Good morning Kanchanaburi.. Pagi ini kami akan berangkat turun ke selatan Thailand. Pagi ni kami breakfast di hotel bersama2 dengan bekalan yang di bawak. Ada maggi, ada serunding FELDA, ada roti, ada tuna dan lain lain. Tengok tu, penuhkan meja.. ini semua gara2 semua org tak mau bawak balik bekalan makanan. Sambil2 makan bersembang lah pasal makanan, teringat pulak masakan di perkampungan muslim di Samui, memang terbaik masakan disana. Lepas tu ada pulak yang beri cadangan terus shoot ke Koh Samui. Kerja gile betul dorang nih. Samui tiada dalam agenda.. Tapi tiada yang mustahil dengan motor kemana sahaja boleh pergi. I like!!..
Lagi pun memang makanan di Kanchanaburi agak mengecewakan saya, tiada yang menarik, tiada makanan yang buat haku termimpi2, terbayang2. sticky mango pun tak jumpa, pancake banan pun tak jumpa.. mee ala-ala secret recipe pun x jumpa.. kucewalah..
Ada orang tu boleh baca dah paper siam.. Syabaslah cik abang. Agak2 berita harian ke, utusan melesia ker boleh tak kuar front page gambar gitu, yang mcm kat paper siam tu.. tak nampak ekk?? double klik lah kat gambar sebelah ni.. hehehe.
Sambil makan2 aku belajar main snooker.. eiikk best jugak ekk. Cik abang saya cakap, hantam sajalah tuju bola tu.. janji masuk lubang.. hehehhehehe. Malas nak ngajolah tu. Hishh buruk benor kalau org pompuan main snooker..
Seperti biasalah sebelum bertolak tasya akan beri taklimat,Wah tengok gambar bawah nih, bukan main tekun dan tawaduknya mereka mendengar pesanan master tasya. Dan macam biasa jugaklah bacaan doa sebelum memulakan perjalanan
Sebelum tayar golek kita bergambar dulu di hadapan hotel. Nama hotel nih "Camelia Resort", not bad lah hotel nih boleh bagi 6per10.
Tapi sebelum meninggalkan Kanchanaburi, kami ke landasan ketapi maut, sbb semalam x sempat nak bergambar disitu.
Yang sebenarnya moto tak boleh suka2 hati makbapak parking disitu rupanya.. tengah syiok2 kami bergambar, membeli belah tshir2 disitu sambil ditemani mentari yg sangat panas tiba2 polis siam datang.. polis tu cakap siam, hagaknya nak bagi tahu suruh kalihkan moto kot, tapi herro2 kami yg gagah perkasa tu pandai bodek, kasi tabik spring kat polis tu, pastu ajak bergambarlah dgn polis tu... hehehe pandai ya korang ni. TERBAEEKKK..
Yang kat bawah ni gambar isteri2 yang solehah dibawah lindungan kabah, heheh.., kemana sahaja mengikuti arahan suami.. sebab tu kami sampai disini bersama suami.. suami yang ajakk, kami bukannye nak ikut sangat pun (iyer kerr??).. Hahahaah, peace no war!!
Okey.. layaaaannn!! gambar yg di ambil disekitar "landasan keretapi maut"
Lepas tu kami bergerak ke "Kanchanabury War Cemetery". Wahh.. banyaknya kubur, ada kubur Melayu, China, India dan orang putih.. Beribu2 yang mati untuk membena landasan keretapi tersebut. Inilah hasil sejarah menunjukkan kekejaman Jepun. RIP untuk mereka yg bukan beragama islam dan alfatihah untuk mereka yang beragama islam. AL-FATIHAH...... Ameen
Gambar kitorang bersama pasangan masing2 di hadapan pintu masuk.
Safri & Sue |
Khai & Son |
Tasya & Lala |
Abgsham & KakIzan |
Sebelum berangkat pergi, hero2 kami yang sedang mengandung 2 bln, 3 bln, 4 bln dan 5 bulan memberi tabik penghormatan untuk kali pertama dan terakhir. Syiannnn kome yekk.. nak bawak perut lagi, nak bawak moto lagi.. :-)
Ni apa ke hey nye nihh. Orang lain semua dah abis tabik, dia masih tapik lagi, tegak pulak tu berdirinya..
