih Ya Allah. Pasti ada hikmahnya. (gambar ni di ambil beberapa bulan sudah masa tu ingat nak let go je bag ni sbb jarang pakai)
Apa yang ada dalam bag masa tu :
1. wallet lahkan... dalam wallet kompem ada duit (ada duit suamiku jugak. soriiii)
2. kad2 buku 555 (credit kad lah tu.. kad utang hehehe)
3. IC (IC masa ni gambar lawa skit sbb masa tu kurus, IC yg buat baru ni ada mcm rupa bola sepak lahhh)
4. Sijil Nikah (apasal lah bawak sijil nikah?? adalahhhhh rahsia...) inilah first time haku bawak sijil nikah.. hihihi. padan muka haku...
5. Kad medical cucuk kami laki bini (macam baby le pulak ada kad cucuk.. heheheh)
6. Travelling charger HP
7. Buku cek.
8. Spec hitam Gucci (pemberian Mr. X aka bantalmate)
9. Alat2 make up..
10. Pil perancang... (hahahaha tiba2 je pulak)

dalam banyak2 tu, yang paling berharga adalah gambar ini.. yang kusimpan dalam wallet sekian lama dari tahun 1989.. sentimental value taw gambar nih.. ex boperen lama haku.

Kerugian anggaran, tak yah ceritalah.. anggap aje itu pinjaman dari Allah, mungkin Allah nak bagi lebih baik lagi dari apa yang sudah hilang itu,... Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Inilah rupa tingkap itu, walaupun ber"tinted" sekali katok aje berderai.. rasanya katok dengan hammer kot.


Moral Of the stori...
1. Letak handbag di bonet. wallet & HP letak bawah peha..
2. jangan letak handbag di kaki, mereka mungkin sengaja mencari mangsa di petro pam, sbb bila di petrol pam kita mungkin akan angkat handbag utk kuar kan duit.. masa tulah mereka datang zasssss.
3. simpan duit kat suar dalam (macam makcik yang nasihatkan haku tu..hehehe).. sangguppp???
4. Orang pompuan tak payah isi minyak.. bior suami yang isikan  (i like.. I like... I like sangatttttttt)

Kat sini jugak saya nak ucapkan ribuat terima kasih pada org awam yg berada ditempat kejadian, ramai yg memberi bantuan, dalam keadaan saya panic tu ada yg pinjamkan HP, ada yg tolong reversekan kereta parking kereta di tepi, menenangkan saya, ada yg bertanya kalau ada yg cedera, menemani saya sehingga polis sampai..  Terima kasih semuanya.

Dan seminggu selepas kejadian, ada sorang pompuan yg x dikenali tegur saya di pasar malam.. dia ada di tempat kejadian masa tu, sekadar bertanya khabar... dia kata dia biasa letak Hbang di kerusi penumpang. Bila dia lihat kejadian itu di depan matanya, menjadi pengajaran padanya... Satu hikmah yg dia dapat atas kejadian yg menimpa saya.. Alhamdulillah.
 
Kesan dari kejadian
1. saya jadi trauma, cepat terkejut jika ada moto vrooommm di tepi haku.
2. jantung dag dig dug dag dig dug bila nampak moto kapcai yg dinaiki oleh 2 lelaki.
3. bila di trafik light, mata sentiasa melilau memerhati moto dan jantung berdegup kencang..
4. Cepat terkejut dalam apa situasi pun. contoh tengah makan di restoran tiba2 ada kanak2 berlari berhampiran saya.. terkejut kau.. otomatik terus pegang wallet & HP.
5. Saya jadi lebih berhati2.. (kononnye lah... hehehehehe. Macam idok jeee)


So... kita2 pompuan semua berhati hatilah yaaa... jangan sampai ianya terjadi pada anda juga...


