DAY 6 : 2 MAY 2012 : Balikkkk
Good morning Koh Samui...
Selepas solat subuh kami dah keluar, Planing nak naik ferry jam 7.30 pagi. Sudah separuh jalan tayar bergolek, Abgsham teringat HPnya tertinggal kat Hotel. So 2 bijik moto patah balik ambil HP. Alhamdulillah HP nya masih ada. Kami sampai je kat jeti, nampak ferry dah bergerak.. maknanya kami kena tunggu ferry lagi sejam.. kuang kuang kuang
Selepas solat subuh kami dah keluar, Planing nak naik ferry jam 7.30 pagi. Sudah separuh jalan tayar bergolek, Abgsham teringat HPnya tertinggal kat Hotel. So 2 bijik moto patah balik ambil HP. Alhamdulillah HP nya masih ada. Kami sampai je kat jeti, nampak ferry dah bergerak.. maknanya kami kena tunggu ferry lagi sejam.. kuang kuang kuang
Lala & Khai merenung ferry yang baru mula bergerak.. Ahaks!! |
AbgSham dah rasa agak bersalah. Tapi kami semua tiada hal.. At least kami dapat breakfast dulu sebelum naik ferry. Inilah pentingnya keserasian dalam berkonvoi. Saling bertolak ansur.
Menongkat dagu sambil melihat ferry yang semakin jauh.. hihihih |
Abgsham termenung kehampaan sambil di tenagkan oleh Khai & Pakcu.. heheheh |
Pagi2 gini tak banyak kenderaan, ferry agak kosong. |
Kali ni kami dapat naik ferry "buruk", tempat duduknya tak best.
Tapi tak best, tak best pun semua nya lena tidur. siap berdengkur lagi kot.. hahah. Aksi tidor dengan selamat, tidur tutup muka, sbb sini banyak papa/mamarazi, dorang ni saje cari peluang snap gambor cam gini.. Kang ada pulak yang nampak meleleh "ayaq lioq".
Dapatlah lelap dekat sejam pun dah rasa nikmatnya, puas tidur. Nak balik nih rasa lambatnya ferry ni sampai.
Tengah bersiap sedia untuk keluar dari ferry
Untuk kesekian kalinya bergambar lagi di depan signboard buruk SAMUI,
Selamat Tinggal Koh Samui. Entah bila lah kita dapat berjumpa lagi. I will miss you.
Sampai di stesen minyak berhampiran, kami isi minyak dulu dan mulakan doa semoga hari ini kami selamat sampai rumah. Kami ada lagi 916km untuk sampai rumah. by hook or by crook hari ini mesti sampai rumah sebab esok kena kerja.
Berhenti seketika sbb Khai mengantuk.
Kami sampai Danok jam 3 petang. Hampir 2 jam kami berehat di kedai makan. Solat dan ada yang mandi.. Lihatlah muka keletihan semuanya.
Lewat petang baru kami cross border. singgah solat di Juru. Dan singgah di simpang pulai untuk coffee break. mengantuk gile beb. Hampir jam 12 malam kami sampai rumah. ALHAMDULILLAH..
Perjalanan kami keseluruhan 3,363km
Untuk trip yang sangat bermakna ini diucapkan ribuan terima kasih kepada Tasya & Lala. Tanpa kalian trip ini pasti tidak dapat di realitikan. Korang berdua memang pasangan yang terbaekk, serasi dan secocok. Semoga korang bahagia selamanya dan dimurahkan rezeki serta sihat sejahtera. . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik korang. Kami semua sayang pada korang, dah anggap macam adik beradik, lain mak lain bapak.. hehehe
~Mawar Putih~
Tiba-tiba je macam nak keluaq ayaq mata pulak
12 July 2012
00:16am
jalan cerita yang simple dan gambar gambar yg bersahaja membuatkan teman menunggu cerita cerita baru dari mawar putih..teruskan usaha murni ini.
ReplyDeleteNk mesti soamiku hack acc haku.. Muahah
DeleteSekadar nak share.. next time kalau pegi Koh Samui, cuba naik Seatran ferry.. lagi laju, lagi murah dan lagi efficient.. ferry pun ferry baru..
ReplyDeleteSharing is caring.. hehee
:-)
Thanks bro.. :-)
ReplyDelete