Perjalanan dari Pai - Mae Hong Soni - Pai 240km. (Total : 2,562km)
Sejuknya pagi di Pai. Rasa macam tak mau mandi pagi. Jam 8.30 kami dah berkumpul di bawah guess house. Pada mulanya plan nak terus check out, tapi bila dok fikir tak puas menikmati malam dingin di Pai so planning akan bermalam lagi di sini. bermakna moto yang bertong telah di kosongkan, senang skitlah kot nak bawak, taklah berat sangat. kannn?? Sebelum bertolak kami breakfast dulu.. bubur nasi, sedapp. Lepas semua dah isi perut.. tiba2, alamak sakit perut daaa... nak kena cari mr.J. so kami semua balik semula ke guest house.. rebut2 masuk toilet ahahahahak. Hampir jam 10 baru kami bersedia untuk bertolak ke Mae Hong Son, dah pakai helmet, sarung tangan dah duduk atas moto, enjin moto pun start.. tiba2 moto Pak wan tak boleh start sbb kunci bateri nya weak. Ah sudah!! kelam kelibutlah Pakwan cari bateri di seven eleven tapi x sama.. Nasib baik masa tu ada yg teringat pengalaman kawan lain yg pernah mengalami masalah yang sama, start moto GTR pakai manual.. Alhamdulillah motor PakWan dapat start.. Syukur Alhamdulillah!!
Perjalanan kami ke Mae Hong Son pun bermulalah... jeng jeng jenggg... Perjalanan memang mencabar dari segi cornering, Kami menggunakan walkie talkie untuk beri info kepada motor di belakang. Ianya sgt penting untuk komunikasi antara kami, Lala ditugaskan utk memberi info pada motor di belakang, dah mcm operator lalu lintas le pulak, antara kata2nya yang selalu di lontarkan ketika itu "boleh makan jalan, jalan clear jalan clear" , "Ada corner tajam di hadapan, slow down" , "ada kenderaan 4WD color hitam di hadapan" (siap sebut color kereta tu yg haku nak gelak tuh) , "Okey lepas kereta blablabla boleh makan jalan, clear, clear".. Wah memang jelas dan perjalanan kami jadi lancar.. Tapi yang paling best sekali "ada lembu di hadapan, eehh silap.. oranglah, bukan lembu." muahahahahaha.. orang dgn lembu pun dah confuse. Di pertengahan jalan kami berhenti untuk melihat permandangan yang menarik sambil menjamu mata dan membasahkan tekak. Sambil2 tu di hiburkan oleh makcik main seruling.. hihihi kelakarlah makcik nih dah macam jatuh dlm tepung je muka dia.. kalaulah terjumpa malam2 mcm nih mahu haku ingat hantu.. hikhikhik
Perjalanan Pai Ke Mae Hong Son hanya 120km je tetapi di sebabkan jalannya yang tiada jalan lurus, kami mengambil masa hampir 2 jam setengah untuk sampai di Mae Hong Song.
Lihatlah gambar di sebelah ni.. inilah jalan yang akan kami lalui nanti.. Wah!! hati mula rasa teruja.. hip hip horeyy.. Dalam perjalanan ini, ada juga moto kapcai yang di tunggang mat saleh, hishhh berani sungguh dorang yek, takde safety suit, takde fullface helmet, kalau jadi apa2 kan susah. Jam 12 kami sampai di Mae Hong Son, kami berhenti di pintu gerbang Mae Hong Son. Seronoknya rasa masa tu.. apa lagi bergambarlahhh.. Lihatlah aksi kegembiraan kami semua.. Ada yang baring santai, terduduk, menonggeng, aiiikk!! sujud syukur pun ada..Sumpah memang seronok trip ini.
Dah puas bergambar?? jom kita terus mencari "pejabat daerah" Mae Hong Son (apa ntah nama opis tu.. hentam ajelah "pejabat daerah') land mark nya berhampiran dgn post office.. terletak di sebelah kiri post office. Kat bawah ni gambar motor kami di hadapan "pejabat daerah" Mae Hong Son tempat untuk mengambil sijil. 5 bijik moto yg telah berjaya mengharungi 1864 corner.. Pwiiuutt!! rasa bangga doww.. Rasa macam dapat anugerah dekan atau dapat PHD le pulak.. muahahaha
Yang paling best sekali rupanya sijil tu beli je.. dengan harga 20bat.. murah gila, macam x de value je.. hishhh jauh2 datang kalau jual sijil tu 500bat pun haku sanggup beli, nikan pulak 20bat je.. mamak kasi 10 keping (mcm order roti canai hahaha).. Pendapat saya hamba yg hina ini, bukanlah sijil tu yg di kejar tetapi pengalaman melalui 1864 curves itulah yang amat penting.. Kami telah membuktikan perjalanan ke thousand corner bersama pillion bukanlah satu masalah, yang penting rider cukup bersedia dan berpengalaman mengendalikan moto. Pillion juga memainkan peranan yang penting. tugas saya masa tu memastikan moto di belakang ada, jika moto di belakang tiada, kami akan memperlahankan moto supaya antara kami tidak terputus.