Ingatan dan pesanan ikhlas dari : Cek Mawar Putih, 19 May 2013, 8.40malam

** boleh ke nak pasang grill kat tingkap kereta???, itulah yg aku terpikir sekarang ni.. hahah**

Friday, 10 May 2013

Hatyai lagiii

Sabtu 20/4/2012

Inilah tempat destinasi kalau dah "gian" sangat nak mengecop pasport.. Planning last minit, add-hock..
Jam 2.30 pagi kami berkumpul di RnR Sungai Buluh. Sambil tunggu yang lain2 sampai pekena donat & hot chocklate. Perrrggg sedapnya..
cover perut ker Cek abang..
Jam 3 setengah pagi gitu kami bergerak, semuanya 6 bijik moto, 12 orang. Boleh tahan jugak dorang bawak, keter pun x berapa nak ada subuh2 gini. dalam masa kurang 5 minit nak sejam kami sampai simpang pulai. Macam biasalah, isi minyak, minum kopi, redbull, sembang2 sekejap. adalah dekat setenagh jam, pastu kami teruskan perjalanan. Nak di jadikan cerita... jeng.. jeng.. jenggggggg. Tayar moto belakang kami pancat.. tengah laju tu.. nasib baik moto ni intelligent, bagi warning.. Kami berenti tepi jalan, lagi 5 km nak sampai simpang Kuala Kangsar. yang lain2 semua dah lepas kedepan, nasib baik ada Khai n Sona memberi bantuan "cacing".. Terima kasih banyak2 yang tak terhingga kepada khai & Sona atas bantuan yang di beri. Kami suruh dorang jalan dulu, jangan risaukan kami, pandai2 lah kami nanti. Dengan berat hati Khai & Sona pergi, walaupun dorang tak mau pergi sebenarnya.. Dengan bantuan "cacing" khai kami dapat gerakkan moto sampai masuk kuala kangsar, kampung halaman kami.. hehehe. Sajeeee je yek, nak pancat kat kampung halaman..
Kami isi angin di Kuala kangsar, pastu solat subuh di toll Kuala kangsar.. adalah dekat 30 minit, bacaan angin tayar tak berkurang. so kami nekad jalan slow2 dan tukar tayar di Penang.. Sampai kat RnR bukit merah kot atau semanggol kot (tak hingat lah), kami berenti isi angin lagi, dan lapik perut dengan roti dan kopi. Mata kami mengantuk sangat masa ni.
Jam 8.40 pagi gitu, kami sampai depan kedai moto di Juru. Tak bukak lagi, ofkos lah kan subuh sepie, mana china nak bukak kedai. Haku sempatlah terlentuk depan kedai.. sampai sakit2 tengkok di buatnya. Jam 10 baru kedai bukak, pas tu tayar plak takde yang sesuai, kena ambik stok kat tempat lain...  haku memang tak tahu pasal tayar..

sambil tunggu tayar sampai, gambarlah dulu.. susah senang kita bersama yekk,
 Tayar sampai dekat sejam lebih, sampai tertidor2 aku kat kedai tu. pasangnya sekejap je..

Lebih kurang jam 12 semua siap. Kawan2 semua dah sampai border, kami baru nak gerak dari Juru. suamiku bawak slow2 je.. makan angin.. sempat jugak lah aku snap gambar masa berenti buang angin tayar skit sbb keras sangat katanye... best jugak yee berdua2an gini. idok le bawak laju, kelajuannya setara dengan EX5. Ku rasakan di kala itu JAUHHH sangat Juru ke Hatyai..
Kami berenti solat zhohor kat last toll ke utara, masa tu sempat le jugak tidor dalam sejam,, leganya.. Disebabkan Hatyai kali ini ku rasa jauh sangattttt, akhirnya kami sampai jugak ke border jam 3 petang.. Fuh leganya rasa. Alhamdulilah. Settle insurance, immigration terus shoot ke Hatyai, jam 4 lebih skit sampai Hotel Regency Hatyai.. Alhamdulillah.. Berikut adalah price list hotel di Hatyai,
 
Yang lain2 semua dah ke floating market, okehh kita layan gambar2 dorang semasa ketiadaan kami.. Besttt nya kome yekkk.... rugi betoilah x dapat join kome semua... Ada lah hikmahnya tu.



