Friday, 6 July 2012

Day 5 : Kanchanaburi : 4 sejoli berjoli di Samui



 Day 5 : 1 May 2012 : Heading to Koh Samui




Good Morning Cha Am. Selepas solat subuh kami sudah bersedia untuk bergerak turun ke selatan Thailand. Kami singgah 7 eleven untuk lapik perut, Nescafe secawan, dah memadai. Macam biasalah snap gambar. Nasib baik ada juru gambar yg ber"kalibar"..
 Sebelum tayar golek bacaan doa yang di ketuai oleh Al Ustaz Khae. Semoga perjalanan kami selamat dan dilindungi dari bala. Ameeenn....
Lebih kurang jam 6.45 kami meninggalkan Cha Am. Entah bilalah dapat sampai Cha Am lagi kan. Jarak antara Cha Am ke Koh Samui dalam 587km. Kami melalui segenting Kera. Disebabkan ini trip kali kedua lalu segenting kera, so haku dah tak de rasa macam kera dah.. hehehe. First trip dulu masa ke thousand corner memang aku rasa macam kera duduk kat belakang moto.. TAPIIIIIi kali ini aku rasa macam tuan puteri.. muahahah, ini semua ayat2 supaya next trip di bawak lagi.. :-)

Okey, dibawah ni gambar2 sepanjang perjalanan ke Koh Samui. Layannnnn.......

 Berenti isi minyak dan berehat sekejap.. Aii orang yang sama jugak tidor..


 Terjumpa moto atas lori.. hehehe rosak ker atau tak sanggup nak lalu segenting kera yg membosankan.


 Berenti makan lunch di Champon. Kakak yang jual air tu dah kenal kami.. heheh

 Aksi di jalanan.. Penunggang yang berhemah.


 Tengok lori ni.. kalau kat malaysia kompem kena saman.

Apa hagaknya yang sedang dibual kan tu yek. Gaya kak Izan tu yang paling tak tahan tuh.. 


Masa ni dah sampai dekat Surat Thani


 Jeng jeng jengggg... Dah nak dekat sampai, Nama tempat ni Donsak. Untuk ke Samui kita kena cari Raja Ferry. Nak ke Raja Ferry ni kena masuk jalan kecik, macam jalan kampung.

Dah sampai.. yeaaaahhh!!! Jam 3 kami sampai di Donsak, Cik Lala kita menguruskan pembelian tiket. Mak ai panas sungguh, dahaganya tekak.. kena banyak minum air.


Ni gambar dekat ferry.


Kami dapat ferry yang cantik.. best best best.. Macam biasalah, mula masuk ferry berposing bagailah.. 
            

 Lepas tu, jangan tunggu2 lagi. jom kita tidor. ZzZZzZZZ

Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam setengah. Kami sampai di Koh Samui jam 4.30. Alhamdulillah sampai juga. Ini kali ke dua haku & en. suami sampai samui dengan motor. Kali pertama kami bersama lala&tasya, 2 bijik motor sahaja pada tahun lepas.

Tanpa berlengah2 lagi kami terus menuju ke muslim village, pergi ke kedai abang zakaria. Perut dah lapar ni, terbayang2 sotong masak stim, yg di hidangkan pd kami tahun lepas. Dalam hati risau jugak kalau2 Abang Zakaria tutup kedai. Dah sampai pun.. nasib baik kedainya bukak.. Yeahhh!!!!!
Inilah dia kedai Abang Zakaria. Masakan wife nya memang terbaekkk..


 Muka2 kelaparan.. makanan belum sampai tapi air minum dah habis dekat 3 jar. Lapor benor kome yekk.


 TARAAAAAA.  Udang goreng tepung, sotong masak stim, sayur campur, kailan ikan masin, kerapu 3 rasa, telur dadar dannnnn pastinya TOM YAM. Tomyam nya memang sedap giler.. (adoyai, tiba2 je haku rasa nak makan tomyam di tengah malam). Sotong masak stim dia, haku suka sangat.. 


 Lepas makan, kami ke hotel. Sewa hotel ni lebih kurang 800bat (hagaknyelah.. dah lupa).


 Dimalam harinya kami sewa moto dan pusing2 disekitar Lamai beach.


 Lady bikers sedang menunjukkan skilnya tetapi di halang oleh en. suami. Mereka tergugat dengan kehandalan kami.. hehehehe.


 Jalan2 sekitar pantai Lamai. aktiviti kami malam itu money changer, beli tshirt, masat and night market.


 Jam 12 malam kami balik bilik. Kena packing baju, tong dah penuh.. esok nak balik. Rindu dah dekat anak-anak ku..






 ~ Mawar Putih ~
Hatiku kosong.. kosong.. kosong, Ow-ow
7.7.2012 , 00:31am




Perjalanan kami sehingga kini adalah 2447km





No comments:

Post a Comment