Perjalanan dari Cha Am - Lamphang 777km. (Total : 2,089km)
Jam 5 pagi semua dah berkumpul di lobi guess house. Kami dapat tidur tak lebih dari 3 jam sahaja. Yang paling kesian sekali Abg Mat & Kak Ani semalamnya mereka dahlah tak cukup tidur sbb straight shoot dari KL-Hatyai-ChaAm. Memang otailah dorang nih.. Tayar golek jam 5.10am tapi singgah dahulu di seven eleven berhampiran untuk lapik perut minum nescafe ke, milo ker.. lepas nih entah bila2 le hagaknya kitorang dapat makan.. Perjalanan ini memang jauh, planing asalnya ke Mea Sariang iaitu 900km.. Fuh jauhnya.
Seperti biasa jugaklah imam baca doa sebelum memulakan perjalanan. Jam 6.30 pagi berhenti di stesyen minyak untuk isi minyak dan solat subuh.. Perjalanan di teruskan, sambil2 tu kitorang cari2 jugak kalau2 ada masjid, kenapa cari masjid pulak.. padahal dah solat subuh.. hehehe kalau ada masjid maknanya adalah restoran muslim.. Matahari dah naik tinggi, tangki moto dah beberapa kali isi, tangki perut masih belum berisi lagi nih.. Akhirnya kitorang berenti di seven eleven dan keluarkan bekalan meggi, serunding dan entah hapa2 lagi yang ada.. Yeaahhh enak sungguh meggi dikala itu, boleh tak masa tu ku rasa meggi seperti piza yellow cap. hahahahah... Masa nilah dapat rasa makan berdiri beramai2 di kaki lima kedai, sambil masing2 menjeling makanan org sebelah, kot2 lah ada yg bawak nasi lemak ker, roti canai ker.. hahahahah.
Perut dah kenyang.. alhamdulillah. Perjalanan di teruskan lagi, tayar golek melalui Ratchaburi, Nakhon Pathom, Suphan Buri, Chai Nat, Nakhon Sawan.. Kalau taksalah saya kami ada berhenti di Nakhon Sawan.. tempat istirehatnya menarik ada buaian kayu.. Walaupun penat sudah mula melanda diri ini tetapi rasa terhibur jugaklah dengan suasana disitu.. happening dan meriah, sayangnya takde makanan halal.. minum kopi espresso jelah, untuk hilangkan ngantuk.
"On the bike" ketua rombongan Cik Kiah yang dikenali dengan nama manjanya Tasya (Jangan pandang pada nama, dia lelaki gagah pekasa okey!!!).. Kelam kelibutlah hakuuu.. masa tulah baru nak ke tandas.. Vrooommmm.. perjalanan di teruskan menghala ke Kamphaeng Phet, jalannya straight je cuaca macam panas kering, langit tiada awan, macam nak hujan tapi tak hujan.. pokok2 ditepian jalan semuanya kekeringan, agaknya dah lama tak hujan kot.. syok juga melihat pemandangan menarik sepanjang jalan tapi sayang sbb tak dapat keluar camera, kalau snap gambar moto depan masa nih memang cantik, awan biru, kiri kanan pokok kekeringan, tanah rata ada sedikit bukit di kiri dan kanan.. Bilakah agaknya dapat lalu jalan nih lagi.. Adakah aku sanggup melalui nya lagi?? Emmppp kena 10 kali fikir..
Setiap kali berhenti isi minyak, macam-macam ragam dapat lihat, ada yang sebuk meng update status FB (haku lah tu), ada yang sebuk tangkap gambar (haku jugak lah), ada yang dok tanggal seluar (not meeee).. muahahahaha. Cuba lihat gambar di sebelah, suami sapalah yang tanggal seluar tu yekkk..
Kitorang sampai di Tak (salah satu nama tempat di Thailand) sudah hampir jam 3 ptg, masa tu tayar sudah bergolek sejauh plus minus 600km, thats mean ada lagi hampir 300km lagi untuk nyampai ke Mea Saring. adoyaii jauhnya lagi... Perut pun lapar tak jumpa lagi nasi.. minum air dan makan buah sahaja sepanjang perjalanan.. (ku sangka berat ku turun 5kg dikala itu.. hahaha).Ada juga yang mengambil kesempatan tidur.. Hishhh boleh ke tidor tu?? ke ataupun memikiri bagaimanakah perjalanan balik nanti..Haaaaa!! belum sampai ke destinasi dah pikir camana nak balik?? hahahah. itulah sebenarnya yg bermain di dalam pikiranku... Agak lama jugak kami beristirehat disitu.. sambil tu ketua rombongan bz men"study" peta kalau terjumpa jalan shot cut ke Mea Sariang. Kitoran nekad kalau dah lewat petang tidur sahaja di mana2, tidak berani nak teruskan ke Mea Sariang sebab jalannya jika di zoom dalam google macam ular kena palu.. Hishhh tak beranilah nak jalan waktu malam sbb kita tak tahu condition jalan tersebut.. Ketua rombongan lebih utamakan keselamatan. Thumbs up to ketua rombongan. Setelah hampir 45 minit rehat, kami teruskan perjalanan, tak sampai 10 minit tiba2 terjumpa kedai makan muslim.. Ya Allah syukran syukran!! semuanya kelaparan.. Bantai jelah apa yang ada..