Di malam nya macam biasa jugaklah.. makan makan dan makan.. Faberet haku tak lain tak bukan pulut mangga/durian.. Di Hatyai bersepah2 gerai jual pulut mangga. Hokey kali ni haku nak bagi tips pulut mangga yang paaaaaaaaling sedap di hatyai. Haku paling suka pulut mangga kakak purdah di depan Pink Lady. kedai nya bukak agak lewat skit dalam jam 10 malam.berdekatan dengan kakak purdah tu ada jual mee sup.. Suami ku sangat suka mee sup tu katanya sedappp..., pastu kat situ jugak ada jual tea tarik, dulu2 tea tariknya sedapp, tapi malam ni rasa mcm tak sedap plak..



Alamak... tiba2 le plak rasa mcm nak makan pulut mangga+durian. Sapa tahu kat KL mana yang sedap? tolong bagi info...

21/4/2013 Ahad
Di keesokan hari nya kami gerak pulang.. Singgah rumah kakak ipar di alor setaq.. hidangan makanan yang sangat2 sedap.. bertambah2 haku makan.. hehehe

Lima bijik moto dari 6 kesemuanya. sebijik lagi malu2 harimau. nyorok bawah pokok
 Moto nyorok bawah pokok
 Kami di depan rumah kakak ipar..


Dah kenyang kami terus balik... Terima Kasih Kak Yati atas layanan dan makanan yang sedapp..


Lain2 entry berkaitan dengan Hatyai
http://mawarputihsuciku.blogspot.com/2012/01/pengembaraan-ke-hatyai.html



Babai..
Mawar Putih
(dah malas2 nak menulis..)






Saturday, 13 April 2013

Langkawi


Langkawi bukan tempat asing bagi orang Malaysia.. Boleh di katakan semua orang Malaysia pernah ke Langkawi. Kalau orang pompuan ke sini takde lain kompem membeli belah pinggan mangkok, hakupun x ketinggalan..
Ke Makam Mahsuri, telaga tujuh, Beras mati, Caber Car dan banyak lagilah.. perkara wajib kalau ke sana. Tapi kalau dah 2, 3, 4 kali kesana takkan nak pergi lagi kan? Tak kuasa haku dah..

Ke Langkawi kali terakhir aku kesana 6 tahun sudah by air asia. Sebelum tu jugak dengan air asia.. Maknanya dah lama aku tak ke Langkawi dengan Feri. Seingat2 aku terakhir naik feri ke Langkawi masa cuti semester zaman belajar dulu. Lamanyeeeee..

Kami naik feri dari Kuala Kedah, sampai di trafic light Kuala Kedah ada moto ketuk2 tingkap kereta, dan offer parking di rumahnya.. Terkezut lah jugak bila tiba2 ada mat moto ketuk2 tingkap keter.. Emmmm cara appoach tak berapa menarik lah brader... Tapi kami pi jugak parking kat rumah nya. Cek Abang ku siap snap gambar orang tu dan snap gambar motornya.. iyelah kena waspadakan.. kot apa2 jadi.

Feri tiket dewasa RM23, Kanak-kanak RM17. Di Jeti Kuala Kedah ada banyak tour agent, Sambil2 tunggu feri jam 10.30, kami TERAMBIK pakage "The Mangrove Boat Tour" utk 4 jam , pakage offer 1 boat hanya utk kami sefamili, dan sewa kereta pun kami ambil dengan agent yang sama, kami sewa kereta Wira. Masa kami berurusan dengan tour agent ini dia sentiasa call orang di Langkawi untuk make sure kereta yang kami mahu kan dan pakage boat ride kami menepati apa yang kami mahukan, dengan kereta sewa saya dengar dia maklumkan feri kami jam berapa dan jam berapa kami akan sampai langkawi.. So maknanya bila kami sampai je kereta dah ready.. Kami puas hati dan duit down payment di bayar. settle.