Ini pulak aksi-aksi isteri solehah yang ta'at cakap soami.. heheh
Okey... on the bikee. VRooomm, halamak jalan jammed lah pulak..
Tiba2 terserempak rider dari Singapore. Mereka tengok kami dan kami pun tengok mereka.. tiada kata2 hanya tangan sahja yg melambai.
Cuaca sangat lah panas, 37 darjah, bayangkan jeket tebal, seluar tebal, fullface helmet, glove lagi.. Fuyooo memang sauna di buatnya.. Sepatutnya berat boleh turun 2kg, kannn???
Hala tuju kami ke Damnoen Saduak floating market
Floating Market Damnoen Saduak ni terletak 94km dari Kanchanaburi dan juga hampir 80km nak ke Bangkok.
Kami sampai dalam jam 1, Perut pun dah lapar, so kami makan dulu di kedai muslim yang betul2 di main pintu masuk. Makan mee.. sedap mee nya. Lepas makan terus naik sampan. Kat sini memang real lah punya floating market, tak sama mcm kat Hatyai. kat sini kami naik sampan dan penjaja2 juga ada yang bersampan dan ada yang di kedai. tapi memang menarik lah. kita duduk je dlm sampan. tunjuk2 je apa yang nak. dapat jugaklah haku sambar tshir seisi rumah..
Jam 3 petang kami teruskan perjalanan ke Samui. Kononyalah.. Boleh ke sampai tu.. Memang tak boleh sampai, sbb dalam perjalanan sebelum sampai Cha am, angin sangat kuat, hero2 kami susah nak control motor, haku yg duduk kat belakang pun terasa sakit tengkok sbb menahan angin.. Akhirnya kami terus singgah Chaam. bermalam ni Cha Am. Jam 4 lebih kami sampai Cha Am. Akhirnya di Cha Am dapat jugak makan pan cake banana.. wuyooo bestnye mabelesss..
Okehh!! dah penat berjalan, dan perut pun dah kenyang serta hasil kumbahan pun sempat ditinggalkan disini (muahahahahaa) soooo, jomlah kita balik. Mata dah ngantuk esok selepas subuh nak bertolak ke Koh Samui.. Jadi jugak nak ke Samui yek.. Yahooo. terbayang2 dah makanan yg lazat disana..
Jam 3 petang kami teruskan perjalanan ke Samui. Kononyalah.. Boleh ke sampai tu.. Memang tak boleh sampai, sbb dalam perjalanan sebelum sampai Cha am, angin sangat kuat, hero2 kami susah nak control motor, haku yg duduk kat belakang pun terasa sakit tengkok sbb menahan angin.. Akhirnya kami terus singgah Chaam. bermalam ni Cha Am. Jam 4 lebih kami sampai Cha Am. Akhirnya di Cha Am dapat jugak makan pan cake banana.. wuyooo bestnye mabelesss..
Malam tu kami sewa van toyota (apa entah namanye) untuk ke Hua Hin.. tapi mmg selesa, siap ada karoke lagi..
Tapi sebelum tu kita mamam dulu.. nyammy yammy sedapnya..
Jarak dari Cha Am ke Hua Hin lebih kurang 50km. Hua Hin ni bandar kesukaan Raja Thailand, Cost hotel di Hua Hin agak mahal skit, tapi night market di Hua Hin memang terbaeekkk.. Sebab tu kami tidor di Cha Am, hotel di Cha Am boleh dapat 500bat sahaja. Murah kan??? Okey layaaaa. gambar2 sekitar night market di Hua Hin
~Mawar Putih~
Hatiku sedih kala ini mengenangkan nasib dia
Janganlah engkau berbahagia di atas kedukaan orang lain
Total perjalanan sehingga kini 1860km
No comments:
Post a Comment