Dari penduduk tempatan kami diberitahu dari Tak ke Mai Sariang perjalanan ambil masa 3 jam. Mak aii, lamanya, jam dah pukul 5 ptg. Kami teruskan perjalanan setakat mana yang mampu.
Nampak sangat semuanya dah tak larat, baru tayar golek dalam 80km dah berhenti semula.. masing2 muka dah macam belacan, tempoyak, cencalok, budu.. ikut negeri masing2lah. saya dan suami kompemlah macam tempoyak..hehehe. Tengok gambar sebelah ni nampak sangat penatnya, nuuun di belakang tu pulak cik lala sedang sebuk mencari hotel di Lamphang dengan samsung galaxy tab.. kami pulak sedang bz meng"snap" gambar sendiri.. Idok le reti nak nolong cari yek.. Heheheheh... Akhirnya kata sepakat semua setuju tidur bandar yang terdekat, iaitu Lamphong lebih kurang 120km dari tempat kami istirehan. Hari sudah nak gelap, kami meneruskan perjalanan, kayuh pelan-pelan bak kata orang sekarang.. Akhirnya sampailah kami ke Lamphong.. Fuh lega, bayangkan hari ini tayar golek dari jam 5 pagi sampai jam 7.30 malam.. Jam 8.30 berkumpul semula di lobi hotel utk menjamu selera dengan menaiki tut-tut, kos tut-tut 100bat per couple dan mereka tunggu sampai habis makan.
Tapi kedai makan tu taklah jauh mana pun dari hotel.. Di kedai tu ada kanak2 mukanya sebijik macam muka Imam (lihat gambar bawah)..
Kena "ngusik" aje Imam malam tu dek PakWan dan AbgMat. Kak Rahmah senyummm jee..Makanan di sini semuanya sedap. Melo aisnya terbaik. Nasi goreng & tomyam pun sedap, mee sup pun sedap jugak.. Pancake banana + gula + susu pekat manis pilihan saya, takcukup tambah pulak pankcake banana + melo, confirm berat naik 2 kg. Malam tu berselera sungguh.. semua pinggan licin.
Perut dah kenyang jom balikk.. last sekali balik Tasya&Lala dan Safri&Sue.. Disebabkan tut-tut Tasya&Lala sangat kecil dibandingkan mereka yang gagah pekasa, susah jugaklah mereka nak adjust kedudukan supaya boleh sumbat mereka berdua di dlm tut-tut. Bayangkan tempat duduk tut-tut mereka sebesar mainan kanak2 dishopping komplek (alaaa... yang masuk duit, pastu ia begerak sambil main lagu doremon ker, barny ker..) Kami gelak ngekek2, sampai sakit perut kah kah kah.. dengan baik hati dan rasa tulus ikhlas, saya & suami volunteer tukar tut-tut.. Selepas Tasya&Lala pergi bersama tutut kami tadi, nak di jadikan cerita tutu yg di tukar tadi x boleh start.. Ah sudah.. hanya tinggal kami berdua sahaja.. nak balik hotel tak tahu, nama hotel pun tak hingat... Kesian pulak tengok driver tutu tersebut (perempuan).. bila dah boleh start baru jalan sekejap tiba2 rantainya pulak terjatuh... Rasa nak tergelak pun ada, rasa simpati pun ada, rasa takut pun ada.. heheheh. Dipendekkan cerita kami balik hotel jalan kaki je.. Ohhh! dekat je rupanya... Moral of the stori, lain kali jangan ketawakan orang. Sampai je bilik, apa lagi mau buat, badan penat perut kenyang.. titon ZzzZZZZzZZZZzZZ
Tunggu sambungan Day 4 perjalanan ke thousand corner.. tunggguuuuuuu!!!!
Mawar Putih
20 Feb 2012
sangat menarik ceritanye!
ReplyDelete