Schedule perjalanan kami tertulis di tiket jam 10.30.. Rupanya 10.30 baru panggil utk Q masuk feri. Gedebak-gedebuk jam 11 baru feri jalan...

Dalam Feri haku tidor je.. so haku x tahu ombak kuat ke, feri laju ker?? Tapi kata dek Cek Abang ku feri laju (bestnya tidor, sampai sakit2 tengkok)

Baru sampai Langkawi, Posing sambil tunggu kereta sewa sampai

Sampai di Pulau Langkawi, kami tunggu kereta sewa sampai, tapi yang sampai bukan kereta Wira. Katanya Wira lewat sikit, yang ada Gen2. Adoyaiii.. masa deal di Kuala Kedah tak pulak habaq Wira ada masalah, sampai sini cerita lain pulak.. Tanpa buang masa dan tak mahu cerewet sangat kamipun setuju tukar ke Gen2, kena tambah sewa RM20..
Kami 6 beranak sumbat dalam Gen2, cuba bayangkan. Lantak rasakan korang sempit2 dalam kereta.. duduk dalam kereta luas dan selesa pun bergaduh, ni kan kereta sempit2, iyo lantakkan kome.

Di langkawi kami sewa motel je.. semua hotel dah penuh sebab Lima. Kami sewa Riverra Inn, memang selesa, bersih, murah dan dekat dengan town. Hotel ni wifi free, memang tu yang ku cari senang nak tinggalkan anak2 ku di hotel bila masa haku nak berjimba dengan pinggan mangkuk, periuk belanga di idaman suri dan Hj Ismail group.. Worksmartt.. Upsss satu lagi sebab cuti2 pun haku kena buat kerja opis jugak Uwwwaaaaa.. sob.. sob.. :-(
Hokey, sila layan webpage hotel disini  http://www.riverrainn.com/ 
Model sedang "catwalk" masuk ke Riverra In

Hari pertama disini, adalah hari diriku.. heheheh Syiokknyee.. hip hip horeyy. Anak2 herro 3 orang ku pesan tinggal di bilik elok2 naaa.. main lah game ipad ipod dan entah hapa2 lah lagi sepuasnya yaaa... wifi free, download lah apa aje game yang kome suka..
Sepetang Cek Abangku dan anak dara ku melayan diriku di Pekan Kuah, lepas satu kedai ke satu kedai ku terjah.. Terima Kasih Khalifah ku dan princess barbie ku.. I lap you, muahhhzzz.. Pekan Kuah tidak banyak berubah compare 6 tahun sudah.

Nak dijadikan cerita, malam tu princess barbie ku semput.. jam 1 pagi kami bawak ke Hospital Langkawi sbb tiada klinik yang buka 24 jam. Dengan hanya RM1 dapat rawatan nebuliser, dan ubat2an.. Ya Allah murahnya. Prosedure doktor merawat jugak sangat puas hati, setaraf hospital swasta. Thumps up untuk Hospital Langkawi.

Ke esokan harinya kami di ambil oleh van dan di bawa ke Kampung Kilim. Kami ambil pakaj 4 jam menyusuri sungai Kilim sampai ke Tanjung Rhu. Perjanjian asal masa deal dengan agen di Kuala kedah boat kami sefamili sahaja.. tup tup sampai sini kena share dengan group lain. Pulak dah.. Haiyaaaa. Disini kata kalau x mahu share kena tambah lagi RM60 hinggit. Adoyaii.. Sana cakap lain sini cakap lain. Cara ginilah yang boleh merosakkan industri pelancongan di Langkawi..

Menunggu Ayah & Ibunya tengah deal dengan agent di Kaunter.
Boat di jeti Kampung Kilim.
Di pendekkan cerita kami share dengan sorang mat salleh dari Belanda. dan 2 boat di handle oleh 1 tour guard. Bayangkan... tour guard tu sekejap melombat ke boat sini sekejap melompat ke boat sana.. hehehehe siannyaa..
Tour guard tengah bagi briefing sebelum mulakan pengembaraan.


kami dalam boat
Tempat pertama kami di bawa ke Gua Kelawar, Dalam gua tu ada banyak kelawar tenagh tidor. Dalam gua ni tak boleh bising..

