Tuesday, 17 July 2012

Trip sempoi dan santai ke Penang. Auww!!

Trip hujung minggu ke Penang sebelum sambut ramadhan. Kali ni trip dekat je, saja nak lepas gian bermotor.
Sabtu pagi jam 8, berkumpul di R&R Rawang. Kami kesemuanya 7 bijik motor, 6 bersama pillion dan sebijik single rider. Kebiasaan bila dah berkumpul tu macam2lah cerita yang keluar, ada cerita sang suami pandai menjahit,  ada yang pakai helmet baru, ada yang pakai seluar baru. Untung leeee
Tiba2 terjumpa classmate sekolah menengah. Syikin Zamil.. Wah tahun ni 2 kali kita terjumpa tanpa sengaja kan. Anaknya suka sangat motor. Dah besar nanti beli moto berkuasa tinggi yeekk.
Seperti biasalah sebelum tayar golek, baca doa dulu supaya perjalanan ini selamat pergi dan balik.. Bukan baca doa makan kann?? heheh
Kami breakfast di Tapah. Ada yang makan heavy mee kari, nasi lemak, mee kicap.. Ada jugak yang tak makan, dietlah konon.. Diet sepanjang masa. kurusnya idok le jugak.
Gambar2 yang sempat di ambil di sepanjang perjalanan. Yang peliknya, asik gambar mamat ni je yang banyak.. Okey layannn aksi  Chiki merempet di jalanan..
 Gambar Abg A & hakak F           Gambar abg D dgn hakak I.. 
Sampai Penang, kami naik ferry. sebijik moto "sehinggit tujuh kupang". Abg Z & Akak Z blanja tambang ferry kami semua. TERIMA KASIH yeee, semoga di murahkan rezeki dan bahagia selalu. Amen.
Lihat gelagat2 dorang nih masa tunggu ferry. busy women betoilah hakak kita 2 orang nih, jari jemari yang mulus itu asik menari2 di HP. 
Che tengok hakak dekat moto KTM RedBull tu.. panjangnye monconggg. boleh sangkut baju tau.. hehehe. Ampuun.
Di dalam ferry memang penuh. baru le haku tahu rupanya masih ramai jugaklah yang menggunakan khidmat ferry ini.
Pakcik & makcik dlm gambar bawah ni tanya, kenapa moto tu namanya KTM (sambil moncongkan mulutnya menghala ke moto itu). Katanya dulu dia kerja kat Keretapi Tanah Melayu, Heheheh kesian pakcik&makcik ni kompius.
Cuba lihat gambar nih. Pasangan yang berbaju biru sebelah kanan, hakak berbaju biru masih dengan HP nya. Fuhh busy giler. Cik abangnya mencocok langit.. heheh :-)
Sampai Penang terus cari kedai MELO. Katanya sedap.. Perut haku mmg lapar sbb pagi tadi diet tak makan.. muahahaha. Halamakkk tutuplah pulak kedai Kopi Melo. Takpe kita cari kedai mamak lain..
Kami menghala ke jalan Kapitan Keling, kat situ banyak nasi kandaq. Kami makan di "Restoran Kassim Mustafa".
Wow memang sedappp sampai menjilat jari.. mulanya mintak nasi separuh, lepas tu rasa mcm tak cukup lah pulak. nak tambah lagi segan.. Auww.. heheheh. Padan muka haku.