Moto depan tak boleh terlalu laju meninggalkan moto belakang, sbb kalau apa2 berlaku pada moto di belakang tiada sapa yg tahu. Kerjasama seperti itulah yang amat penting di kala itu. Thumbs up to our rider, Tasya, Imam, AbgMat, PakWan & My Darling..
Dah dapat sijil, terlaksana sudah impian kami.. barulah terasa lapar, mana taknye pagi tadi makan bubur nasi je.. Misi mencari masjid bermula, nasib baik nak cari masjid senang jumpa, nama masjid tu Nuruth Taqwa. Sebelah pintu gerbang masjid ada kedai makan muslim.. apa lagi terus serbu kedai makan.. heheheh. Dah kenyang baru sembahyang, air di masjid sangaaattttt lah sejuk, mcm ais batu.. tak dapatlah nak dibayangkan pd malam hari, mesti lagi sejuk.
Di dinding kedai makan tu ada "jalan-jalan cari makan". Waahhh!! "Jalan-jalan cari makan" dah sampai sini.. Apa lagi kami pun tinggalkan jejak kami disini, tampal sticker kami di bawah "jalan-jalan cari makan".. heheheh.
Lepas makan sesi mencari tshirt pulak, alamakkk tak banyak sangat pilihan lah.. tapi tshirt nya lebih qualiti dan agak mahal skit dari Pai. Dalam jam 4 kami bertolak balik semula ke Pai.. Alhamdulilah perjalanan kami lancar. Singgah sebentar di tempat kami singgah pagi tadi.. alahai makcik tadi dah hilang bedaknya.. hehehe, suka sungguh makcik tu bila jumpa kami lagi.. mana taknya abis semua duit syiling siam kami sedekat kat makcik tu.. sian pulak tengok yekk!! Kami sampai di Pai jam 6.30 petang, Alhamdulillah.... Jam 8 malam lepas magrib kami keluar makan dan shopping shopping, yuhuuuuu i like..
Yang paling saya suka di night markit disini ialah jagung rebus.. sedap giler.. rasa lemak, masin semua cukup, tak sama macam KL.. Tea tarik dekat pintu masjid pun sedap..
Malam tu lepas balik kami lepak di guess house, postmortem meeting aktiviti siang tadi.. macam2 cerita keluar, semua ketawa ngekek-ngekek.. Ada juga yang sambung makan malam tuh.. makan meggi, hehehehe..
sebelum tidur dah siap2 packing bag esok nak ke Chiang Mai.. Jomm tidorrrr... Ahhh! masa ni terasa rindunya pada anak-anak.. dalam selimut menitis juga air mata.. uwaaaaa, tak sabarnye nak balik.. i miss you all bebehh.
Malam tu lepas balik kami lepak di guess house, postmortem meeting aktiviti siang tadi.. macam2 cerita keluar, semua ketawa ngekek-ngekek.. Ada juga yang sambung makan malam tuh.. makan meggi, hehehehe..
sebelum tidur dah siap2 packing bag esok nak ke Chiang Mai.. Jomm tidorrrr... Ahhh! masa ni terasa rindunya pada anak-anak.. dalam selimut menitis juga air mata.. uwaaaaa, tak sabarnye nak balik.. i miss you all bebehh.
Mawar Putih
*aku yang merindui mu (along,angah,abgcik,syasya)*
28 Feb 2012
Salam Puan Tanah. Terima kasih info nyer. In Syaa Allah Dis '13 ini aq akn ke sana. 1K Corners. Solo rider jerk. Yang paling best buat aq ketawa sorang-sorang ialah bab walkie talkie tuu.Santai corak penulisannya. I like. Bab face makcik masuk tepong tu satu kenakalan penulisan yg kira best, sekali tengok gambarnya patut pun ... Ha3.... seronok membaca artikal ini dari part 1 hingga part 4 perjalanan,
ReplyDeleteSalam juga utk ur hubby. Jemput ke blog aq www.peceq.blogspot.com
JazakAllah Bil Khair.
Terima Kasih ya.. Semoga selamat perjalanan nanti. sekarang juga saya menerjah blog mu.
Delete:-)
kami rider motor kecik kawasaki ksr 110cc pun ada plan nak layan thousand korner ujung tahun 2014...kami baru je lepas tapaw krabi,phuket,ranong,kawthaung(selatan myanmar,koh samui,songkla dan betong dr 14 jan to 19 jan 2014..agak agak akak ler kalo kami geng motor kecik ni p sana 9 hari pergi balik cukup tak...kami speed 90 km to 100km jerr
ReplyDelete