Kemudian kami singgah di satu tempat (tak tahu apa namanye entah) tengok ikan peliharaan dan kami order air disini, tak termasuk dalam pakaj yaa, bayar sendiri. Pemandangan disini memang cantik.
Selepas itu di bawa ke gua buaya. Mulanya haku ingat memang betoi le ada buaya, rupanya di beritahu gua tu seakan2 rupa kepala buaya. Tapi haku tak nampak le pulak macam rupa kepala buaya.. Disebabkan air pasang boat tak dapat melepasi gua buaya ini. sepatutnya boat masuk dalam gua ini dan akan tembus di sebelah sana.. beberapa boat lain juga cuba melewati gua ini tapi tak berjaya, kena reverse.. siannyeee.
Kami meneruskan perjalanan, cantikkan pemandangan disini.. Oh Malaysiaku, memang cantik.
Sampai ke satu kawasan yang banyak monyet. Nak dijadikan cerita sekor monyet melompat ke dalam boat kami. menjerit2 kami anak beranak, nakal monyet nih.. dia rentap plastik bag di tangan suamiku yg dalam nya ada bekalan roti.. Rezeki monyet tu dapat makan roti, lapar rupanya monyet nih.. Sian dia..
Lepas tu tengok helang, diberitahu nama langkawi berasal dari seekor Helang yang bernama Kawi. Syok tengok helang terbang bebas.. dan sesekali turun ke permukaan air menangkap mangsanya..

Tengah hari kami di bawa makan di sebuah restoran terapung, makan nasi goreng. Makanan termasuk dalam pakaj, Ku bayangkan nasi gorengnya sesedap Siam, tapi hampa.. huhu.
Disini juga ada banyak ikan, udang & soto peliharaan. Kita boleh pilih ikan mana nak, pastu terus masak.. macam menarikkan.. satu hari nak cubalah..
 Lepas makan kami di bawa ke Tanjung Rhu.. Pantai yang tercantik di Langkawi.. Pantai di laut andaman.. Si montel dan Princess  Barbie je yang mandi, anak teruna lagi 2 orang tu malu2 nak mandi.. hihihi dah tahu malu yek kome..


 Kemudian kami di bawa ke lautan Andaman, tengok ikan lumba2.. wow bestnya, tapi sangat susah nak tangkap gambar ikan tu.. sekejap sangat timbunya..
 Di kejauhan kelihatan pulau, kata tour guard tulah Thailand.. Haku rasa Pulau Koh Lipe kot.. Pastu kami di bawa ke gerbang tertulis "KILIM GEOFOREST PARK".. Memang cantik tempat ni.. dalam gambar tidak dapat menggambarkan kecantikan sebenar.. Haku terpegun. Sumpah Malaysiaku memang cantik rupanya (baru sedar ke makcik mawar oiii??..)

Pakage kami berakhir disini, Kemudian kami di bawa semula ke jeti di kampung Kilim. Van tantar semula kami ke motel.. Sampai bilik jam 3 lebih, sempatlah tidor sat..  Lewat petang tu aktiviti kami makan laksa dan cendoi.. 2 pinggan laksa ku makan petang tu.. sepinggan dekat idaman suri dan sepinggan lagi dekat pekan kuah.. sedapppp.. bruuukkk.. Alhamdilillah kenyang sudah.. Alamak baru teringat 3 anak teruna di hotel tak makan lagi.. heheheh jom balik cepat Ayah.. sian dorang. (rupanya dorang dah kenyang makan game haha)

Ke esokan nya, selepas subuh kami dah check out,  Errrrr... sapa punya barang yang banyak sangat nih. Ada yang duduk atas bag dalam keter nanti ni haaa... hihihi... sayang korang sbb tolong hangkat & tolak barang2 ibu. Lap you all. Kami shoot terus ke Keyyell.

 Hokey.. babaaaaaii.


Mawar Putih
13/4/2013 : 1017pm