Pinggan pun dah licin, muka masing2 pun semunya dah layu. tengok gambar dibawah yang belakang2 tu semuanya dah lentok kepalanya. Kalau disorong bantal mahu tidor di kedai mamak ni. Moh kita bergerak sebelum ada yang tertidur di meja.
Lihat aksi sopan santun 7 bijik moto di Penang.
Opss. sebelum sampai hotel, kami singgah dulu di Jalan Bagan Jermal, atas permintaan saya nak beli kopi. Terima kasih ye kawan2, menyusahkan aje. Budi baik korang saya kenang ketika menghirup kopi.. heheh. Bagi saya kopinya sedap, sebelah kedai kopi kedai tea, juga sedap. Tapi harganya mak datok.. pejam mata jelah.
Kami sampai hotel, dalam jam 2.30pm. Arrangement hotel telah di buat oleh abg Z & hakak Z. Terima kasih yee..
Dapat kunci bilik, apa lagii.. tidur ZZZZzzzzzz. Kami turun semula jam 5 petang. List agenda panjang, aktiviti  sampai malam.
Hala tuju ke Laksa Jaggus. Dalam perjalanan kami singgah di ampangan Teluk Bahang (kalau tak salah). kita bergambar dulu..
Lihat gaya gagah perkasa ala2 pelakon herro hindustan. Lihat pada 2 gambar dibawah ini. Perhatikan pada jari yang mencocok langit.. heheheh
Perjalanan di teruskan. Wah, gile bestnya jalan ke laksa jagus nih. puas sungguh melayan corner, sikit je lagi nak sama dgn thousand corner. Di bawah ni, moto2 yang berada di hadapan.
 Yang bawah ni pulak moto2 yang berada di belakang.
 Yang ni pulak camerawomen tengah corner baring. Cool je kan?? Auwww.
Dan akhirnya kami sampai di kedai LAKSA JAGGUS yang di khabarkan kesedapannya. Umpphh
 Mak ai.. ramainya orang. kompem sedap tuh. Nak cari meja pun susah. 
 Ni pulak tempat order, selesa dan cepat servicesnya. Terbaeekk..
Yang bagusnya kedai ni ada SOP, Wahhh bagusnya. Hagaknya ada sijil ISO tak? hehehe
Laksanya memang sedap, tidak di sangkal lagi. Cukup masam, cukup garam, cukup manisnya. Sangat sedap. Inilah kali pertama haku rasa kepuasan maksimum bila makan laksa di Penang. Kalau nak dibandingkan laksa di Padang kota, sangat menghampakan. Selain laksa ada juga, MEE TH'NG, K/TEOW TH'NG, BIHUN TH'NG.. TH'NG tu hapa ekk?? entah haku pun tak tahu. Ais Kacang nya biasa2 je.. nothing special, Tapiii.. air mata kucing nya memang terbaekkkkk.. 2 gelas haku sapu licin.
 Muka kepuasan.
 Di meja makan pun masih cocok langit jugak
 Perut dah kenyang.. jom kita ke destinasi seterusnya. 
QueensBay destinasi yang di tuju. Halamak ramainya anak2 muda yg melepak disini. Kami cari pot yang tak de orang, hihihi ada rasa malu sebenarnya, dah tua2 nak melepak mcm budak muda.. Auwww.
Lepas tu kami menghala ke Jalan Gurney. makan lagii..  Dan lepak2 sementara menunggu jam 11 mlm.
Jam 11 malam kami menuju ke nasi kandaq beratuq.. Memang beratuq panjang. Q nya udah bentuk 'L'.
Muka2 selamba potong Q.. Heppp!! beratur beratur.. Nak kena rotan budak budak nih
Perut dah kenyang pun masih boleh makan lagi sepinggan nasi kandaq.. Ada bela hantu raya ka?? Malam tu kami semua memang sangat Sangat SANGAT kenyang. MasyaAllah.. Balik terus titonnn ZzZZZ. 



ESOK harinya Ahad, selepas breakfast di hotel kami bergerak balik. Lihat gambar di bawah, masih maintain mencocok langit. Syabasss.
Abg K & Abg B nak terbang balik yee..
11 budak berjeket hitam, 


 abg Z & hakak Z. bersama trade mark mereka mencocok langit. Kome semua jgn nak tiru yee. dia dah pattern kan. Nanti kena saman.
 abg K bersama hakak X dengan gaya james Bond. Mr & Mrs Smith Meleysia ni.. Jangan main2.. Ada pistol taw.. !!
Auwww.. abg B dan hakak Laling.. Romentika d amor. Errr.. kome nak sambung hotel 1 malam lagi ker?? silakan, silakan..
 Chiki tanpa chummi... hehehe Teringat le pulak cerita chumi & chiki masa kecik2 dulu. 
 abg D bersama hakak I. Malu2 kucing nih..
 abang S and hakak S. Auwww..
Sebelum balik kami singgah dulu Hard Rock Cafe, memenuhi permintaan hakak X nak beli pin. Tapi akhirnya dengan haku2 sekali terjebak beli pin. Hehehe

 Bila nak balik, tiba2 je ujan le pulakkk.. kami stranded kat "Batu Keras" sampai jam 2 petang. Sikit punyalah lama.
 abg K dan abg D sedang bertakafur di dalam rintikan hujan.. soami soleh nih.. Untung leee..
 Chiki kegusaran dalam senyuman, teringat kan chumi yang di tinggalkan di rumah.
 Kami balik dalam hujan, sejuk gile beb 22 darjah celc. ketaq-ketaq kepala lutut.
Akhirnya kami semua sampai rumah dengan selamatnya. Alhamdulillah. Trip Penang nih sempoi je, tapi memang best..
Terima kasih serta hampun dan mahap kpd abg S, abg B & hakak laling, abg Z & hakak Z, abg K & hakak X, abg D and hakak I, abg chiki, abgA & hakak F jika ada tersalah kata, tersilap bahasa di dalam blog ini. Semunya hanya gurauan semata2. 
Hokeyy.. Babai.




~Mawar Putih~
17/7/2012 , 11:35pm

"meskiku rapuh dlm langkah, kadang tak setia kpd Mu,
 namun cinta dalam jiwa, hanyalah pada Mu, 
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai Mu, 
dalam dada ku harap hanya diri Mu bertahta"


No comments:

Post